Tak ramai yang mampu hargai pasangan, kebanyakan hanya tahu mengkritik dan mengarah! Allah… sedarlah wahai suami, andai kalian boleh saling melengkapi sudut ini, itu lebih dari cukup. Jom baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini…
Hari ini cuti, sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Semua anak-anak bersorak sibuk tengok macam kapal terbang mendarat dalam rumah. Sebab jarang-jarang ayahnya masak. Ya Allah. Maafkanlah diriku ini…
Kelakar campur sedih sayu sangat sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu. begitulah kebanyakan wanita… anak-anak kata ayah nak ini.. nak itu.. nak ini.. menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak.
Isteri lak senyum-senyum tengok suami.. sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar.. hehe… orang bercinta memang macam tu yer. Duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak nanti malu tak jadi. Sayang rehat yer, tengok masa buka nanti.
Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb, yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee..
Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa…
Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas..
Ads
Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.
Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil.
Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.
Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja.
Ads
Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami..laku rancangan masak. Selebriti masak. Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa. Ya Allah…
Lepas tu jadi cikgu anak-anak kita. Mereka cikgu math. Mereka ustazah fardhu ain. Mereka guru mengaji. Mereka guru kaunseling. Mereka guru displin. Mereka cikgu bahasa. Semua mereka kena ajar anak-anak. Mereka cikgu adab akhlak. Berapa elaun nak bayar untuk semua subjek. Tapi mereka buat semua tu kerana cinta.
Lepas tu mereka pelayan dan menjadi hiburan anak-anak. Anak menangis mereka tahu nak apa. Anak kecil belajar cakap. Isteri kita faham. Mereka tahu semua bahasa anak-anak.
Mereka tidurkan semua anak-anak. Lepas tu mereka pakai cantik-cantik layan suami lagi. Macam-macam jenis suami ada. Nak macam -macam layanan. Isteri dah penat sepanjang hari..
Ads
Mereka jadi jam loceng. Suami ada hp. Tapi harapkan jam isteri bunyi. Suami dan anak-anak bangun waktu berbeza-beza.
Buat saya dan semua suami. Jom kita buat semuanya sama-sama dengan isteri kita. Cintai dan sayangi mereka. Hargai mereka.
Ucapkanlah cinta dan sayang pada mereka. Pegang tangan mereka ucapkanlah. “Sayang betapa bertuahnya abang dapat sayang. Terima kasih sudi jadi isteri abang. Abang benar-benar bersyukur dapat sayang. I love u sayang. Abang betul-betul cintakan dan sayang sayang..”sedap sayang masak. Pandainya sayang. Ya Allah hebatnya sayang buat semua kerja ni.
Bantulah mereka bersama-sama buat kerja rumah. Sekali sekala atau selalu selalulah kita siapkan buka puasa. Kita siapkan sahur. Kejut isteri dan anak sahur. Buat surprise buat isteri dengan kita kemaskan rumah. Mop lantai. Kemas mainan anak-anak. Basuh tandas. Isikan minyak kereta isteri. Siapkan baju isteri dan anak-anak. Kemaskan buku sekolah anak-anak. Basuh baju. Jemurkan semuanya. Angkat baju. Lipat baju. Kemaskan katil kita dan katil anak-anak. Layan anak-anak.
Kita tidurkan semua anak-anak. Sekali sekala beri isteri rehat awal. Kita urus anak-anak. Nikmat bila kita dapat lihat isteri kita berehat. Wajahnya masa tidur nikmat buat seorang suami. Gembira campur sebak tengok wanita ini tinggalkan semuanya untuk bersama kita..berilah juga duit belanja dan apa yang kita ingin untuk kita berilah juga kepada mereka.
Doakanlah isteri kita. Doakan orang yang kita sayangi. Tiada hadiah paling berharga atas semua itu melebihi mendoakan mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ujian untuk mak ayah yang berpisah selain pembahagian harta dan nafkah, adalah hak penjagaan anak-anak. Ada yang sampai turun naik mahkamah bertahun-tahun sebab nak dapatkan hak jagaan anak-anak.
Sudahnya, tanpa sedar proses itu bukan memberi kesenangan pada mak ayah, sebaliknya beri kesan emosi yang mendalam pada anak-anak yang sedang meningkat dewasa.
Tak mahu hal sebegini terjadi pada anak, Ariff Ismail pilih jalan berdamai dengan bekas isteri. Masing-masing turunkan ego kerana perasaan anak lebih utama lagi. Dan inilah yang pasangan berpisah ini telah lakukan.
Bila Giliran Ayah Jaga Anak
Macam ni la hidup saya sebagai duda bekerjaya, nak tak nak turn saya jaga anak tetap kena jaga. Nasib la buat “business ” sendiri, boleh angkut anak sekali jumpa client.
Saya dan bekas isteri setuju untuk sistem giliran jaga anak, kami ambil langkah, “anak ada hak dengan ayah dan umi “.
Kami tak memilih untuk naik turun mahkamah tuntut hak penjagaan anak.
Yang berpisah kami, yang tidak sefahaman kami bukan anak. Oleh itu kami memang amal kan sistem giliran untuk jaga anak tunggal kami.
Alhamdulillah sudah hampir setahun kami amalkan begini.
Tak Ada Alasan Lepaskan Tanggungjawab Pada Bekas Isteri
Anak pun mulai faham, sentiasa beri kerjasama. Tiada alasan bagi saya untuk lepas kan tangungjawab jaga anak 100% pada bekas isteri.
Macam mana dia jaga anak, begitu juga saya.
Jadi anak pon tetap rapat dengan umi dan ayah. Membesar dengan kasih sayang umi dan ayah walau pada hakikat umi dan ayah dah tak duduk serumah.
Kita ni bila fikir anak lebih dari ego kita atau diri kita, tak kan jadi masalah bergaduh naik turun mahkamah nak rebut hak penjagaan anak.
Berebut Hak Jagaan, Emosi Anak Pun Terganggu Sama
Bila kita duk berebut, emosi anak pon akan terganggu.
Perkembangan pembesaran anak akan terganggu bila berlaku pergaduhan atau perebutan hak penjagaan anak. Kita kahwin dulu boleh bincang elok elok, dah bercerai pon lakukan perkara sama.
In sha Allah anak akan dapat kasih sayang kedua ibu bapa.
MW : Banyak benarnya, ego masing-masing itulah yang buatkan masing-masing sukar beralah. Semoga tuhan lebih melembutkan hati kita yang diuji ini.
Sekarang musim cuti sekolah. Ini bermakna setiap minggu pasti kita ada banyak undangan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri. Sudah tentu kehadiran kita sebagai tetamu sangat menceriakan pengantin.
Namun ada sesuatu yang sudah berubah tetapi barangkali kita tidak sedar. Majlis ijab kabul sudah berlalu lebih seminggu tetapi gambar-gambar masa majlis itu masih terpapar di laman-laman media sosial peribadi. Tidak cukup begitu, rasa bahagia, rasa kasih dan rasa sayang isteri kepada suami dikongsi secara terbuka.
Perasaan Suami
Baguslah begitu tetapi izinkan saya bertanya satu soalan panas di sini. Adakah perasaan suami terhadap paparan kebahagian di laman sosial sama dengan isteri? Tahukah anda sebenarnya ramai lelaki yang baru dua tiga bulan bergelar suami mula rasa tidak selesa apabila isteri terlalu kerap menayang kebahagiaan di laman sosial?
Mereka tertanya-tanya jika nanti datang cabaran besar dalam rumah tangga, adakah isteri akan berkongsi masalah itu di laman sosial? Saya tidak tahu apa jawapannya tetapi kita sendiri lihat semakin ramai yang menjadikan laman sosial tempat melepaskan perasaan terhadap pasangan masing-masing.
Nak Tegur Boleh…
Anda mahu tahu lagi beberapa keadaan yang membuat suami rasa tidak selesa kepada isteri? Mohon anda yang baru bergelar isteri tidak marahkan saya jika saya beritahu; jangan jadi seperti nyamuk di telinga suami. Maksudnya elakkan daripada terlalu meleret-leret memberi ulasan hal-hal kecil pada suami. Betul hal itu besar bagi anda tetapi itulah lelaki.
Hal-hal tuala disidai tidak lurus, terlupa buang sampah, terlajak masa bila bertemu rakan di kedai mamak memang sangat menduga kesabaran isteri. Bukan anda tidak boleh menegur suami tentang ini semua tetapi ianya perlukan seni komunikasi yang sangat istimewa. Saya tidak boleh terangkan caranya di sini tetapi memberi ucapan meleret-leret tentang hal-hal kecil begitu boleh menyebabkan suami anda kemurungan nanti.
Buktikan Pandai Jaga Diri
Semua orang tahu suami itu tempat berlindung isteri. Namun di hujung yang satu lagi isteri juga perlu ada kemampuan untuk menjaga diri sendiri. Garis pemisah antara isteri yang terlalu bersifat berdikari dan isteri yang segala mengharapkan suami itu nipisnya umpama kulit bawang. Isteri yang terlalu berdikari boleh membuatkan suami rasa tidak dihargai. Isteri yang terlalu bergantung padanya pula boleh membuat suami rimas.
