Datang ziarah ‘main terjah’, dengan alasan tak nak susahkan tuan rumah dengan memasak dan sediakan makanan. Setakat makan mana yang ada saja.
Memang betul tak nak susahkan tuan rumah. Tapi tak salah pun bagitau sepatah. Bayangkan kalau datang tanpa bagitau, belum tentu tuan rumah ada, sementelah kalau keadaan tuan rumah yang tak bersedia dengan rumah bersepah, berkain batik dan sebagainya.
Jenis yang susahkan tuan rumah bila datang nak bagitau. Masak dah macam-macam untuk raikan tetamu, tiba masa bayang pun tak nampak. Sedihnya dengan makanan tak tersentuh dan mungkin juga boleh jadi pembaziran.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Adab Datang Rumah Orang, Jangan Mengata, Mengutuk, Kita Tak Tahu Susah Senang Hidupnya
Amalan Ziarah, Elak Datang Waktu Ini & Jagalah Adab Di Rumah Orang
Perkongsian daripada Abdul Muiez ini ada benarnya. Bila nak datang beritahulah, sedangkan kalau datang tak bagitau lagi menyusahkan tuan rumah. Mahu kelam kabut.
Nampak satu status. Ada saudara janji nak datang. Mak dia masak macam-macam. Kesudahannya, sampai ke malam tak tunjuk muka. Bila call, tak jadi hari ni, minggu depan baru nak datang.
Benda ni terjadi pada saya.
Semalam saya dapat jemputan majlis sarapan. Tuan rumah bagitahu, datang pukul 9. Disebabkan saya ada urusan di Manjung jam 10, saya minta untuk datang awal.
Tuan rumah kata, okay.
Tapi itulah. Bila anak-anak lambat mandi apa semua, saya pun dah agak terlewat. Tak sempat nak datang awal pagi tadi. Terus ke Manjung.
Bila urusan selesai, jam pun dah 11 lebih, saya masih lagi berkira-kira nak datang atau tidak. Yalah, dah hampir jam 12 tengah hari. Sarapan amende.
Tak lama tu, saya dapat panggilan. Tuan rumah suruh datang juga.
Bila sampai, baru tahu, tuan rumah bangun seawal jam 4 pagi untuk masak demi Muiez.
Allahu akbar. Sungguh saya rasa serba salah. Sebab janji nak datang awal daripada masa yang ditetapkan, tuan rumah pun terpaksa siapkan awal. Kesudahannya, saya tak datang.
Kawan-kawan.
Kita sekarang dah masuk minggu kedua Syawal. Tak sama dengan raya pertama hingga ketiga.
Kalau raya pertama hingga ketiga tu kita boleh redah. Sebab tuan rumah memang dah bersedia untuk terima tetamu. Tetapi, dah masuk minggu kedua ni suasana dia dah lain.
Tuan rumah dah tak masak banyak-banyak. Biasa masak pun untuk makan sendiri saja. Tengah hari, tuan rumah mungkin dah tak berbaju dengan kain pelekat, atau sedang tidur di ruang tamu.
Jadi, sebelum kita nak datang berziarah, maklumkan dulu, supaya tuan rumah boleh siapkan apa yang patut. Tak da istilah susahkan tuan rumah. Datang tak bagitahu, itu yang lebih menyusahkan.
Kemudian, bila dah janji, kenalah datang. Kalau tak jadi, bagitahu awal-awal. Bukan patut datang jam 10, jam 10.30 baru bagitahu tak boleh datang.
Pengajaran ini buat saya juga. Kalau dah janji, kenalah ditepati. Bukan dicapati.
Mingguan Wanita : Bukan kes macam ni masa bulan Syawal saja tapi hari-hari lain pun. Moral of story, beritahu kehadiran kita, bukan untuk mereka sediakan makanan macam-macam tapi supaya tuan rumah bersedia.
Sumber: Abdul Muiez
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita