Jangan Malu Minta Duit Suami, Siapa Lagi Nak Habiskan Kalau Bukan Isteri, Anak

Share

Dalam hidup setiap orang, duit adalah segala-galanya. Tanpa duit, hidup tak tentu arah dan ada yang kata tak bahagia kerana sukar teruskan kehidupan untuk membeli apa yang diidamkan. Malah, dengan duit ia mampu jamin bahagia setiap orang.

Itu bagi sesetengah orang yang merasakan duit jamin bahagia kerana ia boleh membuatkan seseorang itu mampu miliki apa yang diinginkan, dapat hidup mewah dan segala-galanya. Tapi, tak bahagia kalau tak ada duit. Begitukah?

Namun, bagaimana bagi mereka yang tidak ada duit, masihkah mampu untuk jamin bahagia dengan hanya mengharapkan kais pagi makan pagi dan begitulah seterusnya. Lebih-lebih lagi, buat suri rumah yang hanya mengharapkan duit daripada suami semata-mata.

Bagi suri rumah yang pandai berdikari, mampu mencari sedikit duit perbelanjaan untuk diri sendiri dengan melakukan kerja-kerja sambilan sambil menguruskan anak. Mungkin itu caranya untuk mendapatkan duit sendiri.

Bagi isteri yang bekerja dan ada pendapatan sendiri, mungkin satu kelebihan untuknya kerana mampu ‘pegang’ duit sendiri tanpa perlu minta daripada suami. Namun, bolehkah ia jamin bahagia atau mungkin tak bahagia kerana asyik kerja siang malam hinggakan hubungan keluarga entah ke mana.

Mungkin pengalaman dan kisah yang dikongsikan oleh Sri A’jilah Mohd Samsir boleh dijadikan panduan untuk semua. Ketahuilah, duit bukan segalanya dan belum tentu jamin kebahagiaan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rahsia Orang BANYAK EMAS, Beli Masa Ada Duit Bukannya Tunggu HARGA TURUN

Suami Kerap Tidak Cukup Duit, Periksa Balik Nafkah Isteri Termasuk Dalam Bajet Keluarga?

Info Lebih Menarik DI SINI

Tak Bahagia Bukan Sebab Tak Ada Duit

Dia memang tak pernah memaksa saya untuk bekerja, tapi dia sangat tahu betapa saya down gila waktu mula-mula berhenti kerja dulu.

Saya tak suka bergantung pada orang lain sebab saya rasa, perempuan perlu ada sesuatu yang menjamin masa depannya sendiri.

Ah, kau jangan cakap “Allah yang menjamin masa depan.” Ini semua orang tahu! Ia berkisar tentang usaha dan ikhtiar kita untuk majukan diri sendiri.

Nak jadi suri rumah dan terpaksa jadi suri rumah, itu 2 perkara berbeza. Dan saya melalui keterpaksaan itu selama 4 tahun untuk move on.

Saya stres bila nak makan aiskrim yang tak sampai RM 3 pun terpaksa minta pada suami. Memalukan! Menyusahkan! Terasa macam looser sangat.

Iya, saya malu nak minta duit pada suami sendiri walaupun dia langsung tak berkira dengan saya. Saya pendam banyak keinginan sebab ego saya lebih besar dari segalanya.

Buat Kerja Sambilan

Saya mula join Dropship untuk mula berbisnes. Mulakan dengan edutoys, di samping menjual, kita pun boleh membeli untuk anak-anak sendiri dengan harga yang lebih jimat.

Tahu apa jadi?

Saya terlampau excited ada duit sendiri setelah 4 tahun harapkan duit suami. Excited gila! Walaupun dapat tak banyak mana, tapi saya seronok sangat.

Kebanyakan masa saya gunakan untuk layan customer. Saya fikir, kalau lambat respond wasap customer, melepaslah nanti!

Maka, banyak hal rumah yang tak dapat saya bereskan. Anak-anak pula jenis pegang kain yang memang akan meraung kalau saya bergerak. Saya jadi manusia pemarah sehinggakan tak sedar yang anak-anak sudah berbirat dek tangan saya sendiri.
Allahuakbar.

Kerana pengurusan masa yang tak betul dan eager mahukan duit sendiri, saya abaikan perkara yang lebih penting di depan mata.

Kau buat sale, memanglah leader sayang dan timang-timang. Kalau tak buat sale, kau nganga dan duduklah diam-diam.

Tapi anak-anak yang kita marah dan pukul ni, merekalah yang akan ada setiap masa bersama kita. Yang akan beri kita pelukan dan ciuman saat kita kelelahan.

Tersedar

“Abang tak pernah halang sayang nak kerja dan abang pun tak pernah suruh. Tapi kalau sampai anak-anak jadi mangsa, stop jelah. Nak apa-apa, bagitau abang. Siapa lagi nak habiskan duit suami kalau bukan isteri dan anak-anak?”

Lama dia perhatikan saya yang miserable sangat mengurus diri dan keluarga.
Ayat yang keluar dari mulutnya membuatkan saya sedar satu perkara.

Kenapa pula isteri nak malu minta duit suami? Itu suami kau, memanglah kau minta pada dia. Takkan nak minta duit suami jiran, kan? Ke kau nak perempuan lain minta duit suami kau?

Begitulah.

Tak tahulah kenapa saya jadi manusia se-complicated itu.

Ego barangkali.

Takde duit, bukan sebab kita tak bahagia. Ada duit pun bukan perkara yang menjamin bahagia.

Sampai masanya, kita akan majukan diri perlahan-lahan. Sekarang, anak-anak pun dah makin mudah diuruskan, dah faham, dan pandai mengikut arahan.

Kalau nak compare diri kita dengan orang lain, memang penat, sedih dan kecewa. Enjoy saya perjalanan kita saat ini. Ia akan indah pada masanya sendiri.

#SriAjilahSamsir

MW: Apa yang boleh dikatakan, jangan malu untuk minta duit dengan suami dan jangan kerana kejar duit, keluarga terutamannya anak-anak terabai.

Sumber: Sri A’jilah Mohd Samsir

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora