Termakbul Hajat Nak Sambut Anak Keempat, Jalan Jem Isteri Terberanak Dalam Triton! Rezeki di dalam bulan Syawal, hajat suami ini untuk menyambut sendiri kelahiran anak keempatnya akhirnya termakbul, walaupun dalam keadaan cukup mencemaskan.
Baca perkongsian pengalaman daripada Mohd Safiq ini.
BINI AKU TERBERANAK DALAM KERETA TRITON WEIIII. Termakbul hajat aku nak sambut anak keempat.
Kejadian berlaku malam 24 Apr 23 (Raya ketiga). Jarak dari rumah (Kg Batu, Rembau) ke Hospital Rembau dalam 8 km sahaja. Bini dapat seruan nak beranak dalam pukul 9.40pm. Kami gerak pukul 9.45pm.
Jalan Jem, Semua Tak Bagi Laluan
Keluar je ke jalan utama, jalan jem. Yela. Ramai habis cuti raya. Tol pun free masa tu. Ramai ambil peluang untuk balik ke ibu kota. Pasang lampu hazard, takde sape dah nak layan. Bini dah siap ambil kedudukan menonggeng dalam kereta sebab dah nak bersalin. Mana kereta aku boleh lalu masa tu aku main lalu je. Dah semua tak nak bagi laluan. Tangan aku puas melambai. Macam-macam tanda isyarat aku buat.
Pukul 10.00pm aku dah dengar air ketuban bini aku pecah. Aku masa tu, Ya Allah. Kete aku mesti basah ni. Haha. Mentaliti lelaki derrr. Sape tak sayang kete (bini pun kena sayang. Haha). Aku suruh tahan kejap. Dia dok meneran. Lost command aku masa ni.
Bayi Keluar 10.05pm
Pukul 10.05pm bini aku bagitau baby dah keluar. Aikkk. Takde bunyi baby menangis pun. Aku berangapan bini aku pun panikla masa tu. Dia bagitau lagi baby dah keluar. Jarak ke hospital masa tu kurang 1 km.
Bini aku bagitau lagi baby dah keluar. Aku pun raba kerusi sebab dia pakai kain masa tu. Aku rasa ada benda. Aku selak, Ya Allah. Kepala budak. Anak aku dah ada atas kerusi. Auto melalak bila nampak cahaya (yela. Dalam perut gelap. Dalam kain pun gelap. Haha).
Masa tu aku terus masuk laluan bertentangan sambil bagi lampu tinggi sebab takde sape bagi laluan untuk aku masa tu.
Ads
Sampai Hospital Rembau terus pak guard yang ada masa tu tanya kenapa? Bini saya dah beranak dalam kereta ni bang. Terus diorang panggil sana sini guna walkie talkie diorg. Great job kakitangan KKM Hospital Rembau masa ni.
Diorang settle dulu baby. Potong tali pusat. Baby dah masuk dalam baru diorang settlekan bini aku. Owh ye. Sepatutnya tarikh due 8 Mei 23. Jadi sebab tu perkara ni tidak dirancang.
ALLAH MAKBULKAN HAJAT AKU UNTUK SAMBUT ANAK KEEMPAT
Anak pertama (Nur Khalilah Arissa) aku tak dapat sambut sebab baby tak nak keluar cara biasa. Hampir kena operate. Last minit vacuum. Tapi masa tu aku dah diasingkan dan bini dah masuk bilik OT.
Ads
Anak kedua (Nur Khalilah Amani) lahir masa aku dalam flight ke Filipina kerana tugas untuk negara (cewaaahh).
Anak ketiga (Muhammad Khalis Shauqi) lahir aku berada di Sri Aman, Sarawak. Sri Aman nak ke Kuching pun masa tu ambil masa 3 jam. Kuching je ada airport terdekat selain Sibu dan Pan Borneo teruk lagi masa tu.
Anak ke-4 alhamdulillah. Aku ada dan boleh kata aku sambutla kan? Aku soh bini tahan, dia pergi teran. Berlaku komunikasi kat situ. So boleh dikira bidan lah kan?
Aku pakai Mitsubishi Triton sebab beli masa kat Sri Aman lagi. Jalan sana teruk. Sekarang dah ok sebab Pan Borneo dah buka secara berfasa. Sekarang ni ramai panggil anak aku tu Mat Triton. Sibuk nak keluar beraya sekali tahun ni. Sudahnya semua tak dapat keluar kutip duit raya .
Ads
Masalah pertama sekarang kereta aku berbau sebab kerusi dah serap air ketuban + darah .
Masalah kedua ramai panggil anak aku Mat Triton. Ada gak nama jadi Muhammad Triton Syawal jap lagi. Tolong bagi idea nama anak yg sesuai.
Pengajaran: Kaum hawa, bila suami ajak pergi hospital, pergi jela. Jangan dok tahan-tahan. Berat bahu memikul, berat lagi mata memandang (eh).
Mingguan Wanita: Rezeki Syawal dapat sambut anak keempat sendiri, walaupun isteri terbersalin dalam kereta. Apa pun tahniah di atas kelahiran cahaya mata keempat. Semoga ibu dan baik dalam keadaan sihat.
Baju sekolah kain putih memang susah nak jaga apatah lagi untuk kekalkan ‘keputihannya’ lebih-lebih lagi baju sekolah anak-anak yang tengah lasak dan aktif. Memang kena ada extra baju sebab setiap hari perlu ditukar ganti.
Tetapi kali ini mak-mak boleh hilangkan kotoran degil pada pakaian dengan cara guna sabun mandi ketul saja.
Cuci Baju Kotor Dengan Sabun
Siapa sangka sabun jenama paling murah ni berkesan untuk menghilangkan kotoran degil‼️
Tak perlu lagi guna clorox nak hilangkan kotoran degil. Dah la mahal, menghakis dan menipiskan kain pula tu.
Dengan kos serendah rm2.70 sahaja, untuk satu set buku sabun fruit tale mak-mak boleh parut sabun tu dan simpan dalam bekas. InsyaAllah tahan seminggu-dua.
Boleh hilangkan kotoran pada baju sekolah, kasut sekolah, baju kemeja tanpa perlu disental. Kotoran degil hilang serta merta.
Cara-cara:
1. Wajib guna sabun fruit tale.
2. Parut dulu sabun fruit tale dan simpan dalam bekas. Supaya lebih jimat.
3. Tuang air panas dalam besen.
4. Letak serbuk fruit tale dalam besen.
5. Biarkan hingga larut. Guna sudu kayu nak larutkan.
6. Rendam baju dalam besen tdi semalaman.
7. Tengok hasil tak perlu sental. Kotoran degil hilang selepas bilas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sayunya tragedi kebakaran yang menimpa tiga beranak terdiri dari suami, Mohd Sharidan Abdul Aziz, 30, isterinya, Siti Rafini Mohd Rafiee, 30, dan anak mereka Rafiq Mohd Sharidan, yang baru berusia setahun.
Kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Yunus Abu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.52 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas tiba ke lokasi kejadian.
Tiga beranak ini dikatakan baru saja menyewa di kediaman mereka itu pada Januari lalu. Keramahan pasangan suami isteri ni cukup diketahui jiran tetangganya.
Mangsa bukan saja dikenali dengan sikap ramah malah suka menanam sayur-sayuran di kawasan rumah. Dan memberikan sayuran yang ditanam kepada jiran tetangganya yang berdekatan.
Jeritan Isteri Mangsa Meminta Tolong..
Sementara jiran mangsa, yang masih dalam keadaan bersedih berkongsi detik cemas yang dilalui ketika tragedi kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu.
Robaayah Yunus, 58 yang terjaga awal kerana menanti kepulangan anak dan menantu terkejut bila dengar bunyi letupan yang kuat. Segera dia buka tingkap dan nampak api marak sedang membakar bahagian tengah rumah jiran yang tinggal bersebelahannya itu.
Dadanya makin berdebar kencang bila mana dia mendengar jeritan isteri mangsa yang meminta pertolongan ketika kebakaran. Bergegas dia kejutkan suami dan anak dari tidur untuk keluar membantu jirannya itu.
Malangnya api begitu marak sekali, mereka suami isteri serta anak tak mampu berbuat apa-apa. Mereka berlari ke rumah jiran berdekatan pula untuk meminta pertolongan.
Biarpun usaha suami dan anaknya cuba menggunakan paip getah dari luar rumah untuk padamkan kebakaran, usaha itu temui kegagalan.
Api marak dengan kuatnya. “Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mangsa menjeri minta tolong ketika kebakaran..”
Ucapan Terima Kasih Terakhir..
Ujarnya, semalam adalah hari terakhir beliau berjumpa mereka di rumah kenduri sepupu mangsa yang letaknya 30 meter dari kediamannya,
Sempatlah dia bersalaman dengan isteri mangsa yang berterima kasih dengan kedatangannya. Rupanya itulah pertemuan dan ucapan terakhir mangsa untuknya.
Kata suami Robaayah, Mohamad Arif, 60 setiap kali mangsa yang lebih dikenali dengan panggilan Idan hendak ke tempat kerja, mereka sering bertegur dan bergurau.
Pagi itu, dia pun turut sama dengar jeritan dari isteri mangsa. Dan selang beberapa minit suara isteri mangsa hilang mereka terus berlari minta pertolongan jiran kampung untuk hubungi pihak bomba.
“Saya memang berasa panik dan cemas ketika itu kerana tak mampu berbuat apa-apa. Pertama kali dalam hidup menghadapi saat cemas begini.”
Akuinya, pemergian mereka dalam keadaan memilukan ini tentunya akan dirasai oleh semua orang kampung.
MW :Al Fatihah.. semoga arwah ketiga-tiga beranak ini ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber/Foto : Berita Harian, Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fattah nafi tak beri nafkah anak atau berlaku curang, akui wujud tak sefahaman dalam perkahwinan
Sebentar tadi, rumahtangga selebriti terkenal, Fattah Amin dan Fazura berakhir apabila aktor itu melafazkan talak satu terhadap isterinya.
Dalam pada itu, ketika di hadapan wartawan sebaik lafaz dibuat, Fazura ada mengeluarkan kenyataan antara sebab dirnya memfaikan perceraian adalah kerana Fattah tidak memberikan nafkah buat anak tunggal mereka, Fatima.
Fattah Nafi Tak Beri Nafkah Anak Atau Berlaku Curang
Fattah juga dikatakan curang termasuk membawa perempuan lain di dalam Range Roger yang dihadiahkan olehnya semasa dalam perkahwinan. Masa yang sama juga kata Fazura, wujudnya ketidaksefahaman antara mereka.
Memetik laporan Astro Awani, sebaik hal itu ditanya kepada aktor ini, jelas Fattah agak terkejut dengan kenyataan dari bekas isterinya yang mendakwa dia tidak melunaskan nafkah.
Menurut Fattah, tuduhan curang sama sekali tidak pernah wujud namun tidak menafikan masalah tiada lagi persefahaman wujud dalam perkahwinan mereka yang berusia tujuh tahun itu.
“Saya nafikan benda itu (curang dan tidak beri nafkah). Peguam dia pun dah cakap benda itu. Tiba tiba ada kes curang? Itu yang boleh saya cakap. Itu semua saya nafikan. Itu semua tak betul.
Akui Wujud Tak Sefahaman Dalam Perkahwinan
“Saya ada bukti tohmahan itu untuk malukan saya, mencemarkan nama baik saya sedangkan kita dah ada perjanjian bersama sebelum saya lafaz tadi.
“Sepatutnya kita sama-sama kena jaga aib dan tidak cemarkan nama baik masing masing. Itu perjanjian yang kita telah tanda tangan bersama. Saya agak terkejut kenapa tiba-tiba ada kenyataan macam tu daripada dia,” ujar Fattah dalam nada kesal ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.
Fattah berkata demikian kepada wartawan sebagai mengulas tuduhan curang dan tidak memberi nafkah yang dibuat oleh bekas isterinya, Fazura.
Fazura mendedahkan, perceraian yang berlaku antara dia dan Fattah disebabkan bekas suaminya itu berlaku curang di belakangnya.
Dalam masa sama, dakwa Fazura, nafkah yang sepatutnya disalurkan Fattah, ke atas dia dan anak perempuan tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, 4, juga diabaikan sejak sekian lama.
Terdahulu, pasangan itu sah bercerai talak satu di mahkamah berkenaan.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...