Tetap Lunas Hutang Walau Bayar RM7, Contohi Penghutang Dari Syurga

Share

Ini sebuah kisah teladan yang boleh dijadikan panduan sangat bagus kepada penghutang. Seorang wanita yang berhutang dengan Cikgu Fadli Salleh dengan nilai RM210.

Dan tetap melunaskan hutangnya sedikit demi sedikit tanpa culas. Sehinggakan wanita ini dipanggil oleh guru ini, penghutang dari syurga.

Sekiranya dia tidak mampu, dia tidak lari dan melupakan hutangnya itu. Sebaliknya, dia hubungi guru yang memberinya hutang tadi. Meminta maaf kerana tidak berkemampuan untuk berbuat demikian.

Berkat konsisten dan komitmennya dengan hutang nya itu, dan guru ini tersentuh dengan kejujurannya. Maka, sebahagian lebih hutang yang ada dihalalkan saja.

Deep kisah pengajarannya.

Penghutang Dari Syurga

Aku memang sangat sukar bagi orang berhutang. Tambah-tambah orang yang aku tak pernah kenal secara nyata.

Hanya kepada sahabat baik yang aku sanggup halalkan jika aku mati dahulu, atau bila mereka mati dahulu.

Tapi akak ni kes special. Aku tak pernah jumpa dan kenal, Allah gerakkan hati nak bantu. May lalu, dia terdesak nak pakai duit RM210.

Satu nilai yang aneh pada aku. Jarang orang berhutang nilai yang spesific, biasanya orang genabkan jumlah. Rm50 ke, rm100 ke, rm200 ke. Akak ni mohon pinjam RM210.
Biasanya memang aku tolak baik-baik setiap orang yang aku tak kenal nak pinjam.

Dengan akak ni, entah macamana aku setuju saja nak bagi pinjam. Syarat aku,
Akak bayarlah berapa pun sebulan. Asalkan bayar“.

Tu je syarat. Dan akak ni berpegang sungguh pada janji. Setiap bulan dia akan bank in kadang RM10, kadang RM20. Pernah sekali RM50, dan pernah ada bulan tak dapat bagi dia pm aku,

Cikgu. Maaf. Bulan ni akak tak mampu bayar. Banyak pakai duit. Bulan depan InsyaAllah cikgu ya“.

Kejujuran Dan Amanah Akak Ni Tidak Ternilai Harganya

Semalam, akak ni bayar RM7. Satu jumlah yang sangat-sangat ganjil orang bayar. Namun rasanya hanya banyak itu yang dia mampu.

Betapa aku rasa terharu dengan kejujuran dan kesungguhan akak ni cuba melunaskan hutang. Walau cuma ada RM7, dia tetap bayar.

Total bayaran setakat ni, RM107. Ada lagi balance RM103. Tak apalah. Yang lebih tu aku halalkan sahaja. Kejujuran dan amanah yang ditunjukkan akak ni tidak ternilai harganya.
Kalian yang pernah berhutang dengan sesiapa, tolong tiru akak ni.

Baca sini : Hutang banyak tak dapat bayar, amalkan tips ini buat rezeki mencurah-curah.

Nekad Bayar Hutang Setiap Bulan Tanpa Jemu

Dia nekad membayar hutang dia saban bulan tanpa jemu. Jika gagal, terus pm bagitahu tak mampu dan akan sambung bulan seterusnya.

Pemberi hutang akan rasa lega dan rasa selamat bila penghutang jujur begini.

Ni ada orang berhutang sampai beribu, bila sampai masa dijanjikan untuk bayar, senyap. Yang bagi hutang pula kena hubungi dulu dan minta.

Bila minta, pelbagai alasan diberi. Duit tak cukup lagi lah, itu lah, ini lah.

Tengok update, minum Starbucks, jalan-jalan, beli itu, beli ini bukan main lagi.
Kalau bayar sikit-sikit macam akan ni kan dah lama settle.

Malu kat akak ni weh. RM7 pun dia bayar. RM10 pun dia bayar. Bila tak mampu cepat-cepat dia hubungi dan bagitahu, bukan diam.

Semoga rezeki akak ni dan keluarganya terus dimurahkan. Amin.

#MFS

Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:


Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Netty Ah Hiyer