Tiada Lagi Rehat 24 Jam. Mak-Mak Umpama Frontliner Di Rumah!

Ya Betul! Mak-mak umpama frontliner di rumah. Tanpa wanita bergelar ibu ini di rumah, pastilah huru-hara keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang wabak COVID-19 ini.

Perkongsian Zuraini Bt Razali, Kaunselor Berdaftar, Universiti Tenaga Nasional, Kampus Putrajaya ini boleh dijadikan sebagai panduan buat wanita terutamanya isteri dan ibu umpama frontliner ini walau di mana mereka berada.

Semasa saya menulis artikel ini, hari ini telah masuk hari ke 23 tempoh PKP yang diarahkan oleh pihak kerajaan akibat penularan wabak pandemik Covid-19.

Diam tak diam dah nak hampir sebulan ya. Apa khabar semua rakan-rakan ibu dan surirumah yang tak kurang berperanan  besar dalam tempoh PKP ini.

Pengalaman saya melalui tempoh PKP ini seperti ibu-ibu yang lain juga. Menguruskan 5 anak kecil, suami, rumahtangga dan kerjaya dari rumah bukanlah satu tugas yang mudah.

Fasa pertama PKP diumumkan, saya dapat lihat kegembiraan masyarakat kerana dapat bercuti, berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Sepanjang tempoh ini, saya juga memerhatikan di fb terutamanya, banyak status-status tentang aktiviti harian keluarga, menu masakan yang menjadi rutin para ibu yang berbagai menghiasi media sosial. Meriah sungguh. Berbagai menu viral yang saya juga tidak terkecuali mencubanya.

Memasuki fasa kedua PKP, keadaan mula berubah. Sedikit demi sedikit kesuraman mula nampak di kalangan masyarakat. Yang mula keputusan wang belanja, suami yang mula kebosanan tinggal dirumah, ibu-ibu yang mula tak menang tangan memasak, mengemas rumah dan melayan kerenah anak-anak yang kebosanan hanya berkurung di rumah.

Tiada Lagi Rehat 24 Jam. Mak-Mak Umpama Frontliner Di Rumah!
Zuraini Bt Razali, Kaunselor Berdaftar

Kuat Mental & Fizikal

Dalam tempoh PKP yang kita tidak pasti bila kah akan berakhir, semakin menambah kegusaran segenap lapisan masyarakat. Ibu-ibu umpama frontliner ini memainkan peranan yang besar dalam membentuk kestabilan di dalam rumah.

Persediaan mental dan fizikal ibu-ibu perlu kuat. Apatah lagi bagi ibu-ibu yang sebelum ini menjadi surirumah sepenuh masa. Bagaikan tiada waktu rehat lagi kerana 24 jam rumah berpenghuni dan keperluan mereka harus disempurnakan tanpa henti. Jika tidak diurus dengan bijak, ibu-ibu boleh bertukar menjadi singa, naga dan seumpamanya.

Bagi saya yang berkerjaya pula, PKP dihadapi dengan tanggapan berbeza. Tempoh PKP bagaikan rahmat. Inilah tempoh saya menjadi surirumah sepenuh masa dan work from home yang pernah menjadi impian saya.

Kekal Positif & Tenang

Satu KESYUKURAN tinggi atas nikmat masa yang Allah beri hari ini. Sebelum ini, berkejar di luar rumah untuk urusan kerja dan persekolahan anak-anak. Terlalu sibuk, masak ala kadar, rumah pun kemas asal boleh je.

Bagaimana kita meletakkan PERSEPSI pada sesuatu keadaan itu amat membantu kita kekal positif dan tenang hadapi keadaan.

Ads

Banyak yang dapat saya rancang dan laksanakan sepanjang tempoh PKP ini. Sehingga ke hari ini, saya masih teruja dan melalui tempoh PKP dengan tenang. Bukan tak risau dengan keadaan semasa, namun yang lebih penting FOKUS pada apa yang kita boleh manfaatkan.

1-Perkara paling utama adalah KERJASAMA dari suami.

Cuba berkomunikasi dan terangkan kesukaran kita dalam menguruskan keluarga dalam tempoh PKP ini. Emosi ibu sangat penting. Ibu umpama frontliner dalam rumah. Tanpa ibu, dapur pun tak berasap.

Cuba dapatkan bantuan dari suami. Beritahu satu persatu jenis bantuan yang kita perlukan. Jangan harap suami boleh faham sendiri ya.

2-Setiap hari perlu RANCANG apa yang kita ingin lakukan.

Rancang aktiviti secara berjadual. Ada waktu makan, main, belajar, solat. Bersantai bersama keluarga adalah impian saya. Jadi inilah saatnya. Mungkin pengalaman selama 7 tahun berjauhan dengan suami, anak-anak juga ada kalanya terpaksa ditinggalkan bersama nenek menjadikan kebersamaan saat ini suatu moment yang sangat indah.

3-AJAR anak-anak kemas rumah, basuh pinggan, lipat baju, kemas bilik.

Pastikan libatkan suami juga. Tugas kita termasuk mendidik suami melaksanakan tugasan rumah bersama-sama. Tugas yang sepatutnya dilaksanakan bersama-sama seawal mula perkahwinan lagi. Namun, tidak pernah ada istilah terlambat. Kita mulakan hari ini.

Jangan Lupa Me Time!

Buat mak-mak, ini pesanan Zuraini.

Ads

1-TIDUR yang cukup sangat penting untuk bersedia dengan tugasan harian yang seterusnya.

Pastikan tidur awal dan bangun awal. Cuba konsisten tidur selepas solat isya dan bangun seawal 3.00 pagi. Ini la masa ‘me time’ yang amat menenangkan. Di saat yang lain masih tidur dan kita dah bangun dan mulakan rutin. Boleh mulakan solat tahajud, zikir, baca quran dan bertafakur.

2-EXERCISE jangan ditinggalkan.

Saya pernah berfikir bahawa pergerakan menyiapkan kerja rumah sudah cukup memenatkan. Perlu ke nak exercise lagi? Ye masih perlu. Sambil exercise saya akan mendengarkan audiobook atau chanel motivasi.

Yoga adalah antara pergerakan yang kita boleh lakukan di dalam rumah dengan ruang yang terhad tanpa mengira usia.

3-Akhiri sesi exercise dengan sesi meditasi. MEDITASI  ini sangat membantu saya kekal tenang dan bersemangat setiap hari. Selepas subuh adalah waktu terbaik untuk melakukan sesi ini.

4-Emosi ibu perlu sentiasa POSITIF.

Ads

Positiviti juga meningkatkan imun sistem kita. Pastikan apa yang sentiasa kita lihat, kita hidu, kita baca, kita makan, kita rasa, semua yang baik-baik. Pastikan rumah bersih, wangi, persekitaran yang selamat untuk anak-anak kecil.

Susun Atur Semula Persekitaran Rumah!

Ingat juga pesan Zuraini ini lagi!

Mungkin nak kata bersih 24 jam agak mustahil bagi kita yang ada anak-anak kecil. Tapi bersabar la dalam mendidik anak-anak mengemas apa yang mereka sepahkan. Rasakan moment ini adalah moment yang tidak akan hadir lagi. Ini adalah masa emas buat kita. Tapi jangan jadi terlalu cerewet pulak.

1-Masa ini juga peluang untuk SUSUN ATUR hiasan dalam rumah kita yang mungkin tidak pernah beralih kedudukannya.

Perubahan susun atur hiasan dalaman rumah turut menyumbang perubahan emosi penghuni rumah. Pastikan tingkap dibuka bagi memberi ruang udara dan cahaya memasuki rumah.

2-DECLUTTER.

Selongkar setiap bilik, asingkan fail, pakaian dan barangan lama yang dah tidak digunakan. Jika masih elok, sedekah pada orang yang memerlukan. Jika perlu dibuang, terus buang. Sisih, susun, sapu bersih setiap ruang kediaman.

3-DIET yang sihat perlu dijaga.

Dalam kemeriahan memasak berbagai jenis menu viral, keutamaan pada kualiti makanan sangat perlu. Saya sendiri cuba untuk elakkan gula, makanan tinggi karbohidrat dan banyakkan minum air herba, buah dan sayuran.

Perubahan pada level energi akan dapat dirasa. Badan lebih ringan dan emosi lebih rileks. Masa ini kita boleh kawal pemakanan anak-anak. Ajar mereka diet yang sihat. Anak saya susah makan sayur. Saya ambil masa ni untuk didik mereka agar suka makan sayur. Dengan sedikit kreativiti, mereka berubah. In shaa Allah.

Baca sini juga:

isteri-tak-perlu-jadi-superwoman-suami-bukan-boss-arah-itu-ini

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI