Terokai Dunia Fesyen Dengan Koleksi Moden, Selesa Dan Bergaya Dari Triumph

Share

Di dunia fesyen intim, Triumph telah lama menjadi nama yang dihormati dan disegani. Menggabungkan unsur-unsur reka bentuk canggih dengan keselesaan yang tiada tandingan, Triumph mencipta pakaian dalam yang benar-benar istimewa untuk wanita.

Sesuai untuk wanita yang berasa diri sangat istimewa dan dihargai, melalui koleksi terbaru The Signature Sheer, Triumph terus menetapkan standard tinggi dalam hal keindahan dan fungsi. Corak rekaan ‘T’ monogram yang menjadi ciri khas Triumph, memberikan rupa moden yang terkini untuk musim ini.

Terokai Dunia Fashion Dengan Koleksi Moden Triumph

 

Menawarkan koleksi pakaian dalam yang mewakili kehalusan, keanggunan dan kepercayaan diri, Triumph menawarkan pernyataan cinta terhadap diri sendiri dan keanggunan wanita melalui pemakaian bra koleksi terbaru mereka ini.

Meneruskan keunggulan koleksi The Signature Sheer, Triumph mengeluarkan tiga koleksi terkini untuk wanita yang menyayangi diri mereka.

Koleksi baju dalam yang selesa dan bergaya

 

  1. Wired Padded Bra: Bra Pad Berwayar ini direka dengan sokongan signature Triumph iaitu Wire Light yang memberikan keselesaan maksimum kepada wanita yang mencintai payudara mereka. Bra ini diperbuat daripada material kitar semula yang mesra alam. Pada bahagian tulang tepi bra jenis ini, ia turut mencipta siluet agar payudara terletak cantik.
  2. Wired Bra: Bra jenis ini mampu menyerlahkan bentuk payu dara yang merupakan aset kebanggaan wanita. Ia didatangkan dengan pad nipple discretion bagi memberikan lebih keyakinan kepada diri walau ketika mengenakan top mengikut bentuk badan.
  3. Non-Wired Deep V Bra: Payudara wanita memerlukan peredaran darah di sekelilingnya untuk kekal anjal. Begitu juga puting juga berkeperluan untuk bernafas. Memilih bra tanpa wayar ini yang direka dengan garis leher infinti adalah pilihan wanita yang berani. Potongan cup di bahagian tengahnya sangat baik untuk mengampu payudara sekaligus menampakkan lurah lebih anjal dan terletak secara semulajadi.

Ketiga-tiga koleksi “The Signature Sheer” ini didatangkan dalam rona warna Toasted Almond, Decadent Chocolate dan Classic Black. Untuk tampil lebih menarik, kenakan seluar dalam sedondon dengan garis tepi tidak kelihatan.

Untuk perut tidak menonjol, dapatkan The Signature Maxi atau boleh memilih Smooth Hipster.

Lebih unik, koleksi eksklusif yang  boleh didapati di pasaran mulai 28 September lalu,  The Signature Sheer turut menawarkan dua koleksi tambahan iaitu :-

– The Corsage:- Top korset ini direka dengan jahitan bertulang bagi menyerlahkan bentuk badan ideal seperti jam pasir. Ianya sangat cantik kerana individu ini memiliki saiz pinggang yang kecil tetapi lemak badan sekata antara bahagian tubuh sebelah atas dan bawah. Anda boleh menangggalkan tali strap untuk mencipta gaya top berbeza. Ia direka tanpa wayar untuk keselesaan namun dilengkapi padded liner untuk sokongan ekstra.

Koleksi ini turut tampil dengan Long Sleeved top di mana ia direka dengan corak renda moden dan didatangkan dalam warna hitam klasik yang sofistikated dan kekal stailo.

Kedua-dua koleksi Top Korset dan Long Sleeved top ini terhad kepada butik Triumph terpilih sahaja seperti Triumph Boutique IOI City Putrajaya, Triumph Boutique Sunway Pyramid, Triumph Boutique Pavilion KL dan Parkson Pavilion KL.

 

Mengutamakan kain yang lembut dan ringan, setiap helai bra dan seluar dalam Triumph direka untuk memberi pengalaman yang mewah dan selesa. Materialnya yang sejuk dan lembut terhadap kulit membuatkan ia menjadi  pilihan sempurna untuk wanita yang menghargai keselesaan tanpa mengorbankan gaya.

Triumph telah berjaya mencipta lebih dari sekadar pakaian dalam malah mereka telah mencipta pengalaman yang memungkinkan wanita merasa dihargai dan yakin pada diri sendiri. Dengan The Signature Sheer, wanita tidak hanya mendapatkan pakaian dalam yang indah dan selesa tetapi juga mendapatkan rasa percaya diri dan kepuasan yang datang dari rasa cantik dan dihargai.

Bahkan, Triumph bukan sekadar pakaian dalam biasa sebaliknya koleksi The Signature Sheer membawa seni dan keindahan ke dalam dunia fesyen intim. Dengan garis-garis halus dan potongan yang mengikut bentuk, setiap helai pakaian dalam ini adalah karya seni tersendiri. Corak dan warna yang ditawarkan dalam koleksi ini juga sangat indah dan feminin, menampilkan keanggunan dan kehalusan yang hanya dapat ditemui dalam produk Triumph.

Kesemua koleksi terbaru Triumph ini boleh didapati di semua butik Triumph seluruh negara. Bagi pembelian secara online, boleh layari https://my.triumph.com/pages/signature-sheer.

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros