Ramai mak ayah yang keliru bab simptom dyslexia, tetapi betul ke salah pakai kasut pun salah satunya?
Dyslexia adalah orang yang mempunyai masalah di dalam pembacaan tetapi bijak dimana IQ sama atau lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Kadang kala pelajar-pelajar dyslexia di sekolah akan dianggap lembap oleh guru dan rakan-rakan kerana sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan keyakinan diri seorang kanak-kanak.
Tahukah anda bahawa orang-orang terkenal seperti Albert Eistein, Leonardo da Vinci, Thomas Edison, penulis Hans Christian Anderson, pelakon Tom Cruise dan Orlando Bloom adalah orang yang mempunyai dyslexia.
Dengan bantuan awal yang betul, kita boleh membantu kanak-kanak dyslexia untuk menguasai bidang pembelajaran mereka.
Tanda-tanda dyslexia boleh dikenal pasti seawal umur 5 ½ tahun. Tidak kurang juga ada yang baru dikenalpasti semasa umur persekolahan. Tidak semua kanak-kanak dyslexia akan mempunyai tanda-tanda yang sama.
Ads
Antara simptom-simptom dyslexia adalah:
1. Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut 2. Tersalah pakai kasut 3. Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh 4. Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip) 5. Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola 6. Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang 7. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa 8. Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap 9. Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi 10. Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital. 11. Sukar menamakan objek 12. Keliru antara kiri dan kanan 13. Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti 14. Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w ) 15. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul 16. Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon 17. Sukar mengenal masa/ membaca jam 18. Keliru perkataan “semalam” atau “esok” 19. Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad, bulan Januari – Disember. 20. Sukar membaca secara fonik
Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi tetapi membuahkan hasil yang sedikit. Jadi kanak-kanak mungkin akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar.
Kajian telah membuktikan bahawa diagnosa dan terapi yang cepat dapat membantu kanak-kanak dyslexic dengan lebih bagus.
Ads
Ini Langkah Nak Bantu
Kini di sekolah rendah kerajaan terdapat program LINUS (saringan literasi dan numerasi ) dimana ujian akan dilakukan untuk mengenal pasti pelajar yang bermasalah di dalam pembacaan dan pengiraan. Di dalam program tersebut terdapat modul untuk menyaring pelajar-pelajar dyslexia.
Jika ibu bapa atau guru-guru telah mengenal pasti anak-anak yang mempunyai ciri-ciri dyslexia, anda boleh pergi berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan, mereka akan membuat penilaian dan seterusnya akan membuat rujukan hospital ke doktor pakar kanak-kanak atau pakar perkembangan kanak-kanak (Developmental Pediatrician) sekiranya terdapat di hospital itu.
Sebelum diagnosa dyslexia dibuat, kadang kala kanak-kanak tersebut perlu menjalankan ujian pendengaran, penglihatan atau ujian IQ untuk memastikan pelajar bukan “slow learner” atau lewat perkembangan global.
Ads
Sesetengah daripada mereka akan dirujuk ke terapi pertuturan atau terapi cara kerja (occupational therapist).
Perbincangan dengan ibu bapa akan dibuat untuk membuat keputusan samada pelajar boleh dimasukkan ke sekolah yang mempunyai kelas khas dan mendaftar mereka sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.
Di Malaysia juga ada organisasi bukan kerajaan iaitu Persatuan Dyslexia Malaysia yang berpusat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Persatuan ini boleh membantu ibu bapa dan terutamanya kanak-kanak dyslexia.
Kredit info: Dr Juliana Hashim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lanjut usia dan memasuki fasa warga emas bukanlah penghalang dalam mengejar cita-cita dan impian. Sambutan hari jadi pula mampu diraikan dalam pelbagai cara yang boleh memberikan kelaianan dan kepuasan tersendiri buat diri sendiri.
Terjunan Udara Pada Usia Ke-100
Seorang jururawat yang berkhidmat sebagai barisan hadapan ketika era Perang Dunia Kedua meraikan sambutan hari jadinya yang ke-100 dengan melakukan terjunan udara buat pertama kali.
Raymonde Sullivan melakukan aksi tersebut dengan terjun dari pesawat di Sky Dive Sebastian pada minggu lalu.
“Saya tidak pernah melakukan terjunan udara walaupun sudah berdepan dengan pelbagai perkara dalam tempoh 100 tahun. Oleh hal yang demikian, saya nekad mahu melakukannya selagi ada peluang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail.
Tak dinafikan setiap anak-anak yang dilahirkan membawa rezeki. Mempunyai anak-anak yang ramai dan keluarga besar memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terutamanya dari segi kewangan yang mencukupi. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
Dua Isteri, 19 Anak
Mungkin tak mahu lagi memiliki anak lagi atas faktor kesempitan hidup, seorang lelaki yang mempunyai 2 orang isteri dan 19 anak, telah menamakan bayi terbarunya dengan nama Yeter, yang bermaksud ‘Cukuplah’.
Zeher Geher, tinggal di bandar Diyarbakir, Turki mempunyai 19 orang anak hasil pekahwinannya dengan dua orang isteri iaitu Dilber dan Ikramiye.
Tidak Bekerja
Ekoran daripada pandemik COVID-19, Zeher mengakui mengalami kesukaran bagi memenuhi keperluan keluarga besarnya kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Pada awalnya, kedua-dua orang isteri Zeher mengakui sukar untuk berkongsi kasih, namun kini mereka bagaikan adik beradik tinggal bersama dalam rumah yang agak sempit.
Isteri pertama Zeher telah melahirkan 10 orang anak, manakala isteri keduanya 9 orang.
Akibat daripada masalah kewangan yang dialami, Zeher menamakan bayi terbarunya dengan nama tersebut kerana tidak lagi mampu untuk menyara lebih ramai anak dimasa akan datang.
“Sekiranya saya tahu ini akan terjadi, saya takkan mempunyai anak yang ramai.”, kata Zeher.
MW: Anak ramai memang seronok.Namun kena pertimbangkan segala aspek terutama dari segi tanggungjawab dan kemampuan kewangan.Ukur baju dibadan sendiri iya.
Bekas biru bertutup putih itu tak pernah lekang dari tangan Hafiz Rahman mahupun isterinya, Aishah Adnan. Sepanjang bercuti di Paris itulah ‘benda’ paling berharga bagi pasangan suami isteri ini.
Sebabnya dalam bekas biru itulah tersimpannya stok Susu Perahan untuk anak mereka. Dan mereka pernah juga suatu ketika dulu, mengabaikan betapa pentingnya bekas biru itu untuk ibu-ibu ‘travel’ yang sedang usaha konsisten memberikan susu ekskusif untuk bayinya.
Ini soalan yang ramai tanya saya masa trip Swiss Paris hari tu. Dan setiap kali orang tanya, jawapan yang sama saya beri. Sambil melemparkan senyuman paling manis.
“Susu ibu kak.”
“Owh. Boleh tahan eh?”
Ramai rupanya tak tahu cara nak bawa balik EBM (susu ibu) bila travel. Ada yang sudah pam, buang kat sinki macam tu je, siram kat pokok. Sama macam situasi kami dulu masa travel ke Osaka. Masa tu arman baru 3 bulan.
Ini Cara Handle Susu Perahan Waktu Bercuti Ke Luar Negara
Sebenarnya ada 2 situasi bagi kami dalam nak handle EBM ni masa travel.
Situasi 1 – Keluar hotel pagi balik malam ( 8 jam ) Situasi 2 – Travel Balik dari Paris ke Malaysia ( 14 jam flight + 3 jam airport )
Apa yang perlu ada untuk handle EBM masa travel? 1) Cooler Box 2) Ice Pack 3) Garam
Situasi 1
Ini biasanya susu yang baru di pam sepanjang sight seeing. Masa ni kami bawa ice pack je. Selalunya setiap kali travel paling kurang 3 ice pack akan kami bawa. Ice pack tu make sure simpan dalam freezer dulu. Kalau dalam bilik hotel tak ada freezer, minta tolong dengan receptionist untuk simpan dalam freezer di kitchen hotel.
Dan EBM sepanjang berada di sana kami simpan dulu dalam ice box.
Situasi 2
Ni situasi paling critical. Nak bawa balik EBM naik flight. Kena pula travel ke Europe yang makan masa lebih dari 12 jam. Garam dan ais benda yang wajib ada. Ice pack memang tak tahan untuk 12 jam.
Garam boleh melambatkan ais untuk cair.
Dan kami akan wrap cooler box. Incase penutup terbuka. Kami memang dah prepare luggage khas untuk cooler box. Masa check in, kami minta dia orang tampal sticker Fragile. So tak adalah kena campak sangat luggage tu.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...