Tersentuh hati, sikap tidak pentingkan diri seorang ibu. Bagusnya ibu ini yang sanggup menyediakan ‘goodie bag’ untuk penumpang di dalam pesawat. Ibu ini berbuat demikian kerana takut anaknya yang masih bayi (berumur 4 bulan) mengganggu penumpang-penumpang lain.
Menurut perkongsian peguam Nor Zabetha menerusi akaun Facebooknya, kisah benar tersebut berlaku empat 4 tahun lalu.
Ibu tersebut menaiki kapal terbang bersama anak kecilnya. Perjalanan dari Seoul ke USA. Perjalanan yang memakan masa hampir 11 jam.
Dek kerana bimbang anaknya menyebabkan penumpang lain rasa tidak selesa ibu itu sangat mengambil berat perihal orang lain. Malah dia tidak mementingkan diri sendiri.
Ibu ini juga akui orang lain juga membeli tiket dan menikmati penerbangan tanpa sebarang gangguan.
“Hello, nama saya Junwoo dan saya berusia 4 bulan.
Hari ini saya akan ke USA bersama ibu dan nenek saya untuk menemui makcik saya.
Saya sedikit ‘nervous’ dan takut kerana ini pengalaman saya menaiki kapal terbang, jadi saya mungkin akan menangis dan buat bising.
Saya akan cuba untuk senyap tapi saya tak boleh janji. Saya mohon maaf. Jadi ibu saya telah sediakan sedikit ‘goodie bag’ untuk kamu. Ada gula-gula dan penyumbat telinga.
Tolong gunakannya jika situasi jadi bising kerana saya. Selamat menikmati perjalanan anda. Terima kasih 🙂”.
Menurut coretan Nor Zabetha ternyata dia sangat kagum dengan sikap ibu tersebut yang sangat memikirkan tentang orang lain.
“Saya alih bahasa sekeping nota menyentuh hati kerana sikap tidak pentingkan diri seorang ibu.
Ini kisah benar yang berlaku 4 tahun lepas. Oleh ibu yang menaiki kapal terbang bersama anak kecilnya. Perjalanan dari Seoul ke USA. Perjalanan yang memakan masa hampir 11 jam.
Dia risau anak kecilnya akan menyebabkan suasana bising dalam kapal terbang, jadi dia sediakan 200 ‘goodie bag’ untuk ke semua penumpang. Dalam goodie bag itu mengandungi gula-gula dari Korea dan penyumbat telinga, jika anaknya bising dan penumpang rasa bising.
Dia bimbang anaknya menyebabkan penumpang lain rasa tidak selesa. Betapa si ibu sangat memikirkan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Betapa si ibu tahu, orang lain juga membeli tiket dan menikmati penerbangan tanpa sebarang gangguan.
Dalam penerbangan ini, tiada satu penumpang pun naik marah atau menjeling kepada si ibu atau anak. Malahan semua memuji sikap si ibu. Sehingga menjadi tular dan dimuatnaik dalam web ABC news dan perkongsian oleh warga net. Betapa sikap baik hati dan tidak mementingkan diri sendiri, sangat dipuji.
Jadi sebenarnya, orang yang tidak faham kita? Orang yang tidak bertimbangrasa atau kita sendiri yang tak kena caranya?
Saya baca tentang isu influencer yang mengecam pengunjung restoran yang menjeling anaknya kerana menangis. Dari naratif penceritaan, saya baca macam pengunjung yang tidak bertimbang rasa.
Entahlah, kalau saya sendiri ke restoran dan ada kanak-kanak menangis, kali pertama saya okay lagi. Tapi melihatkan jika ibu bapa buat tidak tahu dan membiarkan dan langsung tidak memujuk. Sehinggakan kita rasa hendak pergi pujuk anaknya, tak seronoklah kan.
Rata-rata kawan-kawan saya kalau ada anak kecil, kalau kami hendak berkumpul dan mereka hendak bawa anak kecil, mereka lagi rela berkumpul di salah sebuah rumah kami. Kemudian order makanan, mudah anak-anak hendak bermain dan berlari dan tak menyusahkan orang lain.
Saya rasa, berbeza situasinya kalau si ibu, pujuk anak atau minta maaf pada pengunjung atau bawa anak keluar bila menangis. Saya rasa sejuk hati pengunjung lain dan faham situasi si ibu. Sama seperti kes Junwoo.
Saya suka sikap ibu Junwoo. Anak adalah tanggungjawabnya. Biar dia yang susah tetapi dia tidak mahu sesahkan orang lain. Begitulah sepatutnya.
Membandingkan dua peristiwa ini, peringatan untuk saya juga sebagai ibu bahawa saya lebih suka mengambil langkah seperti ibu Junwoo. Anak tanggungjawab kita,” kongsi Nor Zabetha.
Baca Disini : Mulai 1 Januari 2019, Mak-Mak Boleh Rasa Lebih Tenang & Selesa Bawa Anak Ke Kedai Makan, Ini Sebabnya!
Sumber / Sumber Foto : Facebook Nor Zabetha
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!