Test Admin – ND Lala Berjodoh Dengan Rakan Sekolah Anak, Isteri Pertama Dedah Wajah Madu

Share

ND Lala berjodoh dengan rakan sekolah anak, isteri pertama dedah wajah madu. Nampaknya spekulasi bahawa Datuk ND Lala berkahwin dua berakhir dengan pendedahan dari isterinya, Datin Fauziah Sarman.

Lebih mengejutkan, wanita pilihan suaminya itu bukanlah asing bagi keluarga mereka kerana Siti Munirah Abd Ghani adalah rakan sekolah Shila Hamzah dan sering berkunjung ke rumah keluarga ND Lala sebelum ini.

ND Lala Berjodoh Dengan Rakan Sekolah Anak

Ternyata, ungkapan rakan sekolahku ibu tiriku adalah realiti yang terjadi dalam keluarga ini selepas bapanya menikahi Siti Munirah.

Memetik laporan Harian Metro, selepas mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis penyondol kelmarin, isteri pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman hari ini mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala yang juga madunya.

Isteri Pertama Dedah Wajah Madu

“Isteri Dato’ ND Lala…Datin Siti Munirah Abd Ghani” – Demikian keterangan gambar pada hantaran sama yang dikemas kini semula hari ini.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai  ND Lala bernikah lagi satu selama ini.

Sebelum ini, bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Wanita Buktikan Kasih Sayang Mampu Ubah Pandangan Anak “Mak Tiri Jahat” Hingga Hubungan Sangat Rapat

 

Mak Bakal Kahwin Lagi, Anak Risau Kasih Dirampas Ayah Tiri…

“Jujurnya Saya Paling Takut Lelaki, Takdir Menentukan Akhirnya 5 Kali Berkahwin,” Mak Mah

Ibu Tiri Bukan Kejam, Ramai Juga Yang Lebih Baik Dari Mak Sendiri…

Difahamkan Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, di sini, dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.

Hantaran itu mendapat lebih 3,000 tanda suka dan hampir 800 komen yang rata-ratanya terkejut dengan perkongsian itu.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi ND Lala dan Siti Munirah bagi mendapatkan kenyataan mereka tidak berjaya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bukan senang melupakan bila suami  cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita. 

 

Published by
Zikri