Golongan artis dan selebriti sering kali dikaitkan dengan kes dadah.Terkini, pelakon wanita jelita Uqasha Senrose turut terpalit dengan isu kontroversi penemuan dadah jenis pil Erimin 5 didalam beg tangannya selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya pagi semalam. Uqasha Senrose atau pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Zain,26 ditahan polis semalam selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.
Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi. Pelakon yang juga kakak dua pelakon wanita yang kerap membintangi drama didakwa memandu pacuan empat roda model Range Rover sebelum melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV di kawasan itu. Anggota polis Unit Peronda MPV Balai Polis TTDI kemudian segera ke lokasi kejadian sebelum menemui seorang lelaki tempatan yang menjadi mangsa langgar tersebut.
Anggota polis wanita membuat pemeriksaan pada tubuh dan beg tangan milik pelakon terbabit sebelum menemui enam keping bungkusan aluminium berisi 53 pil dadah Erimin 5 dianggarkan seberat lebih 14 gram dalam beg tangan miliknya dan dianggarkan bernilai lebih RM600 mengikut harga pasaran.
Terkini, memetik laporan Harian Metro, pelakon yang sedang menjalani penggambaran drama ‘Rahsia Hati Perempuan’ ini telah dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, ia selepas pihaknya selesai melakukan siasatan berhubung kejadian itu.
Menurut Mazlan, ujian saringan awal air air kencing yang dijalankan terhadap Uqasha mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.
“Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,”
Katanya, kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.Ia membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,”
Sementara itu, pelakon Uqasha Senrose juga telah menutup ruangan komen di akaun Instagram selepas dia ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes pemilikan dadah jenis Erimin 5 semalam.Disebabkan tindakan Uqasha itu, akaun Instagram adiknya Nelydia Senrose yang juga seorang pelakon telah diserang oleh netizen.
Ada kalangan netizen melemparkan komen negatif termasuk turut mengaitkan Nelydia dengan kontroversi terbaharu yang menimpa kakaknya.Antara drama yang pernah dibintangi oleh Uqasha adalah Hero Seorang Cinderella, Tundukkan Playboy Itu dan filem Paku Pontianak.
Mungkin setiap yang berlaku ada hikmahnya, untuk memberi pengajaran dan kesedaran atas kesilapanan yang pernah dilakukan. Jangan mudah menghukum, doakan yang baik-baik sahaja buat pelakon ini.