Alhamdulillah berita gembira pasangan pelakon Zara Zya,33 dan Hafreez Adam,29 selamat mengikat tali pertunangan setelah hampir dua tahun menyulam cinta dalam majlis tertutup yang berlangsung di Kuang, Sungai Buloh, petang tadi.
Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, majlis itu hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.Mereka tidak berniat menyembunyikan majlis pertunangan itu, sebaliknya mahu memberi ruang kepada keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengenali lebih dekat.
“Saya minta maaf sebab tidak maklumkan awal atas atas permintaan keluarga yang mahukan majlis tertutup. Sebenarnya tak ada niat nak sorokkan.
“Alhamdulillah, majlis tadi berjalan lancar. Sejujurnya, sejak sebulan lalu lagi memang berdebar sebab nak melangkah ke fasa baru sebagai tunangan orang. Apatah lagi majlis hari ini mempertemukan keluarga besar kedua belah pihak. Sebelum ini membabitkan kedua ibu bapa dan adik beradik saja,” katanya.
Tempoh Bertunang
Hafreez berkata tempoh pertunangan antara enam bulan hingga setahun dan mereka bercadang memilih bulan Oktober tahun hadapan untuk berkahwin. Namun tidak menolak sekiranya majlis tersebut dipercepatkan.
“Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berlangsung jam 3 petang tadi dan selesai sekitar jam 6 petang. Mengikut perbincangan keluarga, kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober, tahun depan.
“Oktober dipilih sempena bulan kelahiran Zara, tetapi ia mungkin dipercepatkan jika semua urusan berjalan lancar. Kalau boleh, kami tidak mahu melengahkan perkara baik.
Ads
“Jika diikutkan, kami sebenarnya tidak mahu bertunang, namun ia dibuat bagi menghormati permintaan keluarga, terutama saudara jauh yang mahu mengenali saya dan bakal isteri dengan lebih dekat,”
“Atas permintaan keluarga kalau boleh bertunang dalam tempoh setahun. Tapi, kalau ada rezeki lebih cepat lagi bagus iaitu mungkin enam bulan.
“Jadi, mulai sekarang kami sudah boleh fikir dan buat persiapan sedikit demi sedikit. Soal kahwin ini bukan main-main. Banyak perkara kena ambil kira.
“Malah, untuk majlis nikah dan persandingan nanti kami merancang buat di sini saja. Jika boleh sekalikan majlis persandingan untuk kedua belah pihak,” katanya.
Ads
Majlis Merisik
Pasangan yang mula berkenalan ketika membintangi drama Mona Lisa pada 2017 itu pada mulanya, merancang untuk mendirikan rumah tangga, tahun lalu.
“Namun, masing-masing sibuk dengan komitmen kerja menyebabkan hasrat itu tertangguh. Sebelum ini, keluarga saya datang merisik Zara pada 8 September lalu, cuma ia tidak dihebahkan kepada umum,” kata Hafreez.
Kredit Foto: Syafieq Ayman
Pada majlis itu, keluarga Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran, berbalas tujuh daripada pihak Zara.Kedua pasangan anggun dalam persalinan rekaan Syafieq Ayman dan solekan daripada Dato Alha Alfa.
Doakan Baik-Baik
Hafreez turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang tidak berhenti mendoakan kebaikan buat mereka.
Ads
“Kami sebenarnya merancang untuk berkongsi berita gembira ini kepada rakan media dalam tempoh terdekat, namun terkejut apabila ia diketahui lebih awal.
“Perkara baik tak salah nak kongsi. Apa yang saya harapkan semoga peminat dapat doakan yang baik-baik untuk kami dan segala dirancang berjalan lancar.
“Terima kasih atas doa semua. Mengulas cabaran bertunang, saya berharap semua urusan kami dipermudahkan. Memang kami sudah saling mengenali perangai satu sama lain, namun dugaan ketika bertunang itu tidak sama.
“Pengalaman lalu juga banyak mengajar kami menjadi pasangan yang lebih baik,” katanya.
Hafreez berkata, dia selesa dengan kematangan Zara, malah menyifatkan pelakon yang dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant itu sebagai wanita yang membahagiakannya.
MW: Tahniah buat pasangan pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya ini atas ikatan pertunangan ini. Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Jihan Muse berpantang anak ketiga. Tahniah diucapkan buat hos popular Jihan Muse yang telah selamat bergelar ibu kepada tiga anak lelaki. Sebagai seorang isteri dan ibu, selesai sahaja melahirkan anak dengan selamat, para ibu perlu pula melalui proses berpantang selama tiga bulan atau 42 hari.
Dalam tempoh berpantang ini, banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan khususnya dari segi pemakanan harian. Jadi, amalan berpantang selepas bersalin ini perlu dipantau rapi supaya tidak berlaku perkara yang boleh memudaratkan kesihatan. Buat Jihan selamat berpantang dan semoga Allah berkati nak yang baru dilahirkan.
