Bakal ibu yang bakal bersalin musim PKP Covid-19 ini kena kuat dan kental jiwa. Sebab perlu melalui proses melahirkan di bilik bersalin, tiada ditemani suami. Malah, selepas melahirkan pun pelawat tak dibenarkan datang.
Ibu ini, Anies Surianie melalui proses bersalin anak kedua yang penuh ketabahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ini. Dan ini yang dikongsikan agar bakal-bakal ibu lebih bersedia mental dan fizikal.
Alhamdulillah dah hampir seminggu selamat melahirkan anak kedua. Saya rasa terpanggil untuk share pengalaman bersalin dalam #fasaconvid19 sekarang ni.
Start je Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, nurse KK dah pesan kena bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.
Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman. Suami/waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu-ibu yang tengah menunggu hari. (Kalau boleh sediakan mask, kot-kot nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin)
Ingat balik pesan nurse/doktor jangan panic. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit. Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu.
Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung tak boleh jenguk isteri dah masa ni.
Saya haritu hanya sorang nurse yang sambut baby. Kebetulan sampai je dah penuh dalam LR lain, ada gang nak beranak sekali. Hanya katillah yang jadi tempat berpaut mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan, dua-dua ibu dan anak selamat.
Sediakan barang baby & ibu secukupnya. Untuk labour room & dalam wad packing siap-siap nanti senang husband bawak je
. Kalau ada gdm atau rasa-rasa kena beranak emergency pun kena prepare awal-awal.Paling penting bersedia dengan banyak-banyak BELAJAR CARA MENYUSU. Dalam wad nanti hanya SUSU IBU SENJATA UTAMA untuk tenangkan baby. Dah tak ada mak/suami di sisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde la ibu blur sangat masa tu.
Walaupun anak kedua, sangat struggle sorang-sorang. Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi. Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak,
menitik jugak la air mata. Tambah-tambah terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi baby nak keluar.
Kalau mak/suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena past kat guard je. Beg-beg baju pun guard yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge.
Nasib baik bersalin kat HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu & anak tu. Nak wat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik #dudukrumah.
Buat ibu-ibu seperjuangan yang tengah menunggu hari, be prepared be ready. Bawak barang yang rasa betul-betul diperlukan secukupnya. Penuhkan ilmu menyusu di dada. Jangan mengeluh gais. Kita kuat kerana kita wanita. Mintak suami & family doakan proses bersalin dipermudahkan.
Selamat berjuang!
#24March2020
#babyboy
#kitajagakita
MW : Semoga suami lebih menghargai pengorbanan isteri dan bersedia jaga isteri sepanjang pantang nanti. Dalam kesulitan tentu ada kemanisan di penghujungnya.
Sumber/Foto : Anies Surianie
Baca sini : bersalin tapi serah urusan pada orang tua, tanda anda belum layak tambah zuriat