Siapa tak sayang anak. Ketika seronok dan gembira melihat dia membesar, tiba-tiba ditakdirkan sakit dan meninggal. Terlalu sayang macam mana pun, jika DIA hanya beri pinjam seketika, terimalah dengan redha.
Siapa sangka, kerana terlalu sayang pada anaknya, si ayah sanggup mengawet anaknya, dengan harapan anak itu kekal hidup walaupun terbujur kaku di dalam keranda.
Inilah yang terjadi pada Rosalia Lombarda yang terkenal dengan mumia kanak-kanak dan dipanggil ‘The Sleeping Beauty’.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sayang Anak, Ayah Sanggup Pecahkan Cermin Kereta Selamatkan Anak Tertidur Dari Dalam
Pengajaran Daripada Kisah Cikgu Azizan, Kalau Betul Mak Ayah Sayang Anak Tolonglah Baca!
Kisah ini sudah lama berlaku tapi mumia kanak-kanak ini masih elok tersimpan di dalam keranda.
.
Gambar yang dipaparkan ini adalah kanak-kanak ini bernama Rosalia Lombardo yang tinggal di Palermo, Itali. Dia meninggal dunia akibat radang paru-paru iaitu seminggu sebelum ulangtahun kelahirannya yang kedua pada 6 Disember 1920.
Kematiannya akibat jangkitan pneumonia (radang paru-paru). Keadaan ini tentulah amat menyedihkan ayahnya sehingga dia mendekati pembalsam terkenal, Alfredo Salafia dan memintanya untuk memelihara mayat Rosalia.
Alfredo Salafia, seorang embalmer dan ahli teksidermis yang mahir telah melakukan pembedahan yang sangat baik terhadap Rosalia sehingga hampir 100 tahun selepas kematiannya, gadis kecil itu kelihatan seperti tertidur di bawah bekas kaca di Capuchin Catacombs Palermo, Itali, tempat dia berehat.
.
Dalam keranda itu, pipi kecilnya bengkak kaku. Gumpalan rambut perang tersimpul di atas kepala dan diikat dengan busur sutera. Malah organ dalamannya masih utuh, seperti yang didedahkan oleh imbasan X-ray.
.
Kanak-kanak ini juga digelar sebagai “sleeping beauty”, Rosalia Lombardo telah mendapat reputasi sebagai salah satu mumia terpelihara terbaik di dunia.
Tubuh Rosalia yang dipelihara dengan sempurna hanyalah sebahagian daripada tarikan. Pengunjung yang datang untuk melihatnya turut terkejut melihat mata gadis kecil ini berkelip. Mata birunya utuh, seperti seluruh badan,dan boleh dilihat berkilauan dalam cahaya malap di dalam keranda.
.
Menurut Piombino-Mascali percaya bahawa mata Rosalia yang berkelip adalah ilusi optik yang disebabkan oleh sudut di mana cahaya dari tingkap menyerangnya. Apabila hari berlalu dan arah cahaya berubah, Rosalia kelihatan membuka dan menutup matanya beberapa kali sepanjang hari.
Piombino-Mascali membuat penemuan ini pada tahun 2009 apabila dia menyedari bahawa pekerja di muzium telah memindahkan kerandanya menyebabkan badannya beralih sedikit, yang membolehkannya melihat kelopak matanya dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Piombino-Mascali menyedari bahawa mata Rosalia tidak tertutup sepenuhnya.
.
Tetapi penemuan sebenar beliau ialah formula rahsia yang Alfredo Salafia telah gunakan untuk memastikan tubuh Rosalia dalam keadaan sempurna. Pada tahun 2009, Piombino-Mascali menjejaki saudara-mara Alfredo Salafia yang masih hidup dan menemui dokumen milik Salafia, di mana dia telah merekodkan prosedur rahsianya.
Tidak seperti pembalseman biasa, di mana organ dalaman dikeluarkan dan rongga kosong diisi dengan garam natron untuk mengeringkan badan sepenuhnya, Salafia membuat tusukan kecil pada badan dan menyuntik campuran formalin, garam zink, alkohol, asid salisilik dan gliserin.
Setiap ramuan itu mempunyai fungsinya tersendiri. Formalin membunuh semua bakteria, gliserin memastikan badannya tidak mengering dan asid salisilik menghapuskan sebarang kulat dalam daging. Bahan ajaibnya ialah garam zink yang membantu tubuh Rosalia memberikannya ketegaran dan menghalang pipi dan rongga hidungnya daripada jatuh.
“The Sleeping Beauty” adalah salah satu daripada lapan ribu mumia di Capuchin Catacombs of Sicily.
Mingguan Wanita : Kalau dia masih ada umurnya dah cecah 102 tahun.
Sumber: Amusing Planet
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita