Tiada Anak Bukan Tak Bahagia TAPI Diberikan Mentua Dan Keluarga Baik Pun Rezeki

Share

Masih tiada anak, itulah yang selalunya ditanya oleh suami isteri selepas mendirikan rumahtangga. Tak kiralah baru sebulan, lima bulan, enam bulan ataupun setahun, tentunya perkara pertama akan keluar daripada mulut sanak saudara atau kawan-kawan.

Mungkin rezeki suami isteri, sebulan berkahwin sudah ada tanda-tanda, mengandung anak pertama. Tak kurang juga yang ambil masa bertahun-tahun menunggu cahaya mata.

Orang cakap anak menjadi pelengkap untuk suami isteri dan kononnya tiada anak seolah-olah suami isteri tidak bahagia.

Jangan begitu, rezeki yang Allah beri macam-macam cara. Bukan tiada anak, hubungan suami isteri tidak bahagia. Sebab ada suami isteri yang berkahwin berpuluh-puluh tahun tapi belum dikurniakan anak tetap bahagia. Sebabnya, ada pelbagai saluran yang Allah berikan pada setiap hambanya.

Perkongsian daripada Imam Muda Hassan Adli ini ada benarnya. Tak perlu nak perli bila ada pasangan yang belum dikurniakan anak. Semua ini adalah anugerah Allah, Dia yang lebih tahu dan aturkan segalanya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Adab Di MEJA MAKAN, Elak Layan Mak Macam BIBIK, Jangan Biasakan!

Walaupun Mak Garang & Suka Bebel, Tapi Setiap Anak Sentiasa Dalam Doanya

Info Lebih Menarik DI SINI

 

Tiada Anak Pun Boleh Bahagia

“Tak Ada Anak Tak Bahagia!”.

Ini salah satu bentuk tanggapan yang salah. bahagia tidak semestinya dengan menimang cahaya mata, dapat pasangan yang baik juga adalah suatu nikmat kebahagiaan.

Biasa berlaku, lepas 6-7 bulan pasangan baru berkahwin, akan ada suara-suara yang berbunyi,

“dah berisi ke?”
“dah berbadan dua ke?”
“isteri kamu apa cerita, bila lagi nak menimang anak?”
“bila lagi nak jadi mak budak?”

Yang lebih dahsyat lagi, “merancang ke tu?”, “sian dapat suami / isteri mandul”. Kata-kata ni memang sakit bila didengar. Cuba kita duduk di tempat mereka yang belum dikurniakan zuriat, apa perasaan?

Ada rakan teman yang dah lama berkahwin dan belum dikurniakan zuriat, dia cerita pengalaman, isterinya sampai tak nak keluar rumah, dah tak nak jumpa kawan-kawan sebab buat sakit hati je, bila jumpa kawan-kawan, akan ada suara-suara sinis seolah memerli.

Kenapa la nak diperli, soal zuriat ni bukannya kerja kita, ia adalah anugerah Allah.

Jangan Sedih, Ada Sebabnya

Wahai isteri dan wahai suami yang masih belum direzekikan anak, janganlah berasa terlalu dukacita dan janganlah sesekali bersangka buruk denganNya. Allah belum bagi sebab Allah sayang. Dia ingin mendengar doa kita, dan Dia nak lihat bagaimana sabarnya kita dalam penantian.

Nabi Zakaria a.s, tak pernah putus asa merintih dalam doa Baginda, akhirnya tak disangka-sangka pada usia tua menimang cahaya mata iaitu Nabi Yahya a.s. Tiada yang mustahil bagi Allah, kalau Allah nak bagi, Dia boleh bagi. Teman pernah tengok pasangan yang setelah 20 tahun berkahwin baru Allah bagi zuriat. Betapa bersyukurnya mereka.

Mungkin juga kita terlepas pandang, bahagia tidak semestinya dengan menimang cahaya mata, bahagia banyak salurannya, cuma sumbernya hanya satu, ianya daripada Allah.

Tak direzekikan anak, tapi dapat suami yang baik dan penyayang, tak menimang cahaya mata tapi dapat keluarga mertua yang baik. Ini semua rezeki juga.

Semua Ujian Kehidupan

Ada pasangan yang mudah Allah kurniakan mereka anak, bersusun anak Allah bagi, tapi malangnya suami abaikan isteri dan anak-anak, suami selalu pukul isteri, suami tak bagi duit belanja, isteri pula yang kena bekerja menanggung belanja anak-anak.

Ya, semua itu ujian dalam kehidupan. Tak ada siapa yang tiada ujian. Apa yang teman nak tekankan kat sini, “Teruskan Bersangka Baik Dengan Allah”. Gunalah mata lebah dalam melihat ujian Tuhan, janganlah guna mata lalat yang selalu melihat keburukan.

Semua yang Allah bagi semuanya bersebab. Paling penting, jadilah hamba yang selalu mensyukuri, sebab Allah janji ,”Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu…” (Ibrahim: 7)

#jiwatenang

MW: Dia belum lagi beri rezeki anak tapi Dia beri rezeki mentua, pekerjaan yang baik dan sebagainya. Kita hambanya kena fikirkan yang baik-baik.

Sumber: Hassan Adli

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora