Tertekan Sering Disindir Bagi SUSU FORMULA, Ibu Buang Bayi Dalam Perigi!

Share

Sebenarnya tak kiralah bagi anak susu formula atau susu badan, setiap ibu pastinya inginkan yang terbaik buat anak. Pasti ada sebabnya yang tersendiri, jika seorang ibu tak mampu untuk memberikan anaknya susu badan sendiri. Apatah lagi jika masih dalam tempoh berpantang, emosi dan hormon masih tidak stabil, memungkinkan untuk melakukan perkara di luar batasan.

Artikel Popular: “Dua Minggu Mak Tak Mampu Susukan Saya.” Rasa Takut, Malu Dengan Pandangan Orang

Disindir Beri Susu Formula

Akibat sering disindir kerana memberikan susu formula dan bukan susu badan, seorang wanita berasa malu dan tertekan sehingga sanggup membuang anaknya ke dalam perigi.

Lapor Tribunnews, bayi yang berusia sebulan itu ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perigi di Desa Sumberejo, Ambulu, Jember.

Ketua Bahagian Jenayah Polis Jember, Komang Yogi Arya Wiguna berkata, suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai ‘FN’ merupakan ibu mangsa mengaku membuang anaknya sendiri.

“Kejadian berlaku Rabu lalu sekitar pukul 10.30 pagi, ketika suspek tidur bersama bayi dan ibunya di ruang tengah rumahnya.

“Selepas itu, ibu mangsa keluar rumah untuk menyidai baju di ampaian. Ketika itulah, suspek bangun dan membawa bayinya ke bahagian dapur dan membuka penutup perigi.

“Perigi itu ditutup dengan alas kayu dan FN melempar anaknya sebelum menutup semula perigi berkenaan,” katanya.

Mesti Baca: Susu Mahal Vs Susu Murah, Bukan Penentu Anak PANDAI, Tak Perlu Bandingkan!

Panik Hilang Anak

Sebelum ini, timbul desas-desus dalam kalangan penduduk kampung mengenai kehilangan bayi itu yang berkemungkinan diculik atau dibawa lari makhluk halus.

Komang berkata, suspek juga kelihatan panik dan berusaha mencari anaknya yang hilang bersama jiran tetangga.

Jelasnya, bayi tersebut ditemukan di dalam perigi kira-kira pukul 1 tengah hari.

FN memberitahu dia berasa marah dengan diri sendiri sebab sering disindir oleh seorang jiran kerana memberikan bayinya susu formula.

Lagi Menarik: Isteri Boleh Minta UPAH MENYUSU Pada Suami, Self Reward Menyusu Anak

Mingguan Wanita: Kasihannya. Setiap ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak. Tak perlu mengata jika ibu tersebut tak mampu berikan susu badan sendiri, sebaliknya beri susu formula. Pasti ada sebab yang tersendiri, apatah lagi masih dalam tempoh berpantang, hormon dan emosi masih kurang stabil.

Sumber: Utusan, Tribun News

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab