Alangkah bangganya penulis apabila melihat nama wanita Melayu ini tersenarai sebagai Top 100 Malaysia Trustworthy Aestheticians & Beauticians 2024! Itulah kejayaan yang diraih oleh Mastura Idris atau mesra disapa Tecer Mass apabila meraih pencapaian yang membanggakan muncul sebagai Bumiputera pertama bersaing dengan usahawan pelbagai kaum untuk menempatkan diri dalam senarai tersebut.
Anak kelahiran Terengganu berkata, terpilih menerima anugerah ini adalah penghargaan yang amat besar dan membanggakan buat dirinya.
“Saya rasa sangat bersyukur kerana usaha dan dedikasi selama ini dihargai dan dipercayai. Ia memberi keyakinan untuk terus maju dalam bidang ini, selain berusaha meningkatkan lagi kemahiran dan perkhidmatan yang saya tawarkan,” ujarnya yang menyangkal dakwaan anugerah ini berbayar seperti yang diperkatakan.
Untuk rekod, Mastura pernah menerima anugerah daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MPTN), Mastura menjelaskan persaingan dengan pakar estetik terutama majoritinya daripada kaum Cina merupakan satu persaingan sihat yang dinilai 100 peratus oleh badan profesional.
“Saya diberitahu ramai sahaja rakan usahawan dalam kalangan Melayu, India dan Cina yang lain cuba nasib untuk dinilai oleh barisan profesional.
“Tetapi dalam penilaian peperiksaan nama saya terpilih dan saya rasa ia adalah satu peluang malah bukanlah mudah untuk bersaing dengan 300 calon.
“Saya tidak sangka menjadi satu-satunya penerima Bumiputera dan berhijab kerana sukar untuk bersaing dengan kaum lain yang sememangnya sudah kuat dan mempunyai nama besar dalam industri estetik dan kecantikan,” katanya.
Terharu & Bersyukur
Mastura merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Beauty Expert Aesthetics & Academy menjelaskan, pemilihan ke peringkat ‘top 100’ adalah bergantung kepada kemahiran teknikal seperti rekod kejayaan, kepuasan pelanggan, inovasi dan etika profesional setiap calon.
Tidak hanya itu, Mastura antara lainnya menerima pengiktirafan seperti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Training The Trainer,Vocational Training Officer atau Pegawai Latihan Vokasional sepanjang dalam industri estetik.
Bersedia menghadapi cabaran, wanita hebat berusia 35 tahun itu telah membuat perancangan selepas memenangi anugerah untuk terus memberi impak positif kepada industri dan berkembang lebih jauh. Beliau turut menasihati usahawan dalam bidang estetik dan kecantikan untuk yakin dengan kemampuan diri dalam bersaing di pasaran.
Terharu dan bersyukur, Mastura mendedahkan gelaran itu sebagai penguat semangat.
“Persaingan itu sihat dan memacu saya untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Setiap pakar tidak kira bangsa, mempunyai kelebihan tersendiri.
“Saya percaya persaingan ini bukan sahaja meningkatkan standard industri tetapi turut memberi peluang untuk kita belajar dan berkembang bersama dalam bidang estetik,” katanya.
“Saya akan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan perkhidmatan dengan teknik dan rawatan inovatif. Selain itu, saya ingin memperluas jenama akademi dan pusat estetik serta berkongsi kemahiran melalui seminar dan sesi latihan di serata Malaysia,” katanya.
“Nasihat saya, binalah jaringan untuk kembangkan hubungan dengan pelanggan dan rakan industri. Jangan takut gagal dan anggaplah kegagalan sebagai peluang untuk belajar dan maju,” katanya.
Semoga pencapaian Mastura ini menjadi menjadi penguat semangat dan inspirasi kepada wanita lain untuk memajukan diri dalam apa juga bidang yang diceburi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI