Dua tiga hari ni, perkakasan elektrik pelbagai guna Thermomix berlegar-legar di media sosial. Dikatakan boleh memasak sehingga 50 ribu resipi dan mempunyai 20 fungsi tersendiri. Punyalah hebat, sehinggakan ramai yang berangan dan bercita-cita untuk memiliki Thermomix di dapur rumah sendiri walaupun harganya boleh tahan juga mahalnya.
Namun demikian dalam keadaan ekonomi sekarang, sebelum berhasrat meneruskan untuk membeli Thermomix ini ada baiknya, hadam betul-betul perkongsian daripada Puan Mona Din ini sebagai rujukan.
Benda ni tengah viral sekarang, sakan dok melintas dan lalu lalang di media sosial, kan? Asbab curious, saya pun ambil masa, google tengok, study function, tengok harga, baca komen-komen semua.
Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik dan sisters semua;
Dalam keseronokan kita meminati produk terbaru di pasaran, dalam keghairahan kita suka mengikut apa orang puji bagus kita pun nak juga ada,dalam kecintaan kita kepada peralatan terbaru dapur, konon untuk menambah senang kita memasak, saya dengan niat yang baik,tidak ada sebarang hasad dengki, tidak ada langsung rasa irihati, tidak juga seorang yang anti teknologi, ingin memberi pandangan dan menasihatkn dengan tulus ikhlas.
Tak payahlah beli dulu,tiada kepentingan pun sangat produk sebegitu..!
Kalau ia tiada di dapur kita pun, Insha Allah apa jua resepi yang ia boleh lakukan, periuk belanga biasa kita di rumah pun mampu, melaksana sepertinya jua.
Sungguh, saya cuma mahu mengingatkan,sekarang bukan masa yang sesuai,
untuk bermewah,untuk berseronok, untuk bermimpi indah.Dunia sekarang sedang tenat.Kita sedang di uji oleh virus corona yang maha dahsyat.
Akibatnya, seluruh dunia bukan hanya kehilangan nyawa, tetapi juga semua sektor pekerjaan sedang menderita. Ekonomi sedang merudum, merudum, merudum dan terus merudum. Di mana-mana saja, diseluruh dunia.
Tiada siapa mampu meneka,bilakah malapetaka ini akan berlalu. Entah di mana penghujungnya, tiada siapa yang tahu.
Oleh itu,jika pun kita sangat bernasib baik masih punya wang sekarang, berjimatlah! Jika pun kita sangat beruntung masih punya kerja sekarang, beringatlah!
Kita tidak akan boleh menjangka apa yang coronavirus ini mampu hancurkan,kepada kita, kepada karier,kepada negara, kepada dunia..!
Berjimatlah.Simpanlah sebaik mungkin wang yang ada, untuk makanan, untuk keperluan asas yang lebih penting.
Tiada gunanya ada Thermomix yang canggih, andai mungkin satu hari nanti,
kita akan kepupusan stok dan bahan masakan untuk di guna, bersamanya.
Jangan terikut oleh trend.Jangan terlalai oleh periklanan.Di musim tragedi pedih coronavirus ini, jangan lagi kita bermimpi di siang hari.
Berjimatlah, bersederhanalah, hidup lah dulu dengan apa yang kita ada,
Se adanya.
Lupakan dulu Thermomix ini, buat sementara atau mungkin elok juga seperti ada yang kata, bagus jika dapat dilupakan terus untuk selamanya…!
Baca Lagi Di Sini: Goreng Tapi Tak Guna Minyak, Ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Ada Air Fryer Di Rumah!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang berhasrat nak beli Thermomix viral ni, fikirkanlah sebaiknya. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita kena lebih berjimat dan bersedia. Gunakanlah periuk belanga sedia ada di dapur rumah kita. Paling penting, walau secanggih mana pun gajet dapur yang kita guna, yang paling berharga adalah ‘Air Tangan dan Kasih Sayang’ kita buat keluarga.
Sumber: Mona Din