Bila dah kahwin dan ada anak-anak, perempuan tetap nak nampak kurus dan cantik. Bukan depan suami saja, nak juga orang lain nampak kehebatan wanita yang sudah punya anak itu ‘segak’ dan pandai jaga penampilan.

Haaa… itu yang Puan Norafiza Mahmud buat, dia tetap nampak bergaya dan anak-anaknya pun nampak terjaga. Malah ada kawan-kawan yang tanya macam mana ibu muda ini mampu uruskan dirinya dengan anak-anak kecil.

Jom, gali apa rahsia ibu ini da kita cedok apa yang elok untuk kita amalkan sama….

Kurus, Cantik Dan Pandai Jaga Penampilan Diri Serta Anak-anak

Sebelum melihat anak-anak bahagia. Diri kita perlu bahagia dahulu.

Soalan : anak-anak cik oya Stylo milo la. Macam mana cik oya boleh bercantik-cantik dengan anak. Boleh handle?

Bahagiakan diri sendiri dahulu baru kau orang mampu membahagiakan anak dan suami. Ini diri sendiri pun tidak terurus. Bagaimana hendak menguruskan hal-hal mereka yang berada di sekeliling.

Anak-anak cik oya sudah di training dari awal. Memang dulu sebelum kawin, cik oya ada beberapa plan untuk diri sendiri dan anak.

Pertama

Setiap kali aku beranak, aku wajib kurus dahulu sebelum beranak kali ke-2, ke-3 atau ke-4. INI WAJIB!

Kedua

Anak cik oya mesti banyak baju putih. Perlu di ajar bahawa mereka perlu “behave” kerana putih akan cepat kotor. Malah, kasut mereka juga bewarna putih.

Ketiga

Sebelum keluar rumah. Anak-anak WAJIB buang air kecil. Siapa tidak ikut arahan mommy. Dia akan di tinggal dan duduk rumah sorang-sorang.

IKLAN

Benda ini penting, jika cik oya boleh kontrol mereka sebelum keluar, maka selamatlah cik oya.

Jika gagal. Terlondey la kain.
30 Minit terus masuk parking rumah. Jom Balik!

Mudah. Bukan mereka kontrol cik oya. Tapi cik oya kontrol mereka.

Semua ini bukan cik oya buat untuk mereka. Cik oya buat untuk diri sendiri dahulu.

Tip Kurus Cik Oya

Kongsi ibu anak tiga ini, biasanya dia akan minum jus epal bersama peria katak setiap pagi. Kenapa? Nah, jemput baca…

Apa yang bagus tentang jus ini adalah Ianya boleh menghilangkan rasa muak di tekak cik oya. Jus ni memang pahit sedikit.

IKLAN

Kebaikan peria katak:

+ mengatasi deabitis
+ menurunkan berat badan
+ menjaga kesihatan mata
+ memperlambatan pertumbuhan sel kancer
+ kulit lebih cantik dan awet muda

Untuk yang baru berjinak jinak untuk kurus dan cantik. Cik oya sarankan mulakan dahulu dengan jus epal hijau bersama halia setiap pagi.

Tetapi kalau hujung minggu, lain pula selera yang Cik Oya amalkan.

Minuman Jus Pegaga

Dalam sebulan kita ada 8 hari untuk memanjakan diri. Setiap pagi seawal 6 pagi kau orang bangun dan buang rasa malas.

6am | senaman ringan di dalam rumah.
6.15am | joging luar rumah
6.45am | siapkan jus buah untuk sarapan.
7.am | aktiviti Bebas ( sapu sampah, sidai baju, dan lain-lain)

IKLAN

Mak-mak boleh perahkan sedikit lemon dan minum.

Ada lagi rahsianya…

Ini RAHSIANYA!

1. Kurang minum ais

Cik oya percaya pengambilan ais yang berlebihan dalam badan boleh memudaratkan. Kulit akan layu. Segala lemak akan tepu dalam badan.

Lemak lemak yang tepu akan menghalang collagen semula jadi terbentuk. Hasilnya, wanita akan cepat kelihatan tua berbanding lelaki.

2. Kurangkan pengambilan gula

Apabila kandungan gula dalam darah tinggi. Kulit akan kelihatan gelap. Sama seperti pesakit kencing manis. Kulit mereka nampak rapuh dan kering.

Lembapan kulit semulajadi akan bertukar kepada minyak. Ini menjadikan kulit kita berminyak dan memisahkan foundation dengan kulit.

3. 3 liter air kosong

Sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini bergantung kepada tubuh seseorang. Formula tubuh yang sihat memang memerlukan pengambilan air kosong setiap hari.

Hah, mak-mak yang ada anak-anak tengah membesar boleh ikut cara ini ke tak? Terpulang, tepuk dada tanya kehendak!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI