Baju tanpa gosok. Ini adalah trademark dan sinonim dengan baju Sabella yang diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu Pn Siti Fatimah Abd Samat dan Tn Suffian Sulaiman.
Kehadiran pakaian Sabella ini telah menarik perhatian wanita-wanita di luar sana. Maklum sajalah koleksi pakaian yang sangat menyenangkan, apatah lagi fabriknya yang lembut dan baju tanpa gosok membuatkan wanita selesa memilih jenama ini.
Boleh dikatakan, kalau dari segi harga pakaian ‘ready to wear pun ’ boleh tahan harganya, sementelah dengan keadaan kos sara hidup membuatkan ramai berfikir untuk bersederhana terutamanya menjelang hari raya.
Rentetan daripada itu dan seruan daripada pihak kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah diterajui oleh KPDN, syarikat popular dengan tagline ‘baju tanpa gosok’ jenama Sabella melancarkan Jualan Rahmah Bersama Sabella bermula 25 Mac hingga 20 April akan datang.
Baju Tanpa Gosok Buat Jualan Rahmah
Apa yang menarik tentang Jualan Rahmah bersama Sabella ini ialah merangkumi pelbagai produk pakaian sedia dipakai (ready to wear) termasuk baju kurung, blaus, tudung dan pelbagai lagi pada harga sehingga 71 peratus lebih murah berbanding harga jualan murah sedia ada.
Ads
Menurut pengasas Sabella Holding Sdn. Bhd, sejumlah 700,000 pasang produk pakaian telah dihasilkan dengan harga serendah RM8.00. Pakaian ini boleh dapati di enam lokasi yang terpilih. Malah diskaun ditawarkan ini sangat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ads
“Melalui Jualan Rahmah ini ia dapat membantu golongan kurang berkemampuan bagi persediaan menyambut bulan Syawal atau Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya yang memberi jaminan kualiti pada setiap produk.
Ads
Antara 6 lokasi terpilih dalam Jualan Rahmah Bersama Sabella ini adalah Ibu Pejabat Sabella, Batu Caves, Selangor; Dewan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor; Dewan Teratai, Shah Alam, Selangor; Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Alor Setar, Kedah; Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan serta Dewan TER, Kuala Terengganu, Terengganu.
Selain daripada itu, SABELLA turut memperkasakan seramai 250,000 orang ‘dropship’ majoritinya terdiri daripada suri rumah golongan B40 di seluruh Malaysia.
Majlis Jualan Rahmah Bersama Sabella telah dilancarkan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
18 Tahun Cuba Dapat Lesen Memandu, Akhirnya Lulus Percubaan Kali Ke-960! Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, setiap usaha adalah tangga kejayaan. Paling penting tidak berputus asa dan mudah menyerah kalah.
Percubaan Kali Ke-960
Seorang wanita di Korea Selatan ini sewajarnya menjadi inspirasi ramai. Warga emas ini akhirnya lulus ujian memandu pada percubaan kali ke-960 selepas membayar lebih £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesennya, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama, dia terus mengambilnya semula pada setiap hari dalam lima hari seminggu selama tiga tahun.
Selepas 780 percubaan, Sa-soon mengambil hanya dua kali ujian bertulis dalam seminggu sehingga dia akhirnya lulus dan perlu meneruskan ujian praktikal latihan memandu.
Sa-soon lulus ujian memandu selepas mencuba 10 kali. In bermakna dia telah melalui 960 peperiksaan secara keseluruhan sebelum akhirnya mendapat lesen.
Lesen Kenderaan Untuk Perniagaan Sayuran
Wanita itu enggan berputus asa kerana dia memerlukan lesen kenderaan untuk memudahkan perniagaan sayur-sayurannya.
Menurut laporan, Sa-soon membelanjakan hampir £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesen memandu.
Guru memandunya di Sekolah Memandu Jeonbuk berkata, dia berasa lega apabila Sa-soon akhirnya mendapat lesen.
“Apabila dia akhirnya mendapat lesen, kami semua keluar sambil bersorak dan memeluknya serta memberinya bunga.
“Rasanya seperti beban besar dialihkan dari belakang kami. Kami tidak berani untuk menyuruhnya berhenti kerana dia terus muncul,” katanya.
Muncul Dalam Iklan Hyundai
Disebabkan beberapa percubaannya mengambil ujian memandu, Sa-soon menjadi selebriti negara dan muncul dalam iklan syarikat pengeluar kereta, Hyundai.
Hyundai malah menghadiahkan Sa-soon sebuah kenderaan baharu berharga hampir £11,640 (RM63,117).
Mingguan Wanita:Tahniah buat nenek ini atas kejayaan mendapat lesen memandu. Paling penting tak pernah berputus asa dan berusaha sehingga berjaya walaupun memakan tempoh masa yang lama hampir 18 tahun dan cubaan sebanyak 960 kali!.
Hadir Penyondol “Stay Atau Chow”. Sejak akhir-akhir ini isu penyodol dalam rumahtangga sangat ‘hot’. Ada isteri yang sanggup maafkan suami walau suami yang sepatutnya menjaga dan melindungi wanita selingkuh.
Namun tidak semua wanita boleh mengharungi kehidupan bermasalah. Apatalah lagi masalah tersebut dek kerana hadirnya orang ketiga.
Hadir Penyondol “Stay Atau Chow”
Menerusi perkongsian tulisan dari saudara Syafiq Ridhwan menerusi Facebooknya apa yang dikongsikan sangat bermanfaat.
Bukan sekadar buat kaum isteri yang teraniaya dek kerana kehadiran orang ketiga, nasihat yang dititip juga buat kaum suami.
Hargailah isteri anda ya, berusahalah untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan isteri selama ini.
“Pagi tadi sewaktu perjalanan pergi ke tempat kerja, saya terdengar luahan hati seorang pemanggil di radio Zayan. Tajuk yang dikupas pagi ini adalah mengenai “Stay or Chow” yang dikupas bersama dengan Puan Fynn Jamal.
“Pemanggil merupakan seorang isteri yang sedang mengandung dan mempunyai 2 orang anak. Bila saya dengar suara dia meluahkan segala rasa terbuku di dada, rasa kasihan ada, rasa sebak pun ada.
“Tahu apa yang diluahkan?
“Beliau meluahkan bahawa suami beliau ini seolah-olah mempunyai orang ketiga. Walaupun perkara ini tak nampak jelas di depan mata, tapi beliau mengetahuinya apabila mendapati si suami telah memuat turun apps pihak ketiga untuk mencari jodoh. Firasat hati seorang isteri itu rasa semacam. Seolah ada sesuatu yang tidak kena.
“Persoalan Yang Dilontarkan, Adakah Beliau Perlu Stay Atau Chow?
“Namun mengenangkan diri yang sedang mengandung serta memikirkan kedua orang anak yang sedang membesar, fikirannya menjadi buntu dan tidak tenteram.
“Saya tak ingat kesemuanya tapi saya suka mendengar kata jawab yang diberikan oleh Puan Fynn Jamal. Ia lebih kurang beginilah.
“Pertamanya, puan tersebut perlu kuat kerana beliau sedang mengandung. Anak ini ia dapat rasa juga semua perasaan yang dialami oleh ibunya. Justeru, si isteri perlu terus kuat.
“Kedua, jangan pernah jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kedua kali. Kalaulah perkara ini pernah berlaku sebelum ini dan sudah ditegur, tapi berlaku lagi. Beritahu diri untuk pergi. Andai boleh memaafkan, silakan. Tapi ia tak akan pernah mudah untuk sesetengah daripada kita.
“Saya kira ia sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan kesedihan dan kerisauan yang dialami oleh si isteri tadi.
Usahalah Hargai Segala Jasa Dan Pengorbanan Isteri
“Saya tiada kata-kata buat si isteri. Tapi kalau si suami baca apalah yang saya tulis ini, anggaplah ia satu nasihat dari seorang adik kepada seorang abang. Atau mungkin kalau sebaya, nasihat dari seorang kawan kepada sahabatnya.
“Isteri kita ini, kalau dia masih ada dengan kita sehingga hari ini, sentiasalah menitipkan rasa kesyukuran kepada Tuhan. Berusahalah untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan dia selama ini.
“Kalau dulu kita susah dan sekarang dah senang, lihatlah semula perjalanan kesusahan yang kalian alami dan lalui sama-sama satu tika dulu. Ia tak akan pernah sama dengan orang lain. Sewaktu kita melewati kesusahan itu, dia kekal setia di sisi menemani. Tak pernah terdetik pun untuk dia meninggalkan.
“Kalau kalian memang dah senang sejak dari awal perkahwinan. Duit, harta bukanlah satu masalah. Tetaplah juga mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana si isteri masih kekal setia sehingga hari ini. Dia boleh saja merungut untuk mengatakan dia kekurangan masa bersama kalian dek kerana kesibukan kerja/berniaga atau apa jua alasan sekalipun.
“Kerana ujian untuk pasangan miskin dan pasangan kaya itu tetap ada meskipun berbeza. Ia akan datang dalam pelbagai bentuk. Kalau ujian itu hanya ada untuk pasangan yang tidak berduit dan berharta, kenapa mereka yang kaya juga melalui masalah yang sama kan?
“Isteri ini, satu hari dia tetap akan tua. Kalau kita hanya melihat dari kaca mata yang kasar, kecantikan dan keayuan yang dimiliki pada akhirnya akan pudar. Kalau itu semata yang kita lihat, percayalah satu hari kelak kita sebagai suami akan bosan. Dan atas alasan itu, mulalah kita cuba mencari kecantikan yang lain untuk memenuhi semula pandangan kita.
“Namun sentiasalah belajar untuk melihat kesemua ini dari mata hati. Cuba belajar dari hari ke hari. Wajah yang dulunya cantik, muda berseri inilah yang meletakkan dirinya bersama-sama kalian untuk bersusah senang bersama sehingga hari ini.
“Benar, ia tak akan pernah sama secara luaran. Namun, bukan itu yang dicari semata atas dunia ini. Ia lebih dari sekadar paras rupa, harta dan wang ringgit semata.
“Jangan pernah curang. Jangan pernah menidakkan kesetiaan. Jangan pernah menghina orang yang pernah mengetepikan kemahuan diri berkali-kali hanya untuk memberi kita sebagai suami ruang untuk bahagia. Jangan pernah sekali-kali.
“Kerana isteri ini adalah amanah. Dan selepas itu datangnya anak-anak juga adalah amanah. Amanah ini apa? Amanah bermaksud menyampaikan hak kepada pemiliknya, atau tidak mengambil sesuatu melebihi haknya, dan tidak mengurangi hak orang lain.
“Isteri itu ada hak dia. Anak-anak juga ada hak dia. Kesemua ini adalah datang dari Tuhan dan tanggungjawab kita sebagai seorang suami untuk menggalasnya dengan sebaik mungkin.
Begitulah.
“Akhir kata, saya doakan semoga pemanggil tadi dapat menemui jalan penyelesaian yang lebih baik untuk beliau dan suami. Semoga suami juga dapat berubah menjadi orang yang lebih baik dan bertanggungjawab.
“Dan semoga kita semua tidak kira yang sudah berkahwin mahupun bakal mempunyai suami/isteri, Allah akan berikan segala jalan kemudahan buat kita dalam melayari bahtera perkahwinan dan rumah tangga yang dibina.
“Kerana kita hamba kepada Dia Yang Maha Agung, pasti Dia akan menjaga kita dengan sebaik-baik penjagaan. Sentiasa pegang dan simpanlah seerat-eratnya di dalam hati. Wallahu’alam,” kongsia Syafiq Ridhwan.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...