Mangsa yang terpaksa menanggung kerugian wang simpanan peribadi dan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kemudian membuat laporan polis. (Gambar sekadar hiasan)
‘Terpedaya komisen lumayan.’ Wanita putih mata, hilang duit simpanan RM37,361 sekelip mata. Menyimpan duit bertahun-tahun lamanya akhirnya lebur di tangan scammer.
Biarpun kes sebegini telah banyak berlaku, namun taktik scammer yang semakin bijak dan tak terfikir dek akal membuatkan ramai yang terpedaya dan tertipu.
Terpedaya Komisen Lumayan
Dek kerana terpedaya dengan imbuhan komisen lumayan, seorang pembantu perawatan kesihatan ‘putih mata’ selepas mengalami kerugian sebanyak apabila tertipu dengan urusan tawaran kerja yang tidak wujud secara dalam talian di sini, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Perlis, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, polis menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita berusia 26 tahun jam 4.56 petang selepas mangsa menyedari dirinya diperdaya dengan tawaran bekerja menerusi laman sosial Facebook pada Sabtu lalu.
“Mangsa mendakwa diperdaya setelah melihat iklan di Facebook yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat dan telah berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Agnes’ dari Syarikat ‘SP ECommerce’ untuk tawaran kerja secara dalam talian.
“Dia kemudian dimaklumkan dengan kaedah atau cara membeli pelbagai produk bagi tujuan menaikkan ‘rating’ dan dijanjikan imbuhan komisen setelah barangan itu dijual oleh pihak ‘syarikat’ berkenaan.
“Mangsa melakukan lapan transaksi, selama tiga hari sehingga semalam untuk pembelian barangan dengan jumlah yang berbeza seperti dikehendaki sindiket.
‘Transaksi pertama membabitkan pembelian barangan bernilai RM100 dengan dijanjikan pulangan sebanyak RM130,” katanya.
Malah tambahnya, mangsa yang mengejarkan pulangan lumayan terus melakukan transaksi sehinggalah dia menyedari semua barangan dikehendaki untuk dibeli oleh sindiket itu sememangnya tidak wujud.
Ads
Hilang Duit
Jelas Mohd Shokri lagi, sindiket memberikan pelbagai alasan mengenai pulangan yang dijanjikan, sehingga mangsa kehabisan wang dan mula menyedari dirinya sudah tertipu.
Mangsa yang terpaksa menanggung kerugian wang simpanan peribadi dan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.
Duit Simpanan RM37,361
“Semakan polis mendapati terdapat tiga laporan polis ke atas no akaun ‘syarikat’ itu dan dua laporan polis ke atas nombor talian yang digunakan oleh sindiket sebelum ini ke atas mangsa lain.
“Siasatan kami mendapati modus operandi sindiket ini adalah dengan mengiklankan tawaran kerja yang mudah dan menguntungkan dalam masa singkat secara dalam talian melalui medium media sosial.
“Malah, mangsa pada mulanya akan diberikan pulangan dan setelah mangsa yakin, sindiket akan meningkatkan jumlah pembelian sehingga menyebabkan mangsa terjerat,” katanya.
Ads
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mingguan Wanita : Semoga kisah ini memberi kesedaran kepada wanita di luar sana agar berhati-hati dengan scammer. Jangan kerana ingin untung cepat, segala duit simpanan tergadai.
Sebak tinggalkan Aafiyah & Afwa tunai umrah. Sempena Ramadan bulan penuh keberkatan Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.
Perjalanan kali ini Siti ditemani pengurus, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Kali terakhir Siti menunaikan umrah pada 2019 bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Aafiyah dan pengasuhnya
Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa Tunai Umrah
Menerusi perkongsian sebuah video hantaran di laman Instagram miliknya Siti telah memuat naik video pendek bersama anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sebelum berangkat.
Ternyata video tersebut mengundang sebak. Malah kelihatan Siti begitu berat untuk melangkah pergi meninggalkan dua cahaya mata kesayangannya itu.
“Perjalananku kerana-Mu Ya Allah. Permudahkanlah dan jagalah keluargaku semua.
“Buat yang mengenali saya, maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat serta selamat,” coret Siti ringkas pada ruangan kapsyen.
“Ya Allah, Permudahkanlah Urusanku”
Malah Siti juga turut berkongsi beberapa gambar sejurus tiba di tanah suci Mekah.
“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku.
“Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan,” ungkap Siti.
Walau sudah lebih 3 bulan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan, 29 hilang, abang kandungnya, Denny Lang tak putus asa mencari adiknya. Tak disangka-sangka misi terkini menemukan mereka dengan dewan dan tulang dalam gua.
Sebaik kemeriahan Syawal berlalu, Denny atau nama sebenarnya, Mohd Zahiruddin menggerakkan teamnya yang dalam skala kecil mencari adiknya yang hilang di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, Perak.
Mereka mencari jejak Acap di kawasan yang ditandakan berhampiran trek. Bagaimana pun dalam misi mencari itulah mereka bertemu dengan kawasan yang tak dijangka.
Ada Tulang Dan Dewan Dalam Gua
Dalam video youtube yang dikongsikan Denny lebih mengejutkan mereka diketemukan dengan dewan dengan ketulan-ketulan tulang yang ada di dalam gua.
Dalam salah satu suara yang didengar dari video berkenaan memaklumkan seakan kawasan tulang itu ditemui seakan tempat ‘korban’. Dan tak jauh dari kawasan tulang berkenaan terdapatnya tempat seakan dewan.
Bagaimana pun, team mencari ini tidak mengesan tapak-tapak binatang buas di kawasan berkenaan.
Menyentuh tentang kehidupan peribadi, mungkin ramai yang tidak tahu kakak kepada pelakon Apreena Manrose iaitu Oktovia Manrose, 29, merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zafariel yang kini berusia lapan tahun.
Menurut Oktovia seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus, dia tidak pernah menyembunyikan status dirinya kepada umum.
Cuma mungkin disebabkan dia jarang berkongsi perihal kehidupan peribadinya di laman sosial, ramai yang tidak tahu.
Kahwin Usia 20 Tahun
“Saya berkahwin pada tahun 2011, ketika usia 20 tahun, namun jodoh tidak panjang dan bercerai dua tahun kemudian.
“Saya tiada masalah dengan gelaran janda dan status ibu tunggal kerana itu lumrah kehidupan.
“Apa yang penting saya buat yang terbaik untuk anak kerana dia adalah amanah yang Allah berikan pada saya.
“Bukan senang membesarkan anak bersendirian, tetapi saya bersyukur dapat bertahan dan anak menjadi penguat semangat untuk saya meneruskan kehidupan,” luahnya bersedia membuka pintu hati andai bertemu lelaki yang menerima diri seadanya.
Mahu Ceburi Bidang Nyanyian Pula
Setelah berjaya menempatkan diri dalam dunia lakonan sebagaimana yang diharapkan oleh arwah ibunya, pelakon terkenal era 1980an, Rosnah Mohd Noor, Oktovia kini memberanikan untuk menceburi bidang nyanyian seperti bapanya, Iwan Syahman.
Bakal tampil dengan single sulungnya tidak lama lagi. Oktovia, mengharapkan agar percubaannya itu membuahkan hasil diharapkan.
Sumber Foto: Instagram Oktovia Manrose Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/ Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!