Kebanyakan daripada kita menggunakan khidmat “rider” syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian bagi memudahkan urusan pembelian makanan. Hanya perlu memesan makanan di hujung jari dalam tak lama kemudian rider akan menghantar makanan yang dipesan.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, ini bukan kes pertama yang melibatkan rider meninggal dunia ketika menjalankan tugas sehingga meragut nyawa mereka. Semalam tular di media sosial, puluhan rider menziarahi rumah keluarga arwah yang terlibat dalam kemalangan dan menemaninya hingga ke tanah perkuburan.
MW mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Zaim Azman. Semoga keluarga ini tabah menerima kehilangan orang yang tersayang di bulan ramadan yang mulia. Sebelum kejadian arwah pernah meluahkan pada ibunya bahawa jika dia tak bekerja, siapa yang akan melakukan tugasnya menghantar makanan.
Kalau Nak Mati, Kat Rumah Pun Boleh
“Kalau abang tak kerja, siapa nak kerja hantar makanan? Orang tengah susah nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau nak mati, kat rumah pun boleh mati.”
Itu kata-kata terakhir pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, Muhammad Zaim Azman, 21, kepada ibunya, Mastura Saman, 52, sebelum terbabit dalam kemalangan di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru Impian menghala ke Meru, semalam.
Ads
Kemalangan jam 9.10 pagi itu mengorbankan Muhammad Zaim selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah kereta dipandu wanita berusia 49 tahun.
Ibu Hanya Bertemu Sebulan Yang Lalu
Mastura berkata, kali terakhir dia bertemu anak ketiga dari enam beradik itu kira-kira sebulan lalu sebelum ke Setia Alam bagi menjaga menantunya yang baru bersalin.
“Arwah cakap perkara itu (siapa nak hantar makanan) pada saya dengan nada bersungguh-sungguh sebelum bertolak ke tempat kerja.
“Masa itu, saya tidak bercakap banyak pada arwah kerana takut ia menjadi doa. Apa yang sempat saya pesan padanya supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal dan menggunakan alat perlindungan ketika berurusan dengan orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Pasir Panjang, Sekinchan, hari ini.
Menurutnya, dia mendapat panggilan berhubung kejadian itu jam 9.30 pagi daripada rakan sekerja Muhammad Zaim.
“Waktu saya mendapat perkhabaran itu, saya sangka arwah hanya cedera. Namun, apabila rakan memberitahu arwah sudah tiada, lutut terasa lemah dan dunia terasa gelap seketika.
“Allah panggil dia pulang buat selamanya dalam bulan Ramadan. Sebagai ibu, saya reda dengan ketentuan Ilahi walaupun sukar terima hakikat ini,” katanya yang menetap di Desa Mawar, Tanjong Karang.
Ads
Kehilangan Yang Amat Dirasai
Sementara itu, bapa Muhammad Zaim, Azman Jaafar, 57, berkata, arwah yang baru saja menyambut hari kelahiran pada 24 April lalu disifatkan sebagai seorang yang penyayang terhadap keluarga selain menjaga barang peribadinya terutama motosikal.
“Arwah menjaga motosikal miliknya dengan cermat dan baik selain kerap menyelenggara berikutan dia sering berulang-alik menghantar makanan pelanggan.
“Kehilangan arwah amat dirasai kerana sifat peribadinya yang mendengar kata orang tua dan cepat menghulurkan bantuan sekiranya keluarga dalam kesusahan,” katanya.
Jenazah Muhammad Zaim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 9, Sekinchan, jam 6 petang semalam.
Ads
Dalam pada itu, tular di laman sosial Facebook (FB) gambar puluhan ‘rider’ penghantar makanan menziarahi rumah keluarga Muhammad Zaim dan menemani jenazahnya sehingga ke tanah perkuburan.
Menerusi status dimuat naik pengguna Facebook, dia menasihatkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantaran supaya tidak berkira dengan caj yang dikenakan dan menganggap ia sebagai sedekah kepada ‘rider’.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa Allahyarham dan mendoakan supaya rohnya ditempatkan bersama orang beriman.
Sumber: Harian Metro
MW: Diharap semua rider yang berkhidmat sepanjang musim PKP ini dilindungi Allah sentiasa. Lagi satu, janganlah berkira dengan cas perkhidmatan pernghantaran kerana itulah satu-satunya punca rezeki mereka untuk meneruskan hidup. Malahan dalam masa yang sama mereka bertarung nyawa untuk kebaikan bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Laungan azan yang mendayu-dayu memang mampu menusuk hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Termasuklah anak kecil yang masih tidak mengetahui apa-apa mengenai laungan kalimah suci ini.
Suka Dengar Azan
Seorang ibu yang juga penganut agama Kristian terkejut apabila melihat kelakuan anak lelakinya yang suka mendengar azan yang dibuka dalam telefon bimbit.
Malah, yang menghairankan ibu kanak-kanak itu ialah anaknya akan menangis setiap kali dia menutup laungan azan yang sedang didengarnya.
