Seronoknya bila dapat tahu ada tetamu nak datang rumah. Mulalah macam-macam fikir nak sediakan makan istimewa apa untuk mereka nanti.
Walaupun mungkin yang nak datang rumah itu jiran selang dua buah rumah mahupun adik beradik sendiri sekalipun, sebolehnya kita ingin berikan layanan terbaik untuk mereka. Itulah rezeki bila ada yang datang menziarah kita.
Jangan ingat, rezeki hanya duit semata-mata sebab tetamu datang rumah pun adalah satu rezeki dan keberkatana dalam rumah tangga kita.
Waima, kita hanya mampu hidangkan air manis semata-mata, ia sudah cukup dan istulah rezeki untuk tetamu yang datang.
Ingat, rezeki berkat bukan setakat ada duit berkepuk-kepuk tapi ada pelbagai cara yang kita dapat melalui rezeki berkat ini. Antara yang dikongsikan oleh Rohana Saad ini yang boleh kita jadikan panduan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Adab Ke Rumah Orang, Jangan Buat Macam Rumah Sendiri!
ADAB Nak Pinjamkan Wang, Kita Mampu HALALKAN Jika Orang Tak Bayar
Info Lebih Menarik DI SINI
Tanda Rezeki Berkat Bukan Pada Duit banyak, TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT
Begitulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari ALLAH SWT kurniakan. seperti yang terdapat di dalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH, Maka ALLAH akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH mencukupkan keperluannya”
Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada ALLAH SWT.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya ALLAH yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian ALLAH, maka ALLAH akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati”-(HR Ahmad)
Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari ALLAH SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.
Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan ujian daripada ALLAH SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”- (Surah Ali-Imran (3) ayat 102)
Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan, Ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki.
Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak langsung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri.
Mingguan Wanita : Selalu kita fikir, bila anak makin bertambah makin banyak perbelanjaan, risau tak cukup duit. Tapi, percayalah sedar tak sedar, anak 4-5 orang pun kita masih mampu untuk teruskan kehidupan. Sentiasa cukup. Itulah berkat rezeki anak-anak.
Sumber: Rohana Saad
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita