Tertelan AirPod Semasa Tidur, Suami Tak Sangka Gurauan Isteri Rupanya Betul!

Share

Bila bab mencari barang, selalunya serahnya pada isteri. Mak-mak ni selalunya barang terselit celah mana pun boleh jumpa. Siapa sangka gurauan isteri, ‘misteri’ kehilangan AirPod suami rupanya betul.

Jika suka pakai AirPod lebih-lebih lagi sebelum tidur ada baiknya lebih berhati-hati.Siapa sangka sukar bernafas dan kerap tersedak ketika minum rupanya tertelan sebiji airpod.

Sukar Bernafas & Kerap Tersedak

Seorang lelaki yang bangun tidur dalam keadaan sukar bernafas, terkejut apabila diberitahu puncanya; AirPod.Brad Gauthier, 38, sedar ada yang tidak kena apabila dia kerap tersedak ketika minum pada pagi Selasa lalu.

Walaupun berasa tidak selesa sepanjang hari, Gauthier tidak mengesyaki apa-apa dan meneruskan kerja seharian seperti biasa.

Gurauan Isteri Benar

Namun ketika dia tercari-cari salah satu AirPod miliknya, gurauan isterinya membuatkan dia semakin tidak sedap hati dan membuat keputusan ke hospital.

“Isteri membantu saya mencari AirPod berkenaan dan berjenaka, ‘mungkin awak sudah tertelannya’,” katanya seperti dipetik dalam portal Metro UK.

Jalani Pembedahan Endoskopi

X-ray yang dijalankan kemudian membuktikan kata-kata isterinya bukan sekadar gurauan.Gauthier bagaimanapun sangat beruntung kerana AirPod itu tidak berada dalam kedudukan yang menghalang laluan oksigen atau menyebabkan kerosakan organ serius.

Dia yang terpaksa menjalani pembedahan endoskopi untuk mengeluarkan AirPod berkenaan, percaya dia tertelan fon telinga itu semasa tidur.

“Saya memakai fon telinga kerana anak saya yang berusia enam bulan mudah terjaga. Entah bagaimana saya tertidur dengan fon itu.

“Tetapi bagaimana ia boleh masuk ke dalam mulut, saya sendiri tidak tahu,” katanya.

Baca Lagi Di Sini:
Isteri Tak Cukup Tidur Setiap Hari Sebenarnya Sedang Mengumpul “Sleep Debt” Tanpa Sedar!


Ahmad Fedtri Yahya Amal Cara Tradisional Buang Toksik Sebelum Tidur

MW:Macam-macam hal. Telahan isteri selalunya benar belaka. Malah jika barang hilang atau tersembunyi selalunya, isteri memang mudah jumpa. Bagi yang selalu pakai AirPod lebih-lebih lagi semasa tidur, semoga lebih berhati-hatilah iya.

Sumber: Astro Awani, Daily Mail

Published by
Suhaidah Abd Wahab