
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemformalan Perniagaan Bolehkan Usahawan Nikmati Pelbagai Fasilitasi & Intervensi Kerajaan

Isi Kandungan
ToggleKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal iaitu sebuah dokumen yang menggariskan langkah strategik bagi membantu dan memudahcara pemformalan usahawan informal sebagai perniagaan berdaftar.
Bertemakan ‘Pemformalan Asas Perniagaan Mampan’ Pelan Pemformalan Usahawan Informal itu telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick pada 6 Julai bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC) Kuala Lumpur.
Menurut Ahmad Zahid, Pelan ini antara usaha kerajaan menjadikan pendaftaran sebagai norma bagi perniagaan di Malaysia.
“Pelan Pemformalan Usahawan Informal merupakan antara usaha Kerajaan dalam menjadikan pendaftaran sebagai norma bagi perniagaan di Malaysia. Dengan pelaksanaan Pelan ini, ia dapat membantu Kerajaan mengenalpasti sumber yang boleh dibangunkan bagi memangkin prestasi pertumbuhan ekonomi dan mengelakkan ketirisan dalam perolehan pendapatan negara.
“Kerajaan juga akan terus komited dan lebih responsif dalam usaha membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan mereka bagi menyokong pertumbuhan sektor ekonomi, demi kesejahteraan rakyat. Ekosistem dan sistem sokongan yang lengkap akan menggalakkan lebih ramai usahawan informal mendaftarkan perniagaan,” ujar Ahmad Zahid.
Pentingnya Usahawan Daftar Perniagaan
Pada masa yang sama Ahmad Zahid juga menekankan kepentingan agar usahawan yang beroperasi di Malaysia mendaftarkan perniagaan mereka mengikut undang-undang yang berkuatkuasa. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka dikenal pasti sebagai entiti yang sah bagi tujuan penyaluran bantuan dan sokongan oleh Kerajaan dan penyediaan jaringan keselamatan sosial.
Usahawan yang tidak mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan yang sama taraf dengannya seperti badan profesional atau pejabat daerah di Malaysia Timur tidak akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini.
“Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Kerajaan menggalakkan pendaftaran perniagaan dalam sektor informal bagi membolehkan usahawan mendapat sokongan yang diperlukan seperti pembiayaan, pemasaran dan perlindungan undang-undang. Pemformalan membolehkan pelbagai fasilitasi serta intervensi Kerajaan bagi menyokong pembangunan perniagaan disalurkan kepada usahawan secara bersasar dan inklusif.”
Laporan Survei Guna Tenaga Sektor Informal dan Pekerjaan Informal 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan peningkatan jumlah guna tenaga sektor informal kepada 1.30 juta berbanding 1.26 juta pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 955,400 atau 73.4% adalah terdiri daripada individu yang bekerja sendiri atau majikan yang mengusahakan perniagaan bersaiz mikro atau usahawan informal.
“Mahu Usahawan Informal Libatkan Diri Secara Serius Dalam Perniagaan” – Datuk Ewon Benedick
Pada majlis yang sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pula menyatakan usahawan informal mempunyai akses terhad untuk mendapatkan bantuan dan fasilitasi perniagaan yang diperlukan serta mudah terdedah dengan pelbagai risiko dan ancaman krisis ekonomi, sosial dan alam sekitar berikutan status perniagaan yang tidak berdaftar, menjadikan mereka antara kumpulan sasar di bawah perhatian KUSKOP.
“KUSKOP akan memperkasa ekosistem keusahawanan sedia ada untuk menggalakkan pendaftaran perniagaan secara sukarela serta memupuk minda keusahawanan dan potensi pembangunan usahawan informal agar melibatkan diri secara serius dalam bidang perniagaan.
“Melalui pelaksanaan 6 strategi yang disokong oleh 20 inisiatif, Pelan ini juga mendidik usahawan agar lebih beretika dan berintegriti tinggi dalam melaksanakan operasi perniagaan,” ujar Ewon.
Selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan yang unggul dan inklusif menjelang tahun 2030, pelaksanaan Pelan ini dilihat berupaya meningkatkan kemampanan perniagaan serta memberi perlindungan perundangan dan sosial kepada usahawan agar kalis cabaran dan sentiasa berdaya tahan.

Selain majlis pelancaran, pada majlis masa yang sama Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan pembiayaan TEKUN Nasional berjumlah RM104,000 kepada 10 usahawan TEKUN termasuk usahawan baharu mendaftar perniagaan sebagai salah satu insentif pasca pemformalan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.kuskop.gov.my atau ikuti di mana-mana media sosial KUSKOP.
Facebook: @OfficialKUSKOPMalaysia
Instagram: @officialmedmalaysia
TikTok: @kuskopmalaysia
Twitter: @KUSKOPMalaysia
Youtube: KUSKOP Malaysia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Istimewanya Bulan Ahli My Lotus’s, Nikmati Pelbagai Manfaat & Penjimatan Terbaik

Isi Kandungan
ToggleKos belanja barangan dapur semakin tinggi. Pastinya golongan mak-mak perlu fikirkan bajet yang terbaik untuk keluarga mereka. Apatah lagi mak-mak ini merupakan menteri kewangan keluarga. Mereka perlu bijak berbelanja dan pastinya perlu memilih lokasi beli belah sesuai dan berbaloi.
Bagi mak-mak yang ada anak ramai mereka perlu bijak dan praktikkan pembelian barangan basah dan kering di pasar mahupun pasar raya yang menawarkan harga yang berbaloi.
Perancangan dan kawalan perbelanjaan dapur yang betul sangat penting. Jangan sampai perbelanjaan melebihi kewangan yang diperolehi.
Amalan golongan mak-mak membeli barangan keperluan wajib ada di rumah dengan berjimat dan pastinya hidup berjimat memerlukan displin yang tinggi supaya tidak terjebak dalam perbelanjaan luar kawal.
Memang Berbaloi & Ceria Beli Belah Di My Lotus’s!
Tanya saja pada golongan mak-mak di manakah pilihan utama mereka membeli belah, sudah pasti ramai yang akan menyebut My Lotus’s.
Destinasi ini menjadi pilihan dek kerana My Lotus’s bukan hanya menyediakan keperluan dapur, malah pasar raya ini juga menawarkan lebih daripada segalanya termasuk pelbagai pilihan kategori barangan lain seperti pakaian dan produk kecantikan.
Paling menceriakan bukan saja tempat beli belah khas untuk mak-mak tapi untuk satu keluarga. Bagi anda yang tidak ada masa untuk turun padang My Lotus’s tidak hanya menawarkan pengalaman beli-belah secara fizikal, malah pengguna turut boleh membuat pembelian menerusi aplikasi Lotus’s.
Paling penting harga yang ditawarkan menjimatkan poket mak-mak! Sebab itulah mak-mak memilih My Lotus’s kerana banyak kelebihan beli belah di sini. Ada saja promosi yang ditawarkan dalam usaha memberi nilai terbaik kepada pengguna.
Banyak Manfaat & Ganjaran Istimewa
Manfaat baik kepada ahli My Lotus’s, jika anda membeli-belah anda boleh mengumpul mata ganjaran bagi setiap barangan yang dibeli! Bagi anda yang belum menjadi ahli My Lotus’s jangan berlengah, cepat-cepatlah daftar semestinya setiap ganjaran yang diperolehi akan menceriakan hidup. Malah tawarannya sudah tentu murah dan menjimatkan duit poket mak-mak setiap bulan!
Keistimewaan Bulan Ahli My Lotus’s
My Lotus’s juga sentiasa memudahkan mak-mak, paling penting ‘mesra poket’. Tergambar keceriaan wajah mak-mak bila barangan keperluan dapur boleh didapati dengan harga yang berpatutan.
Lotus’s merupakan peruncit multirangkaian terbesar jika menyertai Ahli My Lotus’s anda akan nikmati promosi eksklusif sebagai ahli. Malah inisiatif yang dilakukan oleh My Lotus’s juga turut memberikan penjimatan terbaik istimewa pada Bulan Ahli My Lotus’s dan semestinya kebaikan berganda buat pelanggan setia mereka!
Kempen Khas Buat Pelanggan Setia Ahli My Lotus
Paling membahagiakan terbaru My Lotus’s akan mengadakan promosi hebat buat pelanggan setia yang juga ahli My Lotus’s bermula pada 22 September hingga 19 Oktober di seluruh rangkaian My Lotus’s di seluruh negeri.

Banyak Ganjaran Ahli My Lotus’s
Apabila anda sudah menjadi ahli My Lotus’s tiba masanya untuk anda menikmati pelbagai faedah-faedah:
- Anda akan perolehi lima kali mata pada item terpilih sepanjang kempen dijalankan.
- Ahli eksklusif My Lotus’s akan menerima harga promosi jenama kegemaran anda.
- Ganjaran kejutan pada 13 Oktober sehingga 19 Oktober, nantikan set calendar siap siap!
Semestinya pengalaman membeli belah barangan keperluan di My Lotus’s cukup mudah. Dengan keahlian My Lotus’s harga eksklusif, mata ganjaran yang senang diperolehi dan paling sempoi dapat tebus mata ganjaran dengan mudah ya!
Jangan risau jika tidak ada masa keluar beli belah, My Lotus’s bekalkan keperluan runcit dan rumah dengan pembelian mudah secara online di platform tersedia Lotus’s!
Malah pelbagai kaedah pembelian yang boleh pelanggan pilih termasuk menerusi platform e-dagang Lazada, Shopee, Happy Fresh, Grab Mart serta Food Panda.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aksesori Pilihan Wanita Kini Lebih Universal, Pandora Lancar Koleksi Untuk Wanita Lebih Ekspresi

Isi Kandungan
ToggleBila sebut bab akseskori, wanita sememangnya punyai pelbagai koleksi aksesori yang dipadankan dengan gaya tersendiri.
Musim ini, Pandora ME yang terkenal dengan motif simboliknya memperkenalkan empat medallion baharu yang menekankan elemen spiritualiti seperti kekuatan dalaman, kuasa, keseimbangan, dan transformasi, menghubungkan budaya melalui simbolisme yang abadi.
Peringatan Peribadi Penuh Maksud
Setiap medallion ini mempunyai mantra di bahagian belakang, berfungsi sebagai peringatan peribadi tentang maksudnya. Reka bentuknya menggabungkan simbolisme kuno dengan gaya moden, menawarkan pendekatan baru dalam perhiasan spiritual.
Mengembangkan koleksi pesona mereka, Pandora ME juga memperkenalkan medallion baharu, mini dangle, dan pemegang pesona. Medallion dengan Mantra ini menampilkan makna mistik dan mantera yang menginspirasi, manakala mini medallion Emotions Set in Stone diilhamkan oleh batu permata semula jadi, menambah warna dan simbolisme pada penampilan anda.
Terokai kekuatan simbolisme dan spiritualiti bersama kami di semua kedai Pandora.
Sisi Gelap Koleksi Disney
Selain itu, Pandora turut menampilkan pelancaran Koleksi Disney Villains, menandakan kali pertama Pandora menampilkan sisi gelap daripada kisah-kisah kegemaran Disney. Koleksi ini menawarkan perspektif baharu terhadap watak-watak jahat yang kita benci, dengan tema “Saya bukan jahat, saya cuma disalahertikan.”
“Saya bukan jahat, saya cuma disalahertikan.”
Koleksi ini menangkap inti pati watak-watak ikonik ini sebagai figura yang lebih kompleks, dengan latar belakang yang membentuk tindakan mereka. Dua charm watak yang boleh dikumpul dan diilhamkan daripada Disney: Maleficent yang misteri dan Cruella De Vil yang bergaya menjadikan penampilan wanita penuh misteri.
Selain itu, koleksi ini turut menampilkan reka bentuk dengan motif daripada Ratu Jahat dalam Snow White dan Queen of Hearts dari Alice in Wonderland.



Penjahat yang pelbagai dimensi ini, dengan kualiti yang menarik dan boleh dikaitkan, pasti akan memikat hati peminat dan pengumpul. Koleksi Disney Villains kini boleh didapati di semua kedai Pandora. Temui kerumitan di sebalik watak-watak jahat ini dan raikan kisah mereka bersama Pandora.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI