Wajah dan rambut si kecil usia tiga tahun ini diselaputi debu. Selimut kerajang melindungi tubuh halus itu selepas 65 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan. Yang diakibatkan oleh gempa bumi yang melanda pantai Aegean Turki.
Tak dapat dibayangkan, anak kecil bernama Elif Perincek ini melalui saat sukar lagi cemas selepas bangunan di diami keluarganya runtuh. Hampir tiga hari Elif bertarung nyawa. Terperangkap dalam bangunan runtuh di Bayrakali di wilayah barat Izmir sebelum diselamatkan Isninnya.
Tiga Hari Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan
“Shif saya bermula 10.30 malam. Petang semalam saya bekerja dengan 14 rakan penyelamat.Ditempat yang sama, kami sudah mengeluarkan ibu Elif dan adik-beradiknya.
Dari lokasi itu, kami meneruskan pencarian. Menuju ke ruang bilik dimaklumkan Elif berada. Sebaik sampai, kami nampak ada satu ruang yang teramat kecil, tak mungkin Elif mampu melepasinya apatah lagi terselamat.
Kami tebuk laluan dengan penukul untuk sampai ke ruangan itu. Dan di situlah kami menemui Elif. Besi bahagian atas kami potong dan bersihkan beberapa ruang. Segera saya minta selimut dari rakan penyelamat, nampaknya tiada pergerakan dikesan dari anak kecil itu.
Ads
Wajahnya penuh dengan serpihan konkrit.. saya mahu membersih wajah itu. Sebaik saya mahu menyentuhnya, Elif menarik ibu jari saya. Dia pegang tangan saya.. kuat seakan tak mahu lepas. Saya tergamam, begitu juga rakan penyelamat yang lain. Dan akhirnya kami menangis bersama-sama.” Sebak kongsi penyelamat Elif, Muammer Celik.
Ibu Dan Adik-Beradik Kembar Elif Diselamatkan
Sebelumnya, selepas 23 jam gempa bumi melanda penempatan itu, ibu Elif, Seher Dereli Perincek dan adik-beradik kembarnya yang berusia 10 tahun, Ezel dan Elzem Perincek berjaya ditarik keluar dari runtuhan.
Begitu juga dengan saudara lelakinya, Umut Perince, 7 dapat dikeluarkan. Namun, Umut kehilangan nyawanya. Sehingga saat ini, ahli keluarga Elif yang diselamatkan masih dalam rawatan.
Elif adalah mangsa ke 106 yang ditemui masih bernyawa dan berjaya diselamatkan daripada kawasan runtuhan. Dia yang mengalami kecederaan kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Ads
Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca memaklumkan Elif sudah pun sedar dan tidak mengalami patah tulang mahupun kecederaan yang serius. Bagaimanapun, Elif masih dalam pemantauan rapi memandangkan anak ini terperangkap dalam runtuhan dan tidak dapat bergerak untuk jangka masa yang panjang.
Adik beradik Elif juga dikhabarkan dalam keadaan yang baik.
Bencana Gempa Bumi Di Turki
Sebelumnya, kira-kira 58 jam selepas gempa seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun, Idil Sirin dapat diselamatkan di Bayrakli.
Ads
Bencana ini mengakibatkan hampir 1,000 orang cedera dan sekurang-kurangnya 150 orang masih dirawat di hospital.
Gempa dengan kekuatan 6.6 skala Ritcher mengakibatkan bencana, memusnahkan bangunan-bangunan di Turki dan Greece pada petang Jumaat lalu.
Malah, pihak berkuasa Turki memaklumkan terdapat 1,323 gempa susulan sehingga malam Isnin. Dengan 43 daripadanya bermagnitud lebih daripada empat.
Pihaknya juga melancarkan siasatan, menyiasat punca 58 bangunan yang runtuh dan rosak teruk.
Ibu tunggal yang kuat bekerja juga penyampai radio terkenal Suria FM, DJ Lin mendedahkan berat badannya kini menyusut sehingga empat kg semenjak di masukkan ke hospital akibat alahan seminggu lalu.
Dek kerana alahan serius yang dialaminya lebih dua minggu lalu itu menyebabkan dia hilang selera makan dan sukar bernafas.
DJ Lin Ditahan Di Wad, Hilang Selera Makan
Wanita yang terkenal dengan segmen Suria Cinta di Suria FM itu, juga memberitahu menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, dia mengalami alahan serius sejak lebih dua minggu lalu sehingga menyebabkan dia hilang selera makan dan sukar bernafas.
“Sudah tujuh hari saya duduk di wad KPJ Damansara. Berat badan sudah 4kg turun.
“Terus doakan saya semoga kuat, segera diberi kesembuhan dan pulih sepenuhnya,” tulisnya.
Sukar Bernafas
Malah menerusi entri terdahulu, wanita yang terkenal dengan sikapnya yang suka bekerja ini memaklumkan alahan tersebut juga menyebabkan saluran pernafasannya menjadi sempit sehingga sukar untuk bernafas.
“Keadaan jadi teruk sebab makin banyak alahan yang keluar satu badan hingga saluran pernafasan mula sempit dan sukar bernafas.
“Doktor terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan (oksigen),” kongsinya.
Dek kerana kesihatannya terganggu, DJ Lin turut merakamkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan kesihatannya dan mengakui rindu untuk kembali ke udara.
“Rindu sangat dah ni nak ke udara untuk Suria Cinta di Suria FM,” ujarnya yang masih dipantau oleh doktor.
Peminat Rindu Suara DJ Lin
Menerusi komen pengikutnya, salah seorang peminat DJ Lin menerusi akaun ashaarimzj menerangkan dia berasa rindu mendengar suara wanita itu di corong radio.
“Rindu nak dengar DJ Lin bersiaran pada waktu malam. Saya mula dengar dan ikuti DJ Lin sejak tahun 2012. Masa tu tengah belajar. Bila malam buat asigment hari-hari saya akan dengar Suri Cinta. Kadangkala terhibur dengar kisah-kisah orang bercinta, tapi itu bukan tujuan saya. Tujuan saya sebab ternanti-nanti lagu-lagu yang DJ Lin putarkan. Semua best dan majoriti lagu-lagu popular tahun 80 dan 90an. Memang terbaik,” ujarnya.
Sesiapa yang dah jadi ibu, tahulah bukan senang nak hilangkan pada kerak botol susu ya, hampir semua jenis berus sanggup beli. Gigih demi jada kebersihan untuk anak. Jadi kali ini anda boleh cuba tip yang dikongsi Puan Fitriah Azman ini…
Macam ni. Kak el suka beli pin. Anak kak el pulak suka botol susu baru. Jadi, bila pergi mini market tu, tangan kak el ngan botol susu tu macam engkau kutub selatan, haku kutub utara. Bila kita berselisih, terus melompat masuk troli. Sampaikan abang jani pulak naik stress. Haha
Cuma kami anak beranak ni, beli barang selalu je hilang. Kalo botol susu ni, lama sangat tak jumpa sampai kami terhidu bau masyam lah. Masa tulah, jejak kasih berlaku antara kami. But for sure, masa ni akan ada bekal depa wat balik. Kerak susu pada dinding botol. Peta dunia mengelilingi permukaan puting. Fuhh! Fobia mak pikir cara nak hilangkan nanti. Dulu..
Ermmm..
Nak buang sayang. Botol baru je beli. Eddah 3 bulan pon tak habis lagi. Jadi, kak el rajinkan diri angkat bontot pegi dapur dan capai 3 barang AJAIB ni. Korang jangan pandang sebelah mata kat beras dan garam. Bukan saje sodap dijadikan nasik goreng, tapi ada fungsi RAHSIA yang ramai tak tahuu. So meh kak el cerita siked
Bahan-bahan:
Gunakan air panas untuk hasil yang pantas
Garam dan beras
Cara-cara:
1. Masukkan beras ke dalam botol
2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi
3. Tutup botol dengan penutup
4. Goncang dengan penuh kasih sayang
5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang
6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal
7. Bilas dengan air bersih
Ulang step yang sama untuk garam. Cuma, kak el guna khidmat berus botol untuk kesan yang lebih cepat.
Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras.
Sonang je kan?
Dengan cara ni jugaklah kita sebagai mak mak boleh elakkan anak dari sakit perut akibat sabun pencuci. Bukan tak boleh guna cecair pencuci tau. Cuma cara bilas tu kena betul-betul cuci. Barulah anak tak mudah sakit perut.
Nak share? Boleh je. Mana tau hujung minggu ni nak gotong royong botol susu kan. Selamat mencuba uolss!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kes penderaan dan penganiayaan remaja Sindrom Down, Bella akhirnya terbela apabila Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan
pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes Prima Facie
Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30 di akhir kes pendakwaan.
Pada 28 Oktober lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lepas.
Selain Bella, saksi lain termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala peguambela, Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.
Siti Bainun, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di ibu negara antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...