Dua tiga hari ni, perkakasan elektrik pelbagai guna Thermomix berlegar-legar di media sosial. Dikatakan boleh memasak sehingga 50 ribu resipi dan mempunyai 20 fungsi tersendiri. Punyalah hebat, sehinggakan ramai yang berangan dan bercita-cita untuk memiliki Thermomix di dapur rumah sendiri walaupun harganya boleh tahan juga mahalnya.
Namun itulah, orang kata ukur baju di badan sendiri. Jika berkemampuan, memang duit berkepuk tak tau nak beli apa, tiada salahya. Namun demikian jika kita dikalangan golongan M40, B40 dalam keadaan ekonomi sekarang, sebelum berhasrat meneruskan untuk membeli Thermomix ini ada baiknya, simpan je duit RM7,000 tu untuk keperluan lain yang lebih penting nanti.
Jarang saya menulis pagi-pagi. Tapi oleh sebab tengah viral pasal Thermomix ni eloklah saya tulis sikit pasal benda alah ni.
Firstly, mahal weh RM7000 tu! Serius, main kutu pun rasa tak berbaloi RM7k ni. Kalau kita golongan T20 yang jenis duit tak tau nak buat apa, okay je boleh pejam mata beli tapi pada golongan M40, B40 yang dok terliur sama, pada saya elok simpan je duit RM7k tu.
Kenapa saya cakap better simpan duit? Tahukah anda, dengan RM7000 tu anda boleh beli 7 bijik periuk Noxxa, boleh beli 7 vakuum takde wayar, boleh beli 4 iron Phillips, 10 air fryer jenama bagus, yang jadi wishlist kaum perempuan kat Malaysia. Ye, dengan RM7000 tu anda boleh berkongsi macam-macam peralatan wishlist kaum perempuan ni untuk kegunaan keluarga sendiri dan kegunaan keluarga mertua, betul tak?
Bahkan dengan RM7000 anda boleh beli completed set perkakas dan barang dapur yang lebih berbaloi berbanding RM7000 untuk satu thermomix sahaja. Silap-silap RM7000 tu siap pakej sekali table top dan kabinet simple + perkakas memasak.
Tapi itulah, kalau teringin jugak nak beli Thermomix ni, pada saya ada baiknya kalau duit tu anda pi beli emas. Sekurangnya ada la jugak gelang emas boleh menunjuk sap, sap angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? 😊 Emas, kalau takde duit, time susah boleh pi Ar-Rahnu. Kalau beli Thermomix nak gadai macamana, kan?
Yang tak sabar nak beli tu boleh tak sabar sikit sebab benda elektronik ni dia kejap je akan ada pesaing syarikat lain yang akan bagi alternatif pada kita dengan harga yang lebih murah. Tak percaya cuba tengok periuk Noxxa kan berapa banyak syarikat yang dah tiru buat periuk dengan function macam tu. Sama jugak macam Iron Philips, banyak dah syarikat yang dah tiru buat iron dengan function macam tu. Dan paling penting, harganya lebih murah. Ya, yang periuk Thermomix ni pun saya tengok dia pun dah ada yang lebih murah, cer Google atau cari kat Lazada, Shoppe kalau tak percaya.
Dan, satu lagi benda paling penting Bila dah banyak sangat alat elektronik ni, antara kita sedar atau tak, ia dah menghilangkan sedikit demi sedikit nostalgia bunyi ketang-ketung kuali hitam yang mak-mak kita selalu pakai. Hilang dah nostalgia bunyi tumbuk bawang pakai lesung, sampai keluar air mata. Hilang dah nostalgia menguli, mengadun tepung guna tangan nak buat karipap. Hilang dah bunyi sreng, sreng bunyi minyak yang mak-mak tumis bawang yang baunya sampai ke ruang tamu. Then, hilang dah sikit keberkatan air tangan mak-mak sebab semua dah diganti dengan air tangan mesin, kan?
Saya ada tengok video ada orang guna Thermomix untuk masak, saya tengok hasilnya sama je macam kita guna dapur ketang, ketung. Takde beza. Kecualilah kalau Thermomix ni kita boh segala bahan lepas tu kita kata kat dia ‘weh aku nak ikan singgang’ tet, keluar ikan singgang. Kita kata kat dia ‘weh nak nasi goreng kampung’ tet, keluar nasi goreng kampung. Memang berbaloi la beli.
Tapi itulah, pada saya simple je.
Saya tak berniat pun nak halang sape nak beli, beli jangan tak beli. Siapa yang berkepuk-kepuk duit tu boleh je pi beli cumanya kalau setakat kita yang beli penapis air dan penapis udara pun kadang terskip sebulan dua, pada saya elok kita guna je perkakas yang biasa-biasa je. Alah membeli, menang memakai, betul tak? Haa gitew..
Saya tak kata mesin ni tak bagus sebab ia sangat funtional, cuma yang lebih penting time-time PKP ni kita fikir-fikirkanlah antara kehendak atau keperluan, mana satu yang lebih penting?
p/s: boleh share status ni, takdak masalah. Harap status ni boleh bagi pencerahan pada semua yang tengah ketaq tangan, ketaq lutut, ketaq pala-pala nak suruh suami beli benda alah ni. Boleh jugak follow pengulas runcit-runcit pinggan mangkuk dan perkakas dapur.
Baca Lagi Di Sini: Thermomix Viral Tak Payahlah Beli Dulu, Sekarang BUKAN MASA Yang Sesuai
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang berhasrat nak beli Thermomix viral ni, fikirkanlah sebaiknya. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita kena lebih berjimat dan bersedia. Betul, perkakasan canggih kita guna mudahkan kerja, tapi air tangan dan kesungguhan kita rajin memasak di dapur, lebih mengikat kasih sayang keluarga.
Sumber: Muhammad Yusof