Jihan Muse Berpantang Anak Ketiga
Terbaru suami kepada Jihan, Ungku Hariz Faizal memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka. Paling menarik perhatian netizen nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada hero terbaru merek iaitu,Ungku Attufayl Adl.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami iaitu bayi lelaki yang diberi nama Ungku Attufayl Adl,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.
At-Tufayl Nama Salah Seorang Sahabat Nabi
Pada masa yang sama, Jihan turut memaklumkan At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dalam Asmaul Husna.
“At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat baginda Rasulullah SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dari Asmaul Husna,” katanya.
Untuk makluman, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016 dan dikurniakan Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
Semoga Hero Ketiga Dipelihara Allah Sentiasa
“ALHAMDULILLAH, tahniah… Semoga ALLAH berkati khalifah yang baru lahir ini dan dipelihara ALLAH sentiasa” itulah antara komen dari salah seorang pengikut di Instagram.
Di ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dari rakan selebriti dan juga para peminat.
“Tahniah Jihan.. welcome to boboboi kuasa 3” Catriona Rose
“Alhamdulillah.. tahniah buat jihan n ungku hariz.. Moga anakanda menjadi anak yg soleh serta berjaya dunia dan akhiratnya.. amiiin.. Selamat berpantang buat Jihan” Erra Fazira
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Video Tik Tok Ain Edruce ‘meletup’ guna wajah suami & anak, akui mereka punca rezeki. Warganet yang mengikuti akaun media sosial Ain Edruce terutma di Tik Tok pasti mengetahui perkembangan selebriti terkenal ini.
Ternyata setiap video yang dihasilkan ‘meledak’ dan ‘meletup’ apatah lagi dengan telatah kenakalan pemilik nama sebenar Nurulain Edruce yang bersahaja dan ditambah pula dengan penampilan suami, Amirul Hafiz Mustaffa dan anaknya yang comel, Soraya.
Video Tik Tok Ain Edruce ‘Meletup’ Guna Wajah Suami & Anak
Malah Ain juga akui suaminya tidak kisah apabila dia mempergunakan suami bagi membantu menghasilkan konten video Tik Tok. Dia juga menganggap suami dan anak adalah sebahagian punca rezekinya.
Seperti mana dikongsi menerusi SinarPlus, Ain sendiri kadangkala tidak dapat menahan gelak apabila merakam video tersebut bersama suami.
“Kadang-kadang Amirul ada cakap, ‘cuba berdiri atas bakat sendiri’.
“Dia sendiri rasa video Tik Tok saya ‘meletup’ sebab ada dia dan Soraya.
Muka Paling Ikhlas Suami Boleh Bagi
“Walaupun itu muka paling ikhlas dia boleh bagi ketika buat video Tik Tok bersama, tetapi dia tetap membantu saya. Mungkin baginya itu salah satu cara menyokong saya dari belakang.
“Saya juga tak kisah kalau orang kata saya gunakan suami dan anak.
“Bagi saya sejak berkahwin, dalam rezeki saya, ada rezeki suami dan anak.
“Ada juga tawaran yang mahukan kami bertiga.
“Jadi saya anggap ia sebagai rezeki bersama,” kongsi Ain.
Abaikan Komen Netizen
Akui ada yang mempertikai video yang dihasilkan namun itu semua asam garam dalam berkarya.
“Saya memang jenis baca komen. Kadangkala terasa juga, bila cakap dekat suami, dia pula yang suruh saya abaikan.
“Bagi saya, selagi Amirul tidak menghalang, saya buat tak tahu saja,” cerita Ain yang akui suaminya seorang yang sporting.
Najwa Latif nikah. Tahniah diucapkan buat penyanyi terkenal Najwa Latif yang baru saja menaikkan status di akaun Instagramnya menyatakan dia sudah selamat bernikah.
Pengumuman tersebut ternyata mengejutkan para peminat Najwa.
Najwa Latif Nikah
Rupa-rupanya dalam diam, Najwa menyemai perasaan cinta bersama kekasih hati pilihannya, Akwa Ariffin. Kekasih hati Najwa juga merupakan seorang penyanyi.
Pasangan ini telah selamat bernikah dengan sekali lafaz pada jam 8:30 pagi Jumaat.
Kedua-duanya kelihatan begitu berseri-seri mengenakan pakaian putih sedondon. Malah menerusi hantaran sekeping gambar kelihatan Najwa begitu ceria di samping suami tercinta. Pasangan sejoli ini juga tersenyum girang di atas pelaminan.
Majlis Nikah Berjalan Lancar
Menurut kakak Najwa, Syafika Latif, majlis pernikahanan adiknya berjalan lancar.
“Majlis nikah berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan bimbang kes Covid-19 tengah naik,”ujar Syafika.
Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat itu diadakan di Batu Pahat, Johor.
Difahamkan, majlis persandingan akan berlangsung pada petang ini di lokasi yang sama.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...