Masuk hari ke-12, selepas kelahiran bayi pramatang, baby Danial iaitu anak bongsu pelakon Abby Abadi ditahan di NICU (Neonatal Intensive Care Unit).
Saban hari, Abby akan update perkembangan baby Danial atau nama sebenarnya, Muhammad Danial Firman Faizal. Terkini, baby Danial dah boleh terima susu badan malah pembuangannya pun semakin lancar.
Tentunya perkembangan ini membuatkan hati ibu semakin berbunga-bunga. Semalam, baby Danial bergantung 90 peratus dengan mesin untuk bernafas, hari ini cuma 65 peratus saja. Alhamdulillah..
Selanjutnya kongsi Abby Abadi,
Tadi.. sebelum ke NICU, Hospital Sungai Buloh, nak jenguk Baby Muhammad Danial Firman untuk sesi malam .. singgah rumah @normanhakim_786 & @memeysuhaiza ambil susu lagi.
Sebab? Sebab susu kita tiap-tipa hari hantar pun tak cukup.. tak terkejar Baby Danial minum banyak sekarang . TQ tau Mey, hanya ALLAH dapat membalasnya. TQ Oman juga sebab bagi keizinan bagi susu pada Baby Danial saya.
Hari ni hari ke-12, syukur Alhamdullillah. Dalam pada hati tak berhenti menangis teringatkan keadaan kesihatan Baby Danial yang turun naik.
Siang tadi pergi melawat dia, terubat sikit hati bila tahu Baby Danial buleh tolerate dengan susu badan dan pembuangan pun lancar.
Dan hari ni pernafasannya nampak macam stabil sikit.. dah turun 65% bergantung pada mesin (semalam 90% guna mesin). Saya dan suami baca sendiri sebab takut nak bersembang dengan Doc)
Sempat sembang dengan beberapa orang staff nurse je tadi. Baby Danial pun nampak terjaga baik. Walaupun saya tahu, nurse dalam tu sibuk, dorang tak sempat nk belai Baby saya.
Tapi saya yakin ramai yang mengambil tanggungjawab nakkan yang terbaik untuk baby-baby yang ada di situ termasuklah Baby Danial kami.
Tak belai pun takpelah.. Tolong beri perhatian yang sewajarnya pun dah cukup baik untuk baby-baby kami terus bertahan.
Semoga ALLAH terus kuatkan Baby Danial dan Baby Danial dapat membesar dengan jayanya ye sayang. Mama Abah Abang Kakak semua sayang sangat kat Danial dunia akhirat. Tak sabar nak peluk cium Danial sayang. Sekarang tak bulehhh.
Dalam pada itu, Abby sempat bertanyakan tentang lampin pakai buang untuk anaknya. Dan menerima maklum balas daripada follower instagramnya yang bermurah hati untuk mengeposkan lampin pakai buang untuk bayi pramatangnya itu.
Ps: Kawan-kawan tau tak kat mana nak beli terus mamypoko premie macam gambar kedua tu? Saya dah order online lambat pulak sampainya. Sekarang tengah pinjam orang punya. Nak ganti balik tapi dah order, dah bayar dia tak jawab-jawab lagi.. stok nak habisss ni.. Tolong info please kat mana nak beli terus. Terima kasih dan terus terusan doakan Baby Danial saya ye. Hanya ALLAH dapat balas jasa baik kalian dunia akhirat.
Sumber/Foto : Abby Abadi