Tersentuh Hati, Cleaner Nepal ‘Ajar’ Erti Amanah Bekerja Walau Apa Pun Pangkat Darjat

Share

Tersentuh hati, cleaner Nepal ‘ajar’ kita erti amanah bekerja walau apa pun pangkat darjat. Setiap dari kita yang bekerja perlulah amanah dalam menjalankan tugas.

Melakukan sesuatu pekerjaan bukan hanya demi mengejar material kehidupan termasuk wang ringgit, kekayaan harta benda tetapi bagaimanakah kita mampu bekerja dengan efektif, dedikasi dan penuh tanggungjawab serta amanah.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tersentuh Hati, Cleaner Nepal ‘Ajar’ Kita Erti Amanah Bekerja

Perkongsian daripada saudara Ezry Fahmy menerusi akaun Facebook miliknya cukup menyentuh perasaan tentang seorang lelaki berasal dari Nepal yang bernama Phatta.

Semangat kerjanya cukup luar biasa. Malah Phatta juga tidak kenal erti penat dan begitu amanah dalam bekerja.

Tekunnya dia bekerja umpama tidak ada waktu rehat. Bukan itu saja kebersihan pejabat menjadi keutamaanya. Hinggakan ramai yang menyayangi diri Phatta walaupun dia hanya seorang cleaner.

“Phatta. Orang Nepal. Cleaner di tempat kerja lama.

“Baru dua tahun kerja di Malaysia dah sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

“Sepanjang 8 tahun kerja, sudah ada bersilih ganti cleaner di awalnya. Rata-rata cleaners kurang komitmen kerja, lepas mengemas, lebih banyak duduk di pantry main telefon.

Bekerja Umpama Tak Ada Waktu Rehat

“Tetapi apabila diganti dengan Phatta, dia bekerja umpama tak ada waktu rehat. Tenaga dan fokusnya luar biasa.

“Seawal 8 pagi sudah mula mengemas pejabat lain. Kadang dia terpaksa tunggu lama depan pintu pejabat sebab lewat dibuka, dia menunggu lama depan pintu, tanpa sedikitpun dengar dia mengeluh.

“Sejurus masuk ke pejabat kerjanya tangkas, tanpa henti. Pernah pulang lewat selepas maghrib, nampak dia sedang bersihkan kawasan parking, menghabiskan syif 8 pagi – 8 malam.

“Yang paling membekas dalam memori ialah pernah lihat dia guna berus gigi untuk hilangkan kesan kotor degil di karpet pejabat, lap bahagian belakang langsir. Vakum surau dan lap bawah meja!

“Seakan semua tempat di pejabat, telah ada cap jari Phatta.

Kerja Lebih Kuat, Lebih Banyak

“Saya rasa malu setiap kali lihat Phatta bekerja, rasa seolah dia kerja lebih kuat, lebih banyak. Saya selalu ambil peluang berbual dengan Phatta di pantry, nak kenal beliau lebih lanjut.

“Selepas setahun tinggalkan pejabat. Sedikit terputus hubungan. Saya pernah banyak kali ajak beliau makan tengah hari bersama, tetapi dia menolak, bawa bekal masak dari rumah katanya. Hari terakhir di pejabat saya kata nanti kita perlu keluar makan sama ya.

“Hari ini dapat mesej (yang dipanjangkan kepada saya oleh sahabat di pejabat lama), sangat mengejutkan dan menyedihkan.

“𝘋𝘦𝘢𝘳 𝘢𝘭𝘭, 𝘢𝘴 𝘺𝘰𝘶 𝘮𝘢𝘺 𝘬𝘯𝘰𝘸, 𝘗𝘩𝘢𝘵𝘵𝘢 – 𝘰𝘶𝘳 𝘰𝘧𝘧𝘪𝘤𝘦 𝘤𝘭𝘦𝘢𝘯𝘦𝘳, 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘭𝘭 𝘦𝘢𝘳𝘭𝘪𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘸𝘦𝘦𝘬. 𝘏𝘦 𝘸𝘢𝘴 𝘣𝘳𝘰𝘶𝘨𝘩𝘵 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦 𝘤𝘭𝘪𝘯𝘪𝘤 𝘰𝘯 𝘛𝘶𝘦𝘴𝘥𝘢𝘺 𝘢𝘯𝘥 𝘸𝘢𝘴 𝘳𝘦𝘤𝘶𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘵 𝘩𝘰𝘮𝘦.

𝘜𝘯𝘧𝘰𝘳𝘵𝘶𝘯𝘢𝘵𝘦𝘭𝘺, 𝘺𝘦𝘴𝘵𝘦𝘳𝘥𝘢𝘺 𝘩𝘪𝘴 𝘤𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘸𝘰𝘳𝘴𝘦𝘯𝘦𝘥, 𝘩𝘦 𝘴𝘵𝘢𝘳𝘵𝘦𝘥 𝘤𝘰𝘯𝘷𝘶𝘭𝘴𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘥 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘯𝘵𝘰 𝘤𝘰𝘮𝘢 𝘪𝘯  𝘵𝘩𝘦 𝘢𝘧𝘵𝘦𝘳𝘯𝘰𝘰𝘯. 𝘚𝘢𝘥𝘭𝘺, 𝘐 𝘸𝘢𝘴 𝘫𝘶𝘴𝘵 𝘪𝘯𝘧𝘰𝘳𝘮𝘦𝘥 𝘣𝘺 𝘩𝘪𝘴 𝘴𝘶𝘱𝘦𝘳𝘪𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘩𝘦 𝘱𝘢𝘴𝘴𝘦𝘥 𝘢𝘸𝘢𝘺 𝘦𝘢𝘳𝘭𝘪𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘷𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨.

𝘔𝘢𝘺 𝘩𝘪𝘴 𝘴𝘰𝘶𝘭 𝘣𝘦 𝘨𝘳𝘢𝘯𝘵𝘦𝘥 𝘦𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘱𝘦𝘢𝘤𝘦.”

“Phatta bukanlah Muslim, tetapi berkenalan dengannya mengajar diri saya tentang maksud amanah dalam kerjaya,” kongsi saudara Ezry yang cukup menyentuh perasaan.

Baca Disini ; Nak Ambil Pembantu Rumah Mohon Dalam Sistem Maid Online, Mudahkan Proses, Jimat Masa & Kos!

Orang Gaji Bukan Hamba

Mingguan Wanita : Alahu sedihnya Phatta bekerja keras dan sangat amanah dalam menjalankan tugasnya. 

Sumber / Sumber Foto :   Facebook Ezry Fahmy

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Published by
Norhayati Suboh