Tersangkut Dalam Banjir, Susu Pampers Anak Tinggal Sikit, Jadi Asbab Bantu Orang Lain

Share

Lelaki ini, personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menghala pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di Jeruas kenderaan yang dinaiki bersama isteri dan anak-anak tersangkut dalam banjir. Hati jadi tak keruan bila tengok susu dan pampers anak pun dah tinggal sikit.

Tersangkut dalam banjir, buatkan mereka sekeluarga terpaksa ambil keputusan mahu bermalam dalam kereta. Rezeki lelaki ini, ada hamba Allah yang berikan pampers untuk anaknya.

Terkesan dengan kebaikan itu, dia pula turun padang bantu mangsa banjir di kawasan Kuala Lipis kerana ada yang terperangkap tak dapat keluar rumah. Hebat kisahnya..

Semalam Awak Tolong Susu Dan Pampers Anak Saya

Kongsinya, “Semalam saya sangkut banjir, mereka (individu di Kuala Lipis yang membantu Hafiz) tolong saya. Mereka carikan saya homestay, susu dan pampers anak.”

Harini, saya tak boleh keluar lagi dari Kuala Lipis sebab banjir. Saya ada niat nak balas balik nak bantu orang-orang dekat sini tapi saya tak ada team. Saya dengan wife je.

Pagi tadi saya tengah breakfast, ada budak budak muda naik hilux lambai dekat saya sbb mereka kenal

Saya terus panggil diorang, “tolong abang bantu orang harini?”
Diorang terus kata, “on bang!”

Saya pergi cari barang-barang makanan. Bila saya pergi dekat tempat banjir, Ya Allah kesian sangat.

Kesian.. Mangsa Banjir Terperangkap Dalam Rumah

Ada yang anak-anak terperangkap dalam rumah, ada pakcik yang hampir pengsan sebab ada dialisis dan tak boleh nak bergerak ke hospital.

Kesian tengok akak dan abang abang dekat sini. Saya masuk sekolah dan kawasan perumahan. Diorang lapar dan happy sangat bila dapat bantuan.

Ada yang kenal saya, syukur sangat mereka doakan saya.

Saya ada booking homestay juga untuk orang yang terkandas dekat sini. InsyaAllah semoga membantu

Awak bantu saya semalam, saya hargai sangat. Harini, saya bantu awak pulak. Sama sama kita membantu, “sebab kita semua bersahabat.”

Saya suka tengok reaksi muka mereka happy. Itu yang saya nak sebenarnya, “Kejayaan Demi Kebahagiaan.”

Tersangkut Dalam Banjir, Jadi Asbab Bantu Orang Lain

Kisahnya, “saya dari Kelantan ke KL, saya bergerak jam 10:30am tadi. Sampai Kuala Lipis, macam-macam berita saya dengar. Orang kata Raub jalan banjir dan tutup.

Saya teruskan perjalanan sebab Raub depan tu je, nampak dah kiri kanan rumah semua tenggelam. Hati pun “alamak, risau dah.” Sampai area “Jeruas” saya nampak jalan depan dah stuck, saya nak pusing balik singgah masjid area situ nak jamak sekejap.

Habis solat, saya nk patah balik ke Kuala Lipis. Nah, banjir jugak! Menghala ke Raub banjir, Nak patah balik pun banjir. Saya sangkut dekat tengah-tengah area “Jeruas”

Check “susu dan pampers” anak. Susu tinggal sikit dan pampers tinggal 1. Menggelibas lah saya! Cari kedai area situ banyak tutup & tak ada air aduh.

Saya risaukan anak, takut dia lapar.”

Homestay Penuh.. Nak Tidur Dalam Kereta

Bila malam, saya dah start risau dah tapi memang tak boleh nak buat apa-apa. Turn on live sebab ramai tanya update dari saya, tengah buat live tiba-tiba ada akak datang “offer pampers” dan ada abang datang “offer susu” Ya Allah!!! Cepatnya Allah bantu

Mereka baik sangat, sampai je KL nanti. Muka akak dan abang ni saya takkan lupa. Saya nak jumpa mereka insyaAllah. Harini mereka tolong kita, esok esok kita tolong mereka!

Disebabkan hotel dan homestay semua full, Hafiz ambil keputusan stay di Kuala Lipis.. tidur dalam kereta. Pesannya ketika itu, agar mereka yang dari Pantai Timur nak pulang ke Kuala Lumpur, agar bertenang-tenang dahulu.. tunggu keadaan reda barulah balik.

Wakafkan van jenazah, tak sangka jadi kenderaan terakhir kawan baik sendiri

MW : Sungguh lah ujian tuhan ini diambil jadi satu hikmah yang besar untuk lelaki ini. Semoga dimurahkan rezekinya sentiasa untuk terus membantu orang lain.

Sumber/Foto : Hafiz Mahamad

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer