“Tiap Kali Isteri Masak, Pujilah Sikit. Hilang Penat Dia Kat Dapur…”

Share

Kenyangkan suami dengan masakan daripada air tangan isteri. Tak ada alasan untuk isteri kata tak pandai masak, sebab zaman dah makin canggih ini semuanya boleh dapat di hujung jari. Punyalah senang!

Tetapi kalau isteri dah masak, giliran suami lah kena pandai ambil hati kaum isteri. Bukan nak kena bagi hadiah mahal untuk hargai orang rumah. Buat macam yang saudara Amir Syahir kongsikan ini pun dah lebih dari cukup!

“Tak nak makan sudah. Buang je makanan ni.”

Isteri penat penat masak. Kalau kau kenyang, kau jangan la langsung tak sentuh apa yang dia masak. Makan la sikit.

Penat tahu tak masak tu. Nak fikir apa yang nak dimasak lagi. Kalau isteri dah siapkan minum petang masa kau balik kerja dan kebetulan kau ada jamuan kat ofis, kau makan la sikit apa yang dia buat. Nanti dia tak masak baru kau tahu.

Kalau kau memang dah kenyang sangat, cakap baik-baik. Jangan direct je cakap. Jaga sikit hati isteri tu.

Setiap kali isteri masak tu puji la sikit. Baru la dia rasa dihargai. Hilang penat masak tu. Kalau dia masak tak sedap sekalipun, jangan la terus komen masa tu. Nak komen mesti ada cara. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk masak.

Bantulah Isteri Mana Yang Patut

Bulan puasa ni, kadang-kadang buntu juga kaum isteri nak masak apa. Kalau dia tanya kau nak makan apa, kau cuba la bagi idea sikit. Dapat la membantu dia mencari idea nak masak.

Kalau dia masak, tak kena dengan selera kau, nanti kau marah pula. Bila dia tanya kau cakap takde idea la, ikutlah.

Saya respect betul isteri yang bekerja. Balik tu masak pula untuk suami. Layan suami macam raja. Nak nak suami yang tak suka makan kat luar. Penat pun tetap masak untuk suami.

Kalau dia bekerja, bantu lah juga dia masak. Potong sayur dan kacau dia kat dapur pun dah buat dia happy. Jangan kau sedap duk tengok TV je.

Haaa… mudah, bukan? Sebenarnya banyak sangat kelebihan bila isteri rajin masak. Jimat lah sikit kalau nak dibandingkan dengan makan luar, lepas itu bersih pun dah tentu. Lagi best waktu masak itu, suami isteri boleh buat sama-sama. Mudahnya nak ketatkan lagi kasih sayang suami isteri.

Moga kaum suami boleh hargai air tangan seorang isteri di dapur walau cuma dengan ucapan TERIMA KASIH.

Nota:

Ketika memasak, mak-mak boleh selalu membasahi lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang ertinya “Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersiaplah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kesuksesan. “Doa ini bisa melembutkan hati anggota keluarga.

Published by
Nadia