Mawar Abdul Karim, 30 redha perkahwinan yang dibina bersama Fizo Omar, 34 berakhir dengan penceraian. Jodoh mereka ternyata berakhir hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Terkini di instagram miliknya, Fizo Omar menjelaskan punca perpisahan yang berlaku antara dirinya dan Mawar. Akuinya, penceraian ini bukanlah satu pengakhiran dalam hubungan mereka. Sebaliknya ia menjadi satu permulaan untuk Fizo dan Mawar.
Enam tahun mempertahankan hubungan suami isteri bukanlah satu detik yang singkat. Namun, sudah tertulis jodoh mereka berakhir sebegini. Yang pasti, ianya pengakhiran dengan cara yang baik.
Ianya Satu Permulaan Bukan Pengakhiran
Terima kasih saya nak ucapkan kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Mawar. Segala penulisan yang positive dari kawan media dan komen-komen yang positive dari netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua untuk kami.
Apa yang berlaku di antara saya dan Mawar ini adalah dengan izinNYA. Setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik.
Saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Dan kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positive dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya.
Punca Dan Sebab Yang Berlaku Ini Adalah Kerana..
Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin Allah, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kepada CO- PARENT kepada zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.
Insya-Allah hubungan baik saya dan mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah di sebaliknya kami terus menjaga silaturahim di antara kami dan kelurga akan bertambah erat.
Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dalam hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.
Tiada perbalahan di antara kami dan punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.
Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yang lebih baik kelak.
Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Mawar dan keluarga, juga berterima kasih di atas doa dan sokongan daripada anda semua yang berterusan untuk kebaikan kami.
Baca Sini : Mereka Tidak Tahu Kisah Sebenarnya.. Fizo Omar Luah Emosi
MW : Terharu dengan tindakan Fizo dan Mawar yang memilih untuk terus menjadi sahabat baik demi satu-satunya permata hati mereka. MW mendoakan agar Mawar dan Fizo tabah menjalani hari-hari mendatang.
Sumber/Foto : Fizo Omar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI