Setiap hari lambakan kes bayi dibuang merata-rata dengan cara yang cukup menyayat hati.Ada yang dibuang di tong sampah, dibunuh kejam dalam lubang tandas, ditinggalkan dalam semak digigit semut dan binatang liar.
Dilahirkan berpunca akibat terlanjur berzina, mangsa rogol dan sebagainya. Kebanyakan mangsa mungkin takut, malu, buntu atau tidak tahu tempat untuk dituju ‘membuang’ bayi dengan selamat. Menerusi tempat perlindungan ‘baby hatch’, bayi-bayi ini dapat diselamatkan sekaligus memberi kehidupan lebih baik buat mereka.
1. Boleh bawa bayi tersebut ke Pusat Kebajikan ORPHANCARE yang ada di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani.
Ads
2. Tak perlu jumpa sesiapa, luar garaj rumah ada ‘baby hatch’.
3. Masukkan bayi, PENTING isi nama dan warganegara bayi pada borang yang disediakan.
Ads
4. Identiti maklumat dirahsiakan dan bayi selamat.
5. Bayi akan dijaga dan diambil sebagai anak angkat bagi pasangan yang memerlukan.
Ads
Senarai ‘baby hatch’ di Malaysia
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perlu ingat, baby hatch ini bukanlah menggalakkan penzinaan. Sebaliknya ia membantu bayi yang tidak berdosa ‘dibuang’ dengan selamat berbanding dibuang merata-rata dengan cukup menyayat hati. Bayi tersebut dapat diselamatkan, diberikan kehidupan kerana ramai pasangan suami isteri yang tiada anak memerlukan mereka.
Sila kongsikan maklumat ini, semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang memerlukan, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa!
Hari ini, bermulalah hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi beberapa negeri terpilih dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini. Iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seperti mana dalam ucapannya dalam sidang media sebelum-sebelum ini, sekali lagi merayu kepada orang ramai untuk terus kekal berada di rumah, jangan ke mana-mana serta mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang dua minggu pelaksaan PKP ini.Bagi beliau ia amatlah penting bagi memastikan kes harian berkurangan, sekaligus dapat membendung penularan virus ini.
Memetik hantarannya di Twitter, dalam menghadapi gelombang ketiga pandemik ini orang ramai digesa untuk tidak menghadiri sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial, serta mengehadkan aktivit-aktiviti luaran yang tidak penting seperti yang digariskan dalam SOP.
Kes Harian Dijangka 8,000 Menjelang Mei
Katanya lagi, pematuhan SOP ini penting dikala trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.Diramalkan menjelang bulan Mei 2021, peningkatan kes harian boleh mencecah sehingga 8,000 kes.
Selain PKP, PKPB pula dilaksanakan ke atas 6 negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, dan PKPP di Perlis dan Sarawak.
MW: Setuju sangat dengan saranan oleh Ketua Pengarah Kesihatan ini. Sama-samalah kita tetap terus duduk di rumah dan hadkan pergerakan yang tidak perlu. Semoga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 minggu ini, dapat membantu mengekang gelombang ketiga pandemik COVID-19 ini di negara kita.
Bella dedah Aliff curang 11 kali. Allahu seksanya hati seorang wanita apabila suami yang disayangi mencurangi diri. Bukan sekali dua tetapi sebanyak 11 kali apatah lagi dengan adik kandung si isteri sendiri.
Itulah luahan perasaan daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tentang perangai suaminya, Aliff Aziz. Malah Bella bukan sekadar bercakap kosong semua yang diperkatakan punya bukti.
Bella Dedah Aliff Curang 11 Kali
Seksanya hati wanita yang bergelar ibu tu suaminya sudah 11 kali curang sepanjang perkahwinan mereka. Paling terluka dan perit untuk diterima apabila Aliff turut mencuranginya dengan adik kandungnya sendiri.
“Orang tahu Aliff curang empat dan lima kali. Terus-terang, buat pertama kali saya keluarkan pasal ini, Aliff sudah curang 11 kali. Berserta bukti, Aliff pun tahu.
“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya.
“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah beritahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
“Sakit Dada Nak Cerita”
Benarlah wanita ini bukan sekadar terus hidup dengan pelbagai kisah kecurangan dari suami. Malah sewaktu mengerjakan umrah, Aliff ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.
“Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada teks mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka.
“Allah, saya sakit dada nak cerita.
“Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung,” sambung Bella.
Sesal Putuskan Hubungan & Buang Adik Dari Keluarga
Ibu kepada dua anak ini juga menceritakan dirinya terlalu berat berkongsi mengenainya dan menyesal terpaksa memutuskan untuk adiknya dibuang keluarga.
Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini kebenaran yang akan terjadi pada tubuh badan seseorang yang dijangkiti Coronavirus Covid-19. Diterangkan dengan mudah faham oleh Pakar Perunding Patologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman.
Ada Yang Tanya Pasal Coronavirus Covid-19
Apa yang virus ini buat bila masuk badan kita?
Boleh tak tolong jelaskan dalam bahasa lidah bonda..
Mungkin kerana majoriti penerangan yang ada dalam bahasa omputeh.
Corona ni lingkaran la.. ia berbentuk bulat dan dilingkari oleh protein berbentuk paku. Paku bukan sebarang paku tau, paku yang telah mengalami pengubahsuaian (mutasi) membolehkan ia bertindak sebagai kunci untuk masuk ke dalam sel manusia!
Sebelum ini dia tahu kod kunci untuk masuk ke dalam sel haiwan sahaja.
Rupa virus dilukis oleh seorang medical illustrator, Eckert sebagaimana diberi gambaran oleh saintis. Warna bukan warna sebenar, hanya untuk memudahkan penerangan.
Virus Covid-19 Perlukan Perumah Untuk Hidup
Dia bukanlah benda hidup secara teknikalnya, sebab dia perlukan perumah untuk hidup sama ada sel manusia atau haiwan.
Bentuk pun ringkas je. Sekali kena sabun atau alkohol terus pecah berkecai dindingnya.
Tapi sekali dia masuk ke dalam sel-sel hidup yang melapisi saluran pernafasan kita.. hmm.. habislah!
Virus ini akan merampas kuasa (hijack) sel, dengan mengarahkan sel membahagi dengan cepat. Dia masukkan gen/baka dia ke dalam setiap sel-sel dan mengarahkan sel fotostat gen dia (replicate), ibaratnya macam memaksa sel itu menjadi kilang pemproses virus. Maka makin banyak lah virus dihasilkan.
Gambaran struktur virus covid apabila dibelah.. struktur ringkas sahaja, namun kandungan RNA genetik tu yang penting.. dia hijack sel perumah, masukkan kandungan genetik ini ke dalam sel perumah dan arahkan mereka menghasikan viral copies dengan banyaknya.
Eh, Ke Mana Perginya Sistem Imun Badan?
Sistem imun kita ada.. dia tahu ada virus dah hijack sel dan cuba melawan. Sebab itu kita ada simptom seperti demam, batuk dan selesema. Simptom ini menunjukkan badan kita sedang melawan virus.
Tapi itu pun mungkin terlambat, mungkin selepas seminggu atau 2 minggu virus bermaharajalela baru sistem imun tersedar.
Kerana apa? kerana ia makhluk baru. Makhluk corona yang demam selesema biasa tu protein dia lain. Protein yang terkandung dalam covid-19 ni badan kita belum pernah bermesra lagi.
Jadinya tempoh inkubasi virus dan simptom juga berbeza-beza bergantung kepada tuan rumah, sistem imun dan sejauh mana virus ni mampu fotostat dirinya membentuk sebuah batalion untuk menyerang paru-paru kita.
Apabila jumlah cukup banyak maka virus ini mampu takluk seluruh paru-paru menyebabkan radang paru-paru yang serius (pneumonia).
Bila paru-paru sudah makin gagal berfungsi, pesakit terpaksa diberi bantuan mesin pernafasan.
Ini sejenis bunga yang pernah berkembang mekar di laman rumah penulis 5 tahun yang lepas.. sekarang dah mati kerana cuaca panas. Bukan virus covid yer walaupun hampir sama.
Virus Covid-19 Tersangat Cepat Merebak Dari Manusia Ke Manusia
Maka sekiranya ditakdirkan kita dijangkiti (nauzubillah) mohon tiada komplikasi serius, mudahan sistem imun kita kuat melawannya.
Namun apa yang dibimbangkan bukan komplikasi ini atau kematian kerana peratusnya tidak tinggi, tapi yang lebih membimbangkan adalah kadar jangkitan,
di mana virus ini tersangat cepat merebak dari manusia ke manusia.
Mutasi atau pengubahsuaian bentuk virus ini memberi keupayaan luarbiasa untuk dia memasuki sel badan manusia dan dikhuatiri manusia yang dijangkiti boleh melebihi nilai kapasiti muatan.. maka tiada lagi hospital yang mampu menampung jumlah pesakit yang ramai.
MW :Faham kan? Sebab apa kita semua ini disarankan jaga jarak dan DUDUK RUMAH DIAM DIAM.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...