Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memperjelaskan isu sebenar setelah timbul dakwaan bahawa majlis tahnik anak keduanya, yang dianjurkan baru-baru ini tidak mengikut SOP serta tidak peka dengan keadaan semasa.
Ikuti perkongsian Siti Nurhaliza di akaun instagramnya:
Berhubung isu yang sedang tular ketika ini, kami sebagai tuan rumah, Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ingin memberi pencerahan mengenai majlis tahnik anak lelaki kami, Muhammad Afwa yang kami anjurkan pada 26 April lalu yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri.
Tiada Aktiviti Rentas Negeri
Dakwaan ini ditimbulkan apabila kami mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu. Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku.
Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.
Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti seperti yang tertakluk pada tempoh itu.
Majlis juga terbahagi kepada 3 sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah.
Hanya Singgah & Bacakan Doa
Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka. Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.
Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin.
Bukan Mempertahankan Diri
Penjelasan ini bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.
Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan.
Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan. Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik.
Ads
MW: Semoga apa yang berlaku ini menjadi iktibar buat kita semua. Keadaan pandemik yang makin meruncing sudah pasti membuatkan semua orang risau, oleh itu sentiasalah patuhi SOP dan ikuti arahan kerajaan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Nurul Shuhada minta talak 2, mahkamah putuskan Hafidz Roshdi sah cerai talak satu. Akhirnya rumahtangga pasangan Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada berakhir pagi ini apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan perceraian mereka dengan talak satu.
Pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukur dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pagi tadi.
Nurul Shuhada Minta Talak 2
Menurut Hafidz, dia berasa gembira segala proses hari ini dipermudahkan dan akhirnya mereka berpisah.
“Saya bersyukur kerana hari ini saya sudah bercerai talak satu. Saya nak ucap terima kasih buat semua yang hormat privasi dan karier saya. Saya hormati keputusan tuan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini. Ia diselesaikan dengan cara baik tanpa ada pergaduhan,” katanya.
Sementara itu, menurut peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir , mahkamah telah menerima permohonan yang dibuat Hafidz pada 22 Februari 2023.
Mahkamah Putuskan Pasangan Ini Sah Cerai Talak Satu
Cerai hanya berlaku sekali sahaja. Tuntutan balas daripada Shuhada yang kata ada tuntutan sebelum itu pada 22 Januari, hakim tidak terima.
Hanya talak satu dijatuhkan, walaupun Shuhada minta talak dua. Dakwaan sebelah pihak lagi yang mendakwa lafaz cerai menerusi aplikasi WhatsApp pada 20 Januari lalu tidak diterima oleh mahkamah. Maka, perceraian adalah talak satu bertarikh 22 Februari lalu,” katanya.
Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Sementara itu, dalam laporan Berita Harian, Nurul Shuhada yang berbusana putih turut meluahkan perasaan yang sama.
Katanya, dia lega seolah-olah beban yang dipikul selama ini sudah diangkat.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Saya merasakan seperti Allah sudah angkat satu beban. Terima kasih Allah. Saya perlu kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain dan hanya bergantung pada Allah sahaja.
“Sekarang, saya mahu fokus diri sendiri, anak-anak dan capai cita-cita kerana insya-Allah, saya mahu sambung belajar,” katanya yang tamat edah pada Aidilfitri kedua lalu.
Sudah tersurat barangkali, walaupun sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Siti Elizad redha denga napa yang telah berlaku.
Allah pinjamkan nikmat minggu lepas, kemudian dirinya keguguran. Namun Siti Elizad tetap akan teruskan rawatan IVF sehingga impiannya untuk bergelar seorang ibu termakbul.
Allah Pinjamkan Nikmat Minggu Lepas
Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 36, akur dengan ketentuan Yang Maha Esa apabila mengalami keguguran, baru-baru ini.
Siti Elizad yang menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu berkata dia hanya dapat merasai perasaan wanita hamil buat seketika.
“Allah bagi nikmat rasa jadi ibu itu pada minggu lepas. Tapi, Dia dah ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu.
“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyallah, dia punya gembira tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan bleeding alami pendarahan.
“Tak tau nak gambarkan perasaan macam mana dan terduduk seketika,” katanya.
Enggan mengalah dengan mudah terhadap usaha dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat sendiri, Siti Elizad berkata mungkin belum rezeki lagi.
“Tak mengapa, insyallah ada rezeki lain. Husnuzon. Bersangka baik. Saya tak kan pernah berputus asa. Saya akan selalu positif dan teruskan berdoa.
“Kepada doktor, kita akan jumpa lagi pada Januari 2021. Terima kasih juga kepada semua yang banyak beri sokongan dan doakan terbaik dalam perjalanan saya ini,” katanya.
Siti Elizad Akan Teruskan Rawatan IVF
Sementara itu pada entri di Instagram Story, Elizad memohon maaf kepada rakan-rakan yang menghubunginya kerana tidak menjawab panggilan termasuk membalas kiriman mesej mereka.
Katanya, bagaimanapun sekarang dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, dengan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.
Apapun, Elizad akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.
Siti Elizad bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015. Bagaimanapun, selama lima tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
MW: Semoga perjuangan dan impian Siti Elizad untuk bergelar ibu dipermudahkan serta dimakbulkan Allah. Amin.
Beruntungnya Hannah Delisha, kehadirannya sentiasa pukau orang ramai. Mana tidaknya figura yang juga anak kelahiran Kota Singa ini cukup beruntung kerana memiliki raut wajah yang jelita.
Kulitnya yang mulus menarik perhatian ramai hingga ada desas desus yang menyatakan dirinya sebagai pelaris pada jenawa produk kecantikan.
Bergelar penyanyi dan pelakon juga sebagai ikon fesyen dan personaliti media sosial bukanlah satu perkara yang mudah.
Wanita yang juga isteri kepada Imam Shah ini sebenarnya mengamalkan gaya hidup sihat disamping sangat mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah.
Beruntungnya Hannah Delisha, Miliki Kulit Cantik Semula Jadi
Selain daripada bakat dalam nyanyian dan lakonan, Hannah Delisha juga mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta. Malah pengaruh Hannah dalam industri hiburan tempatan menjadikannya pilihan untuk pelbagai jenama dan kempen, menambah lagi kepada kredibilitinya sebagai seorang artis serba boleh.
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo.
“Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,” kongsi Hanna yang terkenal dengan sikapnya yang merendah diri.
Teliti Setiap Kali Mahu Terima Tawaran Duta Produk
Menurut Hannah, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.
“Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan,” katanya.
Ditanya mengenai dirinya dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.
“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif. Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak.
“Conboo adalah untuk semua orang. Sama ada anda seorang selebriti, usahawan, suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang bermimpi untuk menjalani kehidupan yang yakin dengan mempromosikan gaya hidup sihat, produk ini direka khas untuk anda.
“Paling penting produk ini melangkah masuk dengan visi untuk melahirkan generasi individu yang yakin dengan kecantikan dari dalam ke luar. Ramuan premium semula jadi terdiri daripada madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia.
“Dengan jadual yang padat sebagai pelakon, penyanyi, dan model profesional, Beau3 Milk by Conboo sememangnya bantuan yang besar ke arah gaya hidup sihat saya,” kongsi Hannah yang semakin terserlah kejelitaannya.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!