Tiada siapa pun tahu sampai bila Allah pinjamkan suami kepadanya, namun kematian adalah takdir Allah yang seharusnya diterima dengan redha dan berlapang dada.
Bagi kaum isteri, pemergian suami akan tetap meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Bayangkan orang yang sudi berkongsi rasa dan memberi perlindungan kepada isteri tiba-tiba pergi meninggalkannya, bagaimana dengan nasib anak-anaknya?
Ya, bukan kehendak wanita itu tetapi ujian dari Allah, jangan pula hanya berserah tetapi bersipalah untuk mengharunginya. Jangan kerana suami mati, mak-mak pun ibarat mati sebab tiada tempat untuk bergantung.
Inilah yang kaum isteri perlu persiapkan dan jemput renungkan sekejap perkongsian saudara Abd Ghani Haron ini. Tolonglah persiapkan diri, bukan kita mengharap tetapi ambillah ikhtibar atas apa yang berlaku kepada wanita lain.
Ads
BILA TETIBA SUAMI PERGI DAHULU
Seorang ibu muda dengan dua orang anak kecil, tanpa disangka kehilangan suami kerana kemalangan. Seluruh hidupnya tetiba menjadi gelap, dia tidak pernah bekerja, suami tidak meninggalkan harta, rumah pun sewa, motor hancur dalam kemalangan. Bila dirujuk kwsp, tidak mencarum, begitu juga perkeso. Si isteri tidak boleh memandu, tidak pernah berniaga walau kecilan. Ibubapa dah meninggal, mentua pula hidup kais pagi makan pagi. Lelehan airmata dengan anak didokongan dan masih memaut baju si ibu, menceritakan seluruh ketakutannya menghadapi hari muka.
Jangan rasa tidak ada apa, situasi ibu muda ini mungkin berlaku kepada anda, tetiba suami dijemput Allah hari ini, apakah persediaan yang ada? Saya tidak mengandai isteri yang mati kerana mudah si suami mencari ganti, tetapi jika suami yang pergi, si isteri amat sukar dapat pengganti. Saya cuba mengajak anda untuk sedikit berfikir bagi menyiapkan diri, jangan hanya berserah kerana jika Allah menyuruh untuk menyiapkan diri menghadapi musuh, maka bersiaplah juga kita pada berbagai kemungkinan untuk hidup.
Bila dah berkahwin, perkara utama adalah rumah, berusaha buat rumah atau beli rumah, jangan nak menyewa selamanya. Sekurangnya bila suami tiada, rumah telah ada. Bila beli rumah, biasanya ada insuran takaful sekiranya berlaku kematian, insuran tolong bereskan. Jadi berusahalah untuk beli walau rumah kecik dahulu, atau jika ada tanah, buatlah dangau atau pondok kecil dulu, supaya jika apa pun terjadi, tempat berteduh telah ada.
Ads
Pastikan suami yang bekerja dengan swasta mencarum dengan kwsp dan perkeso, semak dengan badan itu untuk pastikan majikan mencarum. Jika kerja sendiri pun, boleh mencarum, supaya bila suami tiada, ada sedikit simpanan kwsp, ada pencen penakat yang dikeluarkan oleh perkeso, jika suami tidak boleh bekerja kerana sakit atau cacat, ada pencen ilat. Sekurangnya ini dapat meringan separuh beban. Jika ada kemampuan, ambillah insuran takaful terutama bagi suami sebagai ikhtiar dan persiapan.
Berdirkari dan Belajar Ilmu Yang Boleh Datangkan Sumber Rezeki
Isteri kena lengkapkan diri untuk mengambil tugas suami. Belajar memandu motor atau kereta dan biar ada lesen supaya boleh mengganti suami menghantar anak sekolah, anak atau suami sakit ke klinik atau hospital, boleh memandu utk bekerja atau berjualan. Belajar juga mengurus hidup,cara bayar bil, urusan bank, perlesenan, urusan dengan jabatan kerajaan dan sebagainya. Jika suami berniaga, ambil tahu sumber bekalan, pengendalian perniagaan, mengenali pelanggan supaya boleh disambung tugas suami. Begitu juga dalam tugas lain.
Ambil pengetahuan juga tentang faedah yang boleh dituntut bila berlaku kematian dari berbagai badan. Contoh dari unit pencen kerajaan, perkeso, tuntutan kwsp, wang khairat dari perkeso, kwsp, jika ahli dalam badan yang menyediakan khairat seperti persatuan, pertubuhan dan lain-lain.
Ads
Seorang isteri sebaiknya menyiapkan diri dengan ilmu untuk berusaha sendiri jika ketiadaan suami. Belajarlah ilmu menyedia makanan, kerjatangan, jahitan, niaga kecilan, niaga online dan apa saja yang boleh disandarkan untuk menjana pendapatan.
Berapa ramai isteri yang terkapai-kapai bila suami pergi mengejut samada mati atau ditinggalkan.Masa baru kahwin memang manis, jangan lupa kekadang panas tidaklah hingga ke petang. Masa hangat bercinta, masukkan juga agenda perancangan hidup yang berbagai kemungkinan, jangan rancang sekadar hidup berdua, rancang juga hidup tanpa salah seorang dari kita. Jika betul sayang isteri dan anak, sediakan bekal kepada isteri. Yang jadi isteri, jangan asyik membelek muka untuk jadi putih sahaja, tukar tudung berbagai gaya kerana suatu hari mungkin awak akan sendirian mengesat air mata, menadah dan meminta-minta untuk menyuap anak yang diriba. Ujian Allah pasti tiba, cuma kita tidak mengetahui caranya.
Kematian Suami…
Jangan jadi situasi suami mati, seolah isteri dan anak kena turut terjun bersama dalam kuburnya, seperti suatu kebiasaan dalam sebuah agama lain. Para suami,jangan awak menangis dikubur kelak melihat keadaan anak isteri didunia yang menderita kerana kamu tidak menyediakan bekalan untuk mereka. Suami yang mencerai isteri tanpa tanggungan yang wajar dan hak, ingatlah anda adalah lelaki yang dayus, yang akan dituntut diakhirat oleh mereka yang ditinggalkan tanpa tanggungjawab. Selangkah mempersiap diri mungkin lebih baik dari menderita seumur hidup.
Sekadar mengingatkan. Wallahua’lam abdghaniharon.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak semua isteri jenis yang meminta-minta. Ada yang rela pendamkan saja keinginan di hati, simpan sorang-sorang, makan hati. Wahai isteri, hakikatnya janganlah malu untuk meminta dengan suami sendiri. Kerana, tanpa anda sedari kegagalan isteri meminta itu boleh sebabkan kegagalan fungsi suami.
Haa.. macam mana tu. Perkongsian Khairunnisa Hamzah (Nisa) ini dicoretkan berdasarkan perkongsian daripada seorang staf lelaki tempat isteri ini pernah berkhidmat dahulu.
“Kata-kata dia buat Nisa ingat dan gunakan, Kalau tak sebelum tu Nisa banyak pendam. Tak bagi tahu dengan jelas. Rupanya lelaki tak faham bila kita tak sebut, tak meminta. Penat je merajuk.” Selorohnya.
Cuba hadamkan perkongsian Khairunnisa ini. Semoga membuka keberanian pada para isteri untuk meluah, memintalah pada suami sendiri. Kalau bukan isteri yang nak minta, siapa lagi kan.
Isteri.. Jangan Cuba Jadi Sempurna
Hari tu ada seorang sahabat bertanya,
“Macam mana kau boleh baik dengan suami kau sampai boleh buat kerja sama-sama and macam best friend ever?”
Jawapannya: Jangan jadi sempurna!
Seorang sahabat sekerja lelaki semasa saya bekerja dahulu ada berpesan,
“Lelaki ini tak boleh ada lebih 3 ang ini: 1. Wang 2. Peluang 3. Ruang
Kalau ada, dia akan ligat fikir lain”
Jadinya, sebagai perempuan, rugi apabila sibuk kita nak jadi sempurna dengan memberikan lelaki : 1. Wang 2. Peluang 3. Ruang
Gitulah kekdahnya.
Jika nak belanja, hulur tangan minta.
Dan Jika penat, minta saja diurutkannya.
Jika sedih, menangis saja di bahunya.
Isteri yang gagal meminta boleh jadi turut menggagalkan fungsi suaminya.
Ingat senang ke kerja meminta ini?
Susah!
Ketahuilah Meminta Adalah Perkara Paling Susah Buat Isteri
Meminta adalah satu perkara paling susah buat kita sebab ia menyebabkan kita kena buang ego yang paling tinggi bagi menadah kedua tapak tangan pada suami.
Tetapi semestinya lelaki yang paling baik ialah lelaki yang memberi sebelum diminta.
Lelaki yang ada ilmu ini sangat tinggi sifat kebaikannya. Jika ada begini, untunglah si isteri.
Saya pernah ada kawan kongsikan yang dia tidak akan tunjukkan air mata pada suami. Malah, dia akan buat segalanya di rumah kerana mahu dilihat sempurna oleh suami.
Akhirnya, hubungan suami isteri mereka tamat begitu sahaja. Allahuakbar
Tahu tak?
Apabila suami tiada fungsi di rumah, dia akan menggunakan kehebatannya di luar.
Yelah, lelaki sifatnya gagah berani. Lelaki diciptakan Allah untuk menyahut cabaran, berusaha menyelesaikan masalah dan gigih melindungi. Allah kurniakan sifat kelelakian untuk apa? Untuk menjadi pelindung dan penjaga isteri.
Jadi, jika ada masalah, penat tak terdaya segalanya, luahkan pada suami atau mahu luahkan segalanya pada kawan lelaki???
Pesanan suami saya, isteri mintalah suami belikan Aulora pants yang macam saya pakai ni.
Sebab katanya, sejak saya pakai Aulora pants, dia dapat bini baru…… kurus
Ya, dia dapat bini baru kurus.
Mana boleh bagi can.
Biar dia yang kuruskan balik kita punya badan
Pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata malam tadi. Ia merupakan kelahiran anak ketiga bagi Sari Yanti yang sebelum ini telah memiliki dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy,8 dan Basit Al-Haq,6 hasil perkahwinan terdahulu.
Dengan ini, Mohd Nadzri Zainal Abidin,33 atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu,Jep Sepahtu suami kepada Sari Yanti, telah selamat bergelar abah dengan kelahiran ini.Berkongsi kegembiraan dan pengalaman yang tidak dilupakan, Jepp mengucapkan rasa kesyukuran diatas kelahiran anaknya serta berterima kasih atas ucapan dan doa yang diterima serta ada memuat naik kata-kata berikut didalam posting terbaru instagram beliau;
“Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan serta doa yang tak henti-henti buat kami. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tq sayang @sariyanti “❤️ #BabyGirl #AnakAbah #Abah
#Babygirl
Meskipun tidak mengumumkan secara rasmi jantina anak mereka, namun menerusi #babygirl yang ditulis, menunjukkan kemungkinan pasangan selebriti ini telah menimang cahayamata seorang puteri.
Sari Yanti, 34,terkenal menerusi peranannya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara. Manakala, Jepp Sepahtu merupakan bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 25 Februari 2017.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Jepp Sepahtu dan Sari Yanti. Semoga kelahiran bayi comel ini, mengikat kasih sayang, menambah kebahagiaan dan melimpahkan rezeki yang melimpah buat keluarga.Selamat berpantang Sari Yanti!
Syatilla hamil, pernah tiga kali keguguran. Berita terbaru tentang kehamilan yang dikongsikan pasangan selebriti popular, Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin ini begitu menggembirakan.
Syatilla Hamil, Pernah 3 Kali Keguguran
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.
Disebalik berita gembira yang disampaikan, pelakon dan usahawan wanita ini menerangkan dirinya kini dirinya hamil kali keenam.
Bersyukur ke hadrat Ilahi, Syatilla sememangnya menerima dengan hati terbuka dengan rezeki tidak disangka ini. Malah dia juga berharap kandungan kali ini bertahan hingga cukup sembilan bulan.
Murah Rezeki Allah Bagi
Syatilla juga sebelum ini akui pernah melalui keguguran sebanyak tiga kali.
“Kali ke-6, syukur alhamdulillah… Baru plan nak pakai IUD (alat pencegah kehamilan). Rezeki Allah nak bagi.
“Hari-hari minta ALLAH murah rezeki, murah sungguh-sungguh ALLAH bagi. Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan ,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.
April lalu, hasrat Syatilla untuk menimang cahaya mata ketiga tidak tercapai apabila mengalami keguguran ketika kandungan berusia lapan minggu. Ketika itu dia mengetahui perkara itu ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik.
Mingguan Wanita : Semoga kandungan keenam Syatilla dipermudahkan dan bertahan hingga ibu cekal ini melahirkan.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Syatilla Melvin
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.