Thai Bread Creamy Chicken, Ala Burger Malaysia Tapi Nak Letak Inti Apa Pun Boleh!

Share

Tengok gambar pun boleh agak yang resepi Thai Bread Creamy Chicken daripada Puan ‎Nor Azian Iskandar‎ ini memang sedap.

Ini kalau nak makan sendiri pun boleh, nak jual lagilah dialu-alukan, ok jom kita godek apa bahan dapur yang diperlukan untuk buat kuih ni.

Hari ini saya nak tunjuk cara saya buat Thai Bread Creamy Chicken.

Bahan-bahan doh:

4 cawan tepung gandum
4 sudu gula
4 sudu marjerin
1 peket mauripan
1½ cawan air

Doh ni saya guna juga untuk buat pizza,donut & burger malaysia.

Saya buat memang macam ni, saya gaul semua sekali harung… nak cepat katanya. Jadi jugak, insyaAllah.

Biarkan sejam tapi  kadang tu tak sampai sejam dia dah naik cantik. Tunggu doh kembang dulu… saya tak timbang sebab buat makan sendiri je. Kalau nak jual, kene timbang lah ya.

Lepas bulat bulatkan dia tunggu sekejap,dia akan naik lagi…dah naik tu baru celop telor dan breadcrumb.tapi hati hati sebab doh macam lembik gitu… nanti tak cantik laa kalau dia tak jadi bulat.

Salut telor dulu baru golek dalam breadcrumb pastu goreng.

Untuk inti:

Actually boleh je nak letak inti apa apa. Tapi yang kawan saya ajar ni lebih kurang macam ni la. Saya dah ubah sikit ikut citarasa saya.

1 tin sos carbonara
2 cawan atau lebih isi ayam potong dadu
1 biji bwg holand
3 ulas bawang putih
Setgh btg carrot
Setgh btg timun

Tumis bawang, masukkan ayam dan carrot. Bila ayam dah masak masukkan sos dan timun. Saya letak sedikit air. Kacau sehingga pekat yg kita inginkan.

Boleh juga buat inti ayam perisa apa apa pun, terpulang.

Untuk inti, pada pendapat saya, boleh je nak letak apa pun yang ni saya buat guna bahan bahan di bawah.

1tin sos carbonara
2cawan atau lebih isi ayam potong dadu
1labu bwg holand
3ulas bwg putih
Setgh btg carrot
Setgh btg timun jepun buang biji

Tumis bawang, ayam dan carrot. Kemudian masukkan sos carbonara dan timun. Saya letak sedikit air. Kemudian kacau hingga pekat.

Kalau nak share,share aje…sebab saya pun share dari kawan saya jugak ni.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia