Jutawan tudung bawal, Haliza Maysuri ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaan dan kegembiraan menerima kehadiran menantu di dalam keluarganya. Mana tidaknya, empunya Bawal Exclusive ini membelanjakan lebih RM3.5 juta untuk meraikan hari bahagia anak sulungnya, Zuhaini Syazwan.
Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/busana-berharga-rm250000-bertatah-83900-butir-swarovski-pilihan-haliza-maysuri-raikan-25-tahun-bawal-exclusive/
Mingguan Wanita berkongsi info menarik di sebalik perkahwinan anak sulung Haliza Maysuri ini:
- Menantu Haliza Maysuri, Sarah menyarung busana mewah rekaan Rizman Ruzaini di majlis resepsi yang berlangsung di Hotel St Regis, Kuala Lumpur semalam. Menariknya, busana tersebut dihiasi dengan 189,936 biji batu Swarovski yang diimport dari Austria.
- Busana tersebut menggabungkan lima warna iaitu Crystal, Crystal AB, Aquamarine, Light Sapphire dan Crystal Moonlight dan menggunakan tujuh jenis saiz butiran batu Swarovski. Difahamkan busana mewah itu menelan belanja RM300,000.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
- Penampilan Sarah disempurnakan dengan pemakaian tiara Swarovski dengan 233 butiran kristal jernih yang direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang juga merupakan acara tari menari terkemuka di Austria.
- Tiara tersebut direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert yang diinspirasi daripada perhiasan Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski. Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih di mana batuan kristal diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.
- Ibu pengantin juga tidak kalah gaya apabila mengenakan adi busana rekaan Faizuluzaif yang turut dihiasi 72,000 batu Swarovski. Menyentuh mengenai fabrik pula, ia menggabungkan gabungan fabrik dibawa dari Eropah iaitu Tulle Silk, French Solstiss Lace dan Crepe Silk. Busana mewah ini dikatakan menelan belanja sebanyak RM170,000 dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.
- Pakaian akad nikah mendapat sentuhan pereka fesyen Man Kajang yang telah dianggap seperti keluarga oleh usahawan tudung ini. Malah Man Kajang antara pereka fesyen yang sering menyediakan busana untuk kucing kesayangan Haliza Maysuri iaitu Money.