Ujian setiap isteri itu berbeza. Ada isteri direzekikan dapat tengok wajah suami hari-hari, ada isteri pula terpaksa berjauhan dengan suami disebabkan urusan mencari rezeki. Ibu anak 5 ini, Nurul Suhada yang juga merupakan isteri seorang tentera terpaksa berjauhan dengan suami sejak awal perkahwinan lagi.
PJJ dengan suami sehingga hampir 9 tahun, malah membesarkan lima orang anak-anaknya tanpa perhatian dan bantuan suami sepenuh masa.
Biarpun tak direzekikan hari-hari dengan suami, Luqman Hakim Bin Shamsuddin ibu lima anak ini tetap bersyukur. Penat lelah membesarkan anak-anak yang lahir rapat depan mata dengan ‘tangan’nya sendiri tak dirasakan satu beban.
Besar gelak tawa kamu, anak 5 yang belum mengerti hati ummi lagi. Renungilah..
sakit penat ummi tetap ummi jaga 5 ni sebaiknya.
PJJ dengan abi kamu sejak dari awal pekhawinan lagi sampai sekarang anak 5.
Bakal 9 tahun dah ulangtahun perkahwinan ummi abi.
Jarak kamu sangat rapat, ummi pernah merungut dengan abi selalu penat, stress.. bukan sebab ummi mengeluh anak ramai. Tapi walau ummi penat, ummi sakit.. ummi suka diam. Kalau betul tak kuat ummi lepas kan dengan menangis.
Ramai je yang tanya,
kenapa abi tak posting PD atau kenapa ummi tak posting GEMAS.
Ummi dan abi ke pilih semua ni? Takkkk.. ummi tahu perancangan Allah lebih baik kan anak 5.. abi dah berapakali sebut suh ummi berhenti kerja.
Baca sini : ‘Ada anak ramai ini bukan soal duit semata-mata, tapi..’ Luahan ibu anak sembilan.
Dalam family ni bukan ummi sorang je berkorban, terpaksa jaga anak 5 ni.. abi pun berkorban sama.. orang tak nampak.. orang boleh buat andaian je
“Eh! kesian ko sorang jaga anak 5” Abi pun banyak berkorban untuk kami tau.
Kerja dan tugas nya tak menentu. Ada masa memang ummi stress tapi tinggikan kesabaran. Ummi tak pernah usik time kerja abi.
Bertabah lah anak 5.
Walau abi tak selalu ada dengan kita. Abi sentiasa doakan kita. Kita pun selalu doakan abi.
Akhi & kakak dah makin besar.. solat dan doakan ummi abi selalu.
Doakan adik-adik yang lain jugak.. moga kamu sentiasa bawah lindunganNya.
Moga kamu semua menjadi anak 5 yang berjaya dunia akhirat.
Ummi tak pernah mewahkan kalian dengan baju yang mahal, mainan yang mahal, barang-barang yang mahal.. cukup dengan doa ummi yang mahal.
Ummi nak kamu tahu erti syukur. Semoga satu hari nanti kamu akan mengerti.
Alhamdulillah..
Walau takde rezeki abi sama dengan kami hari-hari.
Ade rezeki lain tuk abi.. sentiasa mudah urusan.
Rezeki tuk anak-anak ummi abi jugak.
Pada ibu-ibu or wife yang PJJ dengan husband,
jangan lah mengeluh urus sorang anak, 2 orang anak, 3 orang anak atau lebih lagi.
Yakin, aturan Allah sebaik-baik nya.. Allah sayang kita. Dia takkan uji lebih dari kemampuan hambaNya
MW : Semoga mak-mak yang diuji PJJ, berjauhan dengan pasangan dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan hati.
Sumber/Foto : Nurul Suhada