Anaknya hanya akan berhenti menangis apabila dia memasang semula azan berkenaan.
Menurut perkongsian di akaun Tik Tok milik ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan, @mamiyzio, dia dilihat bertanya kepada anak lelakinya kenapa dia suka mendengar azan.
Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan serta kata-kata yang baik.
Tidak Kisah Anak Dengar Azan Asalkan Berselera Untuk Makan
Sementara itu, video berasingan di akaun yang sama memaparkan rakaman video wanita itu menyuap makanan kepada anak lelakinya sambil membuka laungan azan.
Menerusi kapsyen yang ditulis, katanya dia tidak kisah membuka laungan azan, yang penting anaknya mempunyai selera untuk makan.
Bukan calang-calang semangat dan keberanian yang diperlukan apabila melibatkan diri dalam sukan ekstrem udara. Apatah lagi faktor usia bukanlah satu halangan untuk menyahut cabaran melakukan aktiviti ini.
Seorang nenek berusia 93 tahun dari Britain melengkapkan aksi berjalan di atas sayap pesawat yang sedang terbang buat kali kelima, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai cabaran, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Aksi tersebut memerlukan keberanian tinggi untuk memanjat sayap pesawat, diikat dengan abah-abah dan berdiri ketika pesawat melakukan penerbangan aerobatik di udara.
Mengumpul Dana Untuk Badan Amal
Namun, aktiviti itu bukan perkara yang baharu buat Betty Bromage kerana dia telah melakukannya sebanyak empat kali sebelum ini bagi mengumpul dana untuk badan amal, Sue Ryder.
Diilhamkan oleh sebuah iklan bar coklat di televisyen, warga emas berkenaan mengambil bahagian dalam sukan ekstrem itu pada usia 87 tahun walaupun mengalami radang sendi pada lehernya.
“Anda tidak akan tahu apa yang mampu dilakukan sehinggalah anda mencuba.
“Saya berusia lewat 80-an ketika kali pertama mencuba aktiviti seumpama ini. Sebelum itu, aktiviti paling berbahaya yang pernah saya lakukan adalah menunggang kuda,” katanya.
Setakat ini, Bromage telah menyelesaikan lima cabaran berjalan di atas sayap pesawat, melintasi garisan zip terpantas dunia di Snowdonia dan melakukan aktiviti turun cenuram setinggi 49 meter di Menara Eagle, Cheltenham.
Mingguan Wanita: Fuh memang luarbiasa semangat dan keberanian nenek ini. Ternyata faktor usia bukanlah penghalang.Tahniah, berani mencabar kemampuan diri dengan menyertai sukan ekstrem udara.
Dina Nadzir paksa diri turunkan berat badan. Sejujurnya mereka yang berbadan besar kebanyakannya akan merasa rendah diri. Begitu juga dengan selebriti, Dina Nadzir. Terbaru, penyanyi, penyampai radio popular ini meluahkan di Instagram Story tentang dirinya yang berasa serba kekurangan.
Akui Dina dia memaksa diri untuk menurunkan berat badan. Dari luaran Dina kelihatan begitu ceria namun tidak siapa tahu sebenarnya Dina sangat merendah diri sehingga dia mengambil keputusan untuk mengubah penampilan.
Dina Nadzir Paksa Diri Turunkan Berat Badan
Pemilik sebenar nama Faradina Mohd Nadzir ini nekad menukar gaya hidupanya. Sebelum ini, Dina menjelaskan berat badannya turun sebanyak 10 kilogram dalam tempoh sebulan selepas mengamalkan pemakanan sihat.
“Saya tiada diet khas, saya hilang berat badan sebab saya sedih. Sejujurnya, saya tidak gembira. Saya rasa tak cukup baik, tak cukup cantik, tak layak dicintai dan tidak cukup segalanya.
“Saya rasa saya hodoh, saya tiada nilai, saya capai macam-macam selama 20 tahun dalam industri tapi saya dilayan seolah-olah saya tiada nilai.
“Itu membuatkan saya mencuba pelbagai perkara dengan harapan dapat keluar daripada situasi itu untuk rasa lebih baik tentang diri saya,” kongsi Dina.
Bukan Sesuatu Yang Mudah
Bagi memperbaiki diri, Dina mencabar diri dan melakukan pelbagai aktiviti. Untuk menurunkan berat badan sangat mencabar. Dina mengakui perjalanan untuk mencari semula dirinya juga tidak mudah
“Saya mula mencabar diri saya secara emosi, mental dan fizikal berharap sesuatu akan membuat saya ‘pecah’ dan menyakiti saya, jadi saya boleh rasa sakit yang lebih teruk.
“Saya menemui perkara-perkara baru yang saya suka lakukan. Matahari, laut, peluh… perkara yang saya benci dahulu.
“Saya mula berhubung semula dengan kawan-kawan lama. Mencari diri saya semula, itulah perkara yang bantu saya turun berat badan,” jelasnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...