Cara paling selamat ialah dalam situasi yang sesuai tunjukkan anda boleh menjaga diri sendiri. Contoh kereta anda rosak pada ketika suami berada di luar kawasan. Buktikan anda tahu nombor telefon mekanik yang dia biasa dan bertindak sewajarnya. Isyarat yang akan dia faham ialah anda hanya bergantung kepada dia kerana dia adalah suami dan bukan kerana anda tidak boleh melakukannya sendiri.
Tak Suka Berteka-Teki
Satu lagi perkara yang selalu menjadi rungutan suami ialah menunjukkan sikap sukar untuk difahami. Anda mungkin sekadar bergurai tetapi cuba hayati dialog ini;
“Malam ni Ina tak payah masak. Kita makan kat luar. Ina nak makan di mana?” “Ikut abanglah. Ina tak kisah!” “Ok..kita pergi makan sate ya?” “Tak naklah. Ada kuah kacang. Nanti jerawat!” “Ok..kita cari kedai Tomyam. Nak?” “Laaa…minggu lepas dah Tomyam! Takkan minggu ni Tomyam lagi?” “Kalau macam tu kita pergi KepChi. Boleh?” “Taknaklah…kalau siang bolehlah. Ini makan malam pun nak KepChi?” “&%$&(#$…dahlah! Susah sangat…Cancel!”
Tak Sabar!
Wanita memang misteri. Anda mungkin saja menduga untuk mendapat perhatian tetapi suami anda itu lelaki. Dia tidak begitu sabar untuk menduga dalam kegelapan mencari apa yang anda mahukan. Oleh itu jangan terlalu menyusahkan fikiran suami meneka-neka begitu. Jika anda mahu apa-apa layanan istimewa, beritahu saja. Jangan sekadar berkias-kias atau memberi isyarat-isyarat kabur. Memang suami tidak akan faham. Ngerti?
** Artikel ini telah dikongsi oleh Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation, yang juga penulis tetap ruangan Nota Untuk Isteri di dalam Majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada ibu dikurniakan anak perempuan kesemuanya dan ada yang berezeki dikurniakan anak kesemuanya lelaki. Waima apa pun kurniaan Yang Esa, bersyukur dikurniatkan zuriat penyejuk hati. Tapi bila bab nak uruskan kerja rumah tu, jangan jadikan gender sebagai alasan ye dalam melatih anak-anak ini membiasakan diri dengan kerja rumah.
Cuti PKP ni masa terbaik untuk kita latih bukan sahaja anak perempuan, malah libatkan anak lelaki juga dalam urusan menyempurnakan kerja-kerja rumah. Jangan pula asyik ulang alasan yang sama, alahhh, dia kecik lagi…cuti-cuti ni biarlah dia rehat-rehat dan bangun tidur lewat. Jangan ya…diulang jangan membiasakan dan terperangkap dengan alasan umur mereka masih kecil.
Pernah dengar pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya, yang mana maksudnya mendidik anak-anak biarlah sejak dari mereka kecil. Jangan pula esok-esok dah berumah tangga, serba satu kerja rumah tangga pun tak tahu langsung. Waktu tu baru nak ajar, silap-silap kita pula dilawannya nanti. Berikut adalah ‘task’ atau kerja rumah yang kita boleh suruh mereka lakukan *terutamanya anak lelaki seawal usia mereka dua tahun.
Sebagai ibu bapa anda haruslah bijak memainkan peranan anda. Layan anak anda sebaiknya tanpa berat sebelah. Sebaiknya anak lelaki atau perempuan, tak ada yang terkecuali dari buat kerja rumah.
Jangan jadikan budaya membesarkan anak bak raja sebagai budaya berterusan. Didiklah anak anda terutama anak lelaki, sikap lelaki budiman. Biasakan dia dengan tugasan rumah, baru dia mengerti lelahnya kerja rumah ini dan akan jadi lebih ringan apabila adanya bantuan daripada orang lain. Hal ini merupakan sebahagian daripada persiapan untuk kemahiran hidup mereka satu hari nanti juga.
Mungkin satu masa nanti mereka akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, universiti, alam pekerjaan dan juga melangkah ke alam rumah tangga. Isteri juga perlu mainkan peranan untuk tidak merajakan suami tapi menghormati suami sebagai ketua keluarga.
Terkadang, ada juga suami yang lahir dikalangan keluarga yang tidak memberikan pendedahan berkaitan urusan rumahtangga, Kerana menganggap urusan rumah tangga urusan mutlak perempuan dan juga isteri semata. Kerjasama amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Jangan biasakan merajakan suami, kerana apabila dibimbangi suami hilang rasa empati untuk membantu isteri.
Didiklah anak kita seiring dengan usia mereka. Walaupun sebagai ibu bapa menggangap tugas anak perempuan di dapur tapi apa salahnya kalau ilmu menguruskan rumah dikongsikan juga untuk anak lelaki. Supaya ini membawa manfaat kepada semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...