
Isi Kandungan
ToggleAkibat terlalu rindukan kota Mekah, pasangan ini sanggup menempuh 9000 kilometer dengan menunggang motosikal. Walaupun perjalanan ini bukanlah perjalanan yang mudah, namun mereka berdua nekad kerana mahu menunaikan umrah.
Semoga niat baik mereka dipermudahkan dan perjalanan mereka ke Kota Mekah berjalan lancar. Insyallah.
Akibat Terlalu Rindu Kota Mekah
Sepasang suami isteri dari Jember, Jakarta Timur nekad menaiki motor menuju ke kota Mekah kerana terlalu rindu untuk menunaikan ibadat umrah di tanah suci itu, lapor Suara.com, semalam.
Amir Faisol, 57, dan isterinya, Mintasih Suryawati memulakan perjalanan yang dijangka mengambil masa enam bulan itu pada 13 April lalu.
Menurut Amir, pada mulanya dia ingin melakukan kembara itu sendirian tetapi apabila ia diketahui Mintasih, isterinya merayu mahu ikut serta.
Baca Juga Di sini:
Rezeki Lisa Surihani Kali Pertama Tunai Umrah & Raikan Aidilfitri Di Tanah Suci
Maut Atas Litar, Hafiz Tidak Sempat Bawa Keluarga Tunai Umrah
Qariah Termuda (MTHQA) Nor Farhatul Fairuzah Nak Bawa Ibu Tunai Umrah
Keluarga Menyokong Niat Ke Mekah
“Kami tidak membawa barangan yang banyak cuma keperluan penting sahaja untuk perjalanan ini.
“Keluarga juga menyokong niat kami kerana ia dilakukan dengan tujuan baik walaupun kelihatan sukar dilaksanakan,” katanya,
Pasangan yang menaiki motorikal jenis Honda 150 dan Yamaha Vega itu ini turut merakam detik kembara mereka dan memuat naik klip video tersebut di akaun YouTube Amir Brandal.
Sanggup Menempuh 9000 Kilometer Dengan Motosikal
Dalam pada itu, Amir turut meminta orang ramai berdoa supaya perjalanan ke Mekah dipermudahkan dan impian mereka untuk menunaikan umrah turut tercapai.
Perjalanan dari Indonesia ke Arab Saudi dianggarkan sekitar 9,000 kilometer dan perlu melalui beberapa buah negara seperti Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan,Oman dan Emiriyah Arab Bersatu.
Pada 2018, seorang lelaki warga Indonesia mengambil masa setahun berjalan kaki dari Jawa Tengah ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji. – Agensi
MW: Semoga niat baik pasangan ini dipermudahkan Allah. Amin.
Sumber: Kosmo Online
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustaz Ini Ajar CARA BETUL Kiraan Pembahagian FARAID Duit Pusaka, Jangan Salah Kira!

Isi Kandungan
TogglePerkara yang selalu menjadi isu bila ada peninggalan harta pusaka daripada orang tua. Kiraan pembahagian faraid untuk anak lelaki dan anak perempuan pun ada bezanya.
Namun, janganlah adik beradik ‘memandai-mandai’ membuat kiraan tanpa bertanya kepada yang lebih arif. Memang kiraan pembahagian faraid berdasarkan kepada 2:1 tapi kena tahu cara kiraannya.
Inilah yang diajarkan oleh ustaz Ustaz Mohd Khusairi Saleh tentnag cara kiraan yang betul. Kena tanya dulu sebelum membuat pembahagian.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Hibah, PEMBERIAN Kasih Sayang Untuk Pasangan, Tak Perlu FARAID Sebab Itu HAK Mutlaknya
Bekas Isteri TIADA HAK Atas Duit KWSP Selepas Bercerai, Hanya Untuk Pewaris Saja
Info Lebih Menarik DI SINI
Kiraan Pembahagian Faraid Cara Betul
Persoalan:
Saya diminta untuk buat pembahagian untuk adik beradik saya 11 orang, 5 lelaki 6 perempuan.
Saya nak confirmkan dulu sebelum saya buat pembahagian. Jumlah duit RM14 ribu. Akan dibahagi 2/3 untuk adik beradik lelaki dan 1/3 untuk adik beradik perempuan. Kemudian pecahan itu bahagi lagi dengan jumlah adik beradik lelaki dan perempuan.
Mohon pencerahan.
Jawapannya:
1. Memang ada kefahaman begini dalam sebahagian kita. Sebab ambil kira nisbah 2:1 untuk anak-anak tanpa melihat kepada bilangan. Penilaiannya ialah kepada kumpulan bukan individu.
2. Berapa agaknya bahagian setiap waris kalau guna kaedah di atas?
RM14,000/3 = RM4,666.66
Jadi, kumpulan perempuan dapat RM4,666.66 manakala kumpulan lelaki dapat RM9,333.33
Kemudian RM4,666.66/6, maka dapatlah setiap RM777.77.
Yang lelaki pulak RM9,333.33/5, maka dapatlah RM1,866.66.
Cara ini adalah SALAH ye..

3. Yang BETUL.
RM14,000 itu dibahagi dengan 16 bahagian. Kerana nisbah 2:1 itu dilihat kepada individu. Lelaki ada 10 bahagian, perempuan 6 bahagian.
RM14,000/16 = RM875
Jadi, setiap perempuan RM875 dan setiap lelaki RM1750.
Mingguan Wanita : Kena faham betul-betul pengiraan. Ada bezanya kalau salah kira.
Sumber: USTAZ MOHD KHUSAIRI BIN SALEH, DIF
Daie Ilmu Faraidh
Lagi Menarik DI SINI: Bila Pasangan TIADA, Rumah Nama BERSAMA Belum Tentu Hak Milik, Waris Boleh Tuntut!
Suami Meninggal Tanpa Pewaris, Isteri Boleh Tuntut Harta Walaupun Semuanya Anak Perempuan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Didik Diri Sentiasa Rasa Cukup, Baru Tiada Hasad Dengki Pada Orang Lain

Isi Kandungan
ToggleDidik diri untuk sentiasa bersyukur, barulah hidup kita akan rasa tenang dan damai. Tiada rasa cemburu atau sikap ingin berlumba-lumba untuk lebih bahagia daripada orang lain.
Kita selalu menyangka kehidupan orang lain lebih baik daripada kehidupan kita, betul tak? Sebaik sahaja kita keluar rumah otak kita mula memikir tentang semua yang kita lihat. Nampak nyonya memandu kereta baru kita berkata dalam hati, ‘Tentu nyonya itu banyak duