Sebenarnya tak kiralah bagi anak susu formula atau susu badan, setiap ibu pastinya inginkan yang terbaik buat anak. Pasti ada sebabnya yang tersendiri, jika seorang ibu tak mampu untuk memberikan anaknya susu badan sendiri. Apatah lagi jika masih dalam tempoh berpantang, emosi dan hormon masih tidak stabil, memungkinkan untuk melakukan perkara di luar batasan.
Akibat sering disindir kerana memberikan susu formula dan bukan susu badan, seorang wanita berasa malu dan tertekan sehingga sanggup membuang anaknya ke dalam perigi.
Lapor Tribunnews, bayi yang berusia sebulan itu ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perigi di Desa Sumberejo, Ambulu, Jember.
Ketua Bahagian Jenayah Polis Jember, Komang Yogi Arya Wiguna berkata, suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai ‘FN’ merupakan ibu mangsa mengaku membuang anaknya sendiri.
“Kejadian berlaku Rabu lalu sekitar pukul 10.30 pagi, ketika suspek tidur bersama bayi dan ibunya di ruang tengah rumahnya.
“Selepas itu, ibu mangsa keluar rumah untuk menyidai baju di ampaian. Ketika itulah, suspek bangun dan membawa bayinya ke bahagian dapur dan membuka penutup perigi.
“Perigi itu ditutup dengan alas kayu dan FN melempar anaknya sebelum menutup semula perigi berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, timbul desas-desus dalam kalangan penduduk kampung mengenai kehilangan bayi itu yang berkemungkinan diculik atau dibawa lari makhluk halus.
Komang berkata, suspek juga kelihatan panik dan berusaha mencari anaknya yang hilang bersama jiran tetangga.
Ads
Jelasnya, bayi tersebut ditemukan di dalam perigi kira-kira pukul 1 tengah hari.
FN memberitahu dia berasa marah dengan diri sendiri sebab sering disindir oleh seorang jiran kerana memberikan bayinya susu formula.
Mingguan Wanita: Kasihannya. Setiap ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak. Tak perlu mengata jika ibu tersebut tak mampu berikan susu badan sendiri, sebaliknya beri susu formula. Pasti ada sebab yang tersendiri, apatah lagi masih dalam tempoh berpantang, hormon dan emosi masih kurang stabil.
Sebaknya, pengawas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini, Nur Fadzihan Qmir, 31 diuji suami meninggal kemalangan ketika menghantarnya untuk bertugas menjaga peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jana.
Suaminya, Zahairul Azwan Zainudin, 32 yang juga seorang anggota tentera gagal mengawal kereta pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dipandunya bersama isteri pagi khamis semalam.
Kegagalan itu menyebabkan kenderaannya terbabas ke arah kiri dan melanggar sebatang pokok. Kejadian kemalangan berlaku di kilometer 2.5 Air Kuning Selatan – Sungai Dua.
Suami Meninggal Ketika Terima Rawatan Awal
Kemalangan kira-kira 7.30 pagi semalam mengakibatkan isterinya cedera parah, manakala Zahairul meninggal dunia ketika menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan. Manakala Isterinya, dihantar ke Hospital Tampin.
Pengawas SPM ini difahamkan bertugas sebagai guru di SMK Dato’ Taha Gemencheh. Manakala arwah suaminya betugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Sebaik Sedar Dari Koma, Ini Yang Pengawas SPM Buat..
Perkhabaran duka ini turut mendapat simpati Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malek. Kongsi beliau,
“Belasungkawa atas pemergian suami salah seorang guru kita yang amat berdedikasi, Cikgu Nur Fadzihan. Semoga Allah swt mengampunkan kesemua dosa suaminya dan merahmatinya.
Beliau dan arwah suami terlibat dalam kemalangan di Sungai Dua, Tampin semalam.
Meskipun Cikgu Nur Fadzihan mengalami kecederaan yang agak parah di dada, tulang rusuk dan pendarahan dalam perut, beliau masih lagi mengambil tahu kerja-kerja di sekolah setelah sedar dari koma.
Sama-sama kita doakan kekuatan jiwa dan kesembuhan untuk Cikgu Nur Fadzihan sekeluarga. KPM akan memberikan segala jenis bantuan yang diperlukan beliau dari masa ke masa.”
MW : Al Fatihah.. semoga Allahyarham Zahairul Azwan Zainudin ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Dan guru ini diberikan ketabahan hati menghadapi ujian hebat ini.
Watie nafi jalin hubungan dengan Shuib ketika arwah Sarah masih hidup. Isteri Shuib, Watie Hanifiah menjelaskan dirinya tidak pernah menjalin hubungan dengan Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup.
Seperti yang diketahui ramai, gosip bertebaran apabila ada yang mendakwa wanita yang juga ahli perniagaan itu sudah mengenali Shuib lebih awal. Watie yang mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, pada 23 Jun lalu menepis fitnah yang bertebaran itu.
Watie Nafi Jalin Hubungan Dengan Shuib Ketika Arwah Sarah Masih Hidup
Wanita itu menerusi perkongsian di Instagram Storiesnya menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengikutnya yang bertanya tentang hal tersebut.
Pemilik nama sebenar Fati Nimmatul Adawiyah Hanifiah itu turut mendedahkan dirinya mula berkenalan dengan Shuib bulan selepas pemergian Allahyarham Sarah pada Disember 2021.
“Aiyok, tanggunglah dosa siapa yang fitnah tu. Kami tak pernah kenal pun. Dia mengurat selepas dia bergelar duda,” jawab Watie.
Tunjukkan Bukti Shuib Minta Nombor Telefon Watie
Watie juga turut memberikan bukti tangkap layar mesej langsung dalam laman sosial daripada Shuib yang meminta nombor telefonnya. Bukan itu saja, malah Watie juga turut berkongsi Shuib meminta dirinya memperkenalkan diri pada anak-anak dengan cara yang sangat istimewa.
“Dia buat kejutan, minta saya belikan hamster dan kura-kura untuk anak. Selepas itu hantarkan bawah rumah.
“Masa ini pertama kali saya tahu alamat rumah dia.
“Sekali bila dah sampai dia kata awak kena bagi sendiri pada anak-anak,” tulis Watie.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Shuib, Watie kelihatan begitu mesra melayan anak-anak tirinya. Untuk rekod. Shuib dan Arwah Sarah telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Di saat ramai manusia yang semakin terhakis sikap kejujuran dan gemar mengambil kesempatan, siapa sangka dompet yang mengandung sejumlah wang tunai, dokumen penting yang disangka hilang tak dapat ditemui, selamat dipulangkan kembali.
Sungguh memiliki sikap terpuji dalam diri apabila gadis jujur Salina Sadik ini bertanggungjawab memulangkan semula dompet yang dijumpai menerusi kiriman bungkusan pos kepada alamat pemiliknya tanpa mengira agama dan bangsa.
Perkara ini dikongsikan oleh Traj TJ yang kehilangan dompetnya baru-baru ini.
Saya kehilangan dompet saya pada 3hb Okt. Saya berasa terkilan bukan kerana wang & kad di dalamnya, namun dompet itu sendiri mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.
Beberapa hari lalu, bungkusan telah dihantar ke rumah saya dan saya hanya sempat membukanya selepas 2 hari. Dan yang membuatkan saya terkejut, ia adalah dompet saya yang hilang!
Setiap benda berada di tempat yang sama seperti sebelum saya kehilangan dompet. Ia ditemui oleh seorang yang sangat baik hati kerana dia membelanjakan wangnya sendiri untuk memulangkan dompet tersebut menerusi pos kepada saya & juga dia memastikan bahawa saya menerimanya!!
Kemanusiaan masih wujud! Satu dalam sejuta manusia! Tiada perbuatan baik yang pernah disia-siakan.
Mingguan Wanita:Tahniah Cik Salina Sadik bersikap jujur dengan memulangkan kembali dompet yang dijumpai kepada pemiliknya.Semoga ramai lagi orang yang mencontohi sikap terpuji ini.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...