“Tiada Istilah Kami Berpisah Sebab Dia Tak Tahan Jaga Saya” Bad & Ashira Masih Kawan Baik

Share

“Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun” akui Bad hingga kini masih ramai yang mahu ketahui punca sebenar dia dan bekas isterinya, Ashira Aziz berpisah.

Realitinya, Bad dan Ashira hingga kini masih berkawan baik. Malah dia juga menolak tanggapan segelintir pihak yang menganggap perceraiannya berpunca daripada sikap bekas isterinya yang tidak boleh berdepan dengan masalah kesihatannya.

“Tiada Istilah Kami Berpisah Sebab Dia Tak Tahan Jaga Saya”

Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, Bad menerangkan dirinya dan Ashira tidak saling membenci.

“Dia sebenarnya nak tolong saya, tapi saya yang tak izinkan daripada awal lagi. Dia nak tolong ambilkan air, bawa saya ke bilik air atau cuci luka pun saya kata tak perlu ikut biar saya buat sendiri.

“Saya ada beritahu kalau ditakdirkan kita tidak bersama dia pasti tidak dapat nak tolong saya dan takkan ketika itu saya nak kelam-kabut seorang diri. Jadi biarlah saya ajar diri saya.

“Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun. Netizen akan mencari punca sebab bagi mereka cerita kami ini tergantung, lebih-lebih lagi kami buat pengumuman berpisah dan sehingga kini masih berkawan baik. Mungkin mereka tak suka pengakhiran yang begitu, nak ada kontroversi.

Lebih Baik Jadi Kawan

“Masalahnya memang tiada. kalau ada benda apa-apapun saya tidak akan sesekali mendedahkannya sebab itu adalah aib.

“Kenapa kami boleh berkawan baik, rasanya orang luar boleh fikir sendiri. Maknanya kami tidak saling membenci dan lebih elok menjadi kawan daripada mempunyai ikatan serta tak perlu nak putuskan silaturahim,” ungkpnya.

Kenangan bersama bekas isteri, Ashira.

Gagal Rumah Tangga & Sakit

Diuji dengan kegagalan rumah tangga dan sakit yang menimpa, Bad tetap bersyukur dengan segala dugaan yang menimpa dirinya.

“Saya bersyukur dapat semua ujian ini.

“Saya rasa lagi bertuah daripada orang lain kerana apa yang terjadi kepada saya termasuk kegagalan dalam perkahwinan dan sakit, Allah nak bagi kita yang lebih baik sebab Dia yang merancang.

“Dia ambil bahagian depan kaki saya, ia bukan kepunyaan saya tapi milik-Nya.

“Dalam pada saya duduk diam begini, tiba-tiba saya dilimpahkan rezeki apabila dapat kerusi roda elektrik, sumbangan serta dapat kerja baru.

“Saya ada terfikir mungkin kehidupan saya akan lebih teruk tapi sebenarnya lagi senang dapat kerja. Dalam kekurangan saya, lebih banyak kelebihan yang saya dapat.

“Malah bila jadi begini ramai rakan yang datang bertanya khabar kerana bimbang saya tertekan atau mengalami kemurungan. Ialah bila kena begini mungkin ramai yang fikir saya tak boleh terima hakikat, rasa kenapa saya tapi sebenarnya saya reda,” kongsi Bad.

Baca Disini : Bad Indigo Segan Terima Bantuan Zakat, Status OKU Namun Fikirkan Masih Ramai Asnaf Memerlukan

Ashira & Bad Indigo Bercerai Namun Kekal Berkawan, Warganet Doakan “Semoga Diberikan kekuatan Buat Keduanya”

Mingguan Wanita: Semoga semuanya baik-baik buat Bad Indigo dan bekas isterinya Ashira. 

Sumber: Harian Metro 

Sumber Foto : Instagram Bad Indigo

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita


TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Published by
Norhayati Suboh