Tetamu Datang ‘Bawa Rezeki’ Tapi Jangan Sampai Tuan Rumah Tak Selesa, Jaga ADAB!

Share

Bila ada tetamu datang ke rumah, sudah tentu seboleh mungkin tuan ruamh ingin memberikan layanan terbaik. Sekurang-kurangnya air mahu pun sedikit makanan akan dihidangkan.

Kalau tetamu datang dan beritahu bila kehadirannya, sekurangnya kita boleh sediakan makanan. Tak kisah makan tengah hari atau minum petang atau makan malam sekalipun. Apabila ada tetamu datang ke rumah ia sebagai tanda rezeki buat tuan rumah.

Tapi kalau tetamu datang secara mengejut, tuan rumah pun hidanglah mana yang ada, walaupun tetamu tak mengharapkan apa-apa pun. Ini belum lagi dengan keadaan rumah yang boleh agak bersepah dengan mainan anak dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, tak kisahlah tetamu datang mengejut atau beritahu lebih awal, sekurangnya janganlah dikompang apa yang kurang atau lebih di rumah orang. Terimalah apa yang ada.

Apa yang penting, bila datang rumah orang, kena jaga adab. Inilah yang selalu disuarkan oleh sesiapa saja, seperti yang dikongsikan oleh Syahirah Omar ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tetamu Datang Rumah, Satu Tanda Rezeki & Keberkatan Dalam Rumahtangga Kita

Seronok Ajak Tetamu Makan Di Rumah Tapi Jangan BEBANKAN Isteri Seorang!

Info lebih Menarik DI SINI

Tetamu Datang, Jaga Adab

Pernah seorang tetamu datang mengejut ke rumah saya. Waktu tu saya masak sup ayam bahagian dada. Itu saja ayam terakhir dalam peti ais saya.

Sambil jenguk ke dalam kuali, tetamu tadi tanya saya,

” Suka ke bahagian dada ni?”

” Anak-anak saya makan je bahagian apa pun. Mereka tak memilih,” jawab saya dengan tenang.

” Eiii.. saya ni ayam tak berusik la kalau bahagian dada. Saya, anak anak saya semua tak suka bahagian dada ni. Nak termuntah!”

Saya hanya mampu tersenyum kelat.

Saya suka menerima tetamu. Kalau tetamu nak datang, saya sendiri tanya menu apa yang mereka teringin nak makan. Seminggu sebelum mereka datang saya sudah beria kemas rumah.

Rasulullah SAW Bersabda,
“Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut.”

Tetapi saya kurang senang jika tetamu tu buat saya tak selesa. Bila kali pertama, kedua, buat saya kurang selesa, saya sukar untuk menerima kehadiran orang yang sama untuk kali ketiga.

Panduan & Adab Bertamu

Benar tetamu membawa rezeki, tetapi tetamu juga perlu tahu peranan dan adab sebagai tetamu. Saya kongsikan di sini adab bertamu untuk panduan kita bersama.

1. Pilih waktu yang sesuai untuk ziarah. Sebaiknya hubungi tuan rumah terlebih dahulu sebelum datang. Elakkan datang waktu yang kebiasaannya orang belum bersedia ataupun masa untuk berehat dan tidur.

2. Sebaiknya bawa buah tangan tak kisahlah walaupun cuma pisang goreng gerai tepi simpang.

3. Kalaulah hidangan tuan rumah tidak menepati selera kita atau tak semewah mana, tak perlulah kita beritahu tuan rumah. Mungkin itu saja makanan yang tuan rumah mampu hidangkan.

4. Sebaiknya tidak ziarah dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan tuan rumah tidak selesa dengan kehadiran kita atau dikhuatiri mengganggu perancangan awal tuan rumah.

5.Mendoakan tuan rumah sebelum pulang.

Rasulullah pernah menziarahi seorang sahabat Nabi bernama Saidina Busr. Beliau telah menjamu Rasulullah dengan makanan. Ketika ingin pulang, Saidina Busr berkata: Doakan kami Wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah mendoakan mereka:

اللهُمَّ بَارِكْ لَهُم فيما رَزَقتهْمْ، واغْفِر لهم وارحَمْهُم

“Ya Allah berkatilah mereka dengan rezeki yang engkau berikan kepada mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka.” (HR Muslim).

6. Tak salah berkongsi cerita, tetapi kita perlulah menjaga tutur kata kita. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar. Dengan satu ayat saja mampu mengguris hati dan perasaan orang lain.

7. Jika anak kita bising atau duduk tak diam, sentiasa awasi dan menegur perbuatan anak kita. Pilih rumah yang bersesuaian untuk kita ziarah jika kita mempunyai anak kecil yang aktif. ( Tiada perhiasan kaca dan ada kawasan lapang untuk anak bermain). Kita kenal anak kita, jadi jangan biarkan orang lain kurang senang dengan anak kita.

8. Bila berkunjung ke rumah orang jadilah ‘si buta’. Dan bila pulang, jadilah ‘si bisu’. Tidak sesekali membuka aib tuan rumah, walaupun ada saja yang tak kena dimata kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat Insya Allah.

Mingguan Wanita : Paling risau kalau pergi rumah saudara atau keluarga yang banyak barang kaca. Mahunya mata tak lepas tengok anak. Tambah-tambah anak yang tengah nak membesar. Ghisauuu…

Sumber: Syahirah Omar.

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora