TIADA Suara Minta TOLONG, Akhirnya Ditemui BERPELUKAN Di Dalam Bilik Air

Share

Pantang ajal sebelum maut. Biar pun tiada suara dan tiada jeritan meminta tolong sepanjang operasi menyelamat, pihak bomba sangat berharap dapat menemui mangsa dalam keadaan selamat. Dan akhirnya mereka menemui empat beranak ini berpelukan di dalam bilik air.

Empat sekeluarga ditemui selamat oleh bomba di dalam bilik air di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam, dekat Shah Alam, awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, bomba menerima panggilan pada 2.18 pagi dan tiba di lokasi sejauh 18 kilometer itu pada 2.37 pagi.

Artikel Berkaitan:

Guru Meninggal Kemalangan Jatuh Gaung Dalam Perjalanan Mengajar, Baru Menikah 10 Hari Lalu

Tragedi 7 Beranak Rentung Bersama, Jiran Pilu Tak Mampu Tolong

Untuk info menarik, klik saja di sini. 

Empat Sekeluarga Ditemui Berpelukan

“Sewaktu bomba sampai, kita dapati kebakaran di tingkat bawah rumah teres dua tingkat dan bomba dimaklumkan ada mangsa, namun tidak tahu jumlahnya.

“Jadi, pasukan dibahagi kepada dua, satu penyelamatan, satu lagi pemadaman. Pasukan penyelamatan buat pemadaman untuk memasuki ke rumah atas dan mencari mangsa.

 

“Bomba menemui empat sekeluarga (suami isteri serta dua anak) di dalam bilik air di bilik tidur utama dalam keadaan berpelukan dan basah disebabkan peluh serta hampir sesak nafas.

“Namun, bomba berjaya menyelamatkan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Tiada Suara, Tiada Jeritan Akhirnya Ditemui Berpelukan

Hafisham berkata, ketika kerja mencari dan menyelamat, tiada kedengaran suara jeritan meminta tolong atau tangisan kedengaran.

“Mangsa diam saja, kami bertawakal dan berserah pada Tuhan supaya kami dapat temui mereka dalam keadaan selamat dan dimaklumkan keluarga berkenaan kini dirawat di sebuah hospital swasta berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, kerja pemadaman kebakaran selesai sepenuhnya pada 4.20 pagi.

“Operasi membabitkan 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dengan bantuan BBP Kapar dan BBP Sungai Pinang,” katanya.

MW: Sudah tentu pengalaman ini menjadi kenangan pahit buat keluarga ini, namun bersyukur bila keempat-empatnya ditemui selamat. Tahniah kepada pasukan bomba yang berjaya menyelamatkan mangsa. 

Sumber: myMetro

Published by
Syazwani Mehat