Termakbul Hajat Nak Sambut Anak Keempat, Jalan Jem Isteri Terberanak Dalam Triton! Rezeki di dalam bulan Syawal, hajat suami ini untuk menyambut sendiri kelahiran anak keempatnya akhirnya termakbul, walaupun dalam keadaan cukup mencemaskan.
BINI AKU TERBERANAK DALAM KERETA TRITON WEIIII. Termakbul hajat aku nak sambut anak keempat.
Kejadian berlaku malam 24 Apr 23 (Raya ketiga). Jarak dari rumah (Kg Batu, Rembau) ke Hospital Rembau dalam 8 km sahaja. Bini dapat seruan nak beranak dalam pukul 9.40pm. Kami gerak pukul 9.45pm.
Keluar je ke jalan utama, jalan jem. Yela. Ramai habis cuti raya. Tol pun free masa tu. Ramai ambil peluang untuk balik ke ibu kota. Pasang lampu hazard, takde sape dah nak layan. Bini dah siap ambil kedudukan menonggeng dalam kereta sebab dah nak bersalin. Mana kereta aku boleh lalu masa tu aku main lalu je. Dah semua tak nak bagi laluan. Tangan aku puas melambai. Macam-macam tanda isyarat aku buat.
Pukul 10.00pm aku dah dengar air ketuban bini aku pecah. Aku masa tu, Ya Allah. Kete aku mesti basah ni. Haha. Mentaliti lelaki derrr. Sape tak sayang kete (bini pun kena sayang. Haha). Aku suruh tahan kejap. Dia dok meneran. Lost command aku masa ni.
Pukul 10.05pm bini aku bagitau baby dah keluar. Aikkk. Takde bunyi baby menangis pun. Aku berangapan bini aku pun panikla masa tu. Dia bagitau lagi baby dah keluar. Jarak ke hospital masa tu kurang 1 km.
Bini aku bagitau lagi baby dah keluar. Aku pun raba kerusi sebab dia pakai kain masa tu. Aku rasa ada benda. Aku selak, Ya Allah. Kepala budak. Anak aku dah ada atas kerusi. Auto melalak bila nampak cahaya (yela. Dalam perut gelap. Dalam kain pun gelap. Haha).
Masa tu aku terus masuk laluan bertentangan sambil bagi lampu tinggi sebab takde sape bagi laluan untuk aku masa tu.
Sampai Hospital Rembau terus pak guard yang ada masa tu tanya kenapa? Bini saya dah beranak dalam kereta ni bang. Terus diorang panggil sana sini guna walkie talkie diorg. Great job kakitangan KKM Hospital Rembau masa ni.
Diorang settle dulu baby. Potong tali pusat. Baby dah masuk dalam baru diorang settlekan bini aku. Owh ye. Sepatutnya tarikh due 8 Mei 23. Jadi sebab tu perkara ni tidak dirancang.
Anak pertama (Nur Khalilah Arissa) aku tak dapat sambut sebab baby tak nak keluar cara biasa. Hampir kena operate. Last minit vacuum. Tapi masa tu aku dah diasingkan dan bini dah masuk bilik OT.
Anak kedua (Nur Khalilah Amani) lahir masa aku dalam flight ke Filipina kerana tugas untuk negara (cewaaahh).
Anak ketiga (Muhammad Khalis Shauqi) lahir aku berada di Sri Aman, Sarawak. Sri Aman nak ke Kuching pun masa tu ambil masa 3 jam. Kuching je ada airport terdekat selain Sibu dan Pan Borneo teruk lagi masa tu.
Anak ke-4 alhamdulillah. Aku ada dan boleh kata aku sambutla kan? Aku soh bini tahan, dia pergi teran. Berlaku komunikasi kat situ. So boleh dikira bidan lah kan?
Aku pakai Mitsubishi Triton sebab beli masa kat Sri Aman lagi. Jalan sana teruk. Sekarang dah ok sebab Pan Borneo dah buka secara berfasa. Sekarang ni ramai panggil anak aku tu Mat Triton. Sibuk nak keluar beraya sekali tahun ni. Sudahnya semua tak dapat keluar kutip duit raya .
Masalah pertama sekarang kereta aku berbau sebab kerusi dah serap air ketuban + darah .
Masalah kedua ramai panggil anak aku Mat Triton. Ada gak nama jadi Muhammad Triton Syawal jap lagi. Tolong bagi idea nama anak yg sesuai.
Pengajaran: Kaum hawa, bila suami ajak pergi hospital, pergi jela. Jangan dok tahan-tahan. Berat bahu memikul, berat lagi mata memandang (eh).
Mesti Baca:Wanita Bersalin Dalam Kereta Depan Wad Kecemasan, Ditemani Suami & Anak-Anak
Baca Lagi Di Sini:Ibu Hamil 7 Bulan Tak Sengaja Bersalin, Bayi Meninggal Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas
Artikel Menarik:Ibu Muda Tak Mahu Nampak ‘Comot’, Sanggup Tempah Jurusolek Untuk Mekap SEBELUM Bersalin
Mingguan Wanita: Rezeki Syawal dapat sambut anak keempat sendiri, walaupun isteri terbersalin dalam kereta. Apa pun tahniah di atas kelahiran cahaya mata keempat. Semoga ibu dan baik dalam keadaan sihat.
Sumber:Mohd Safiq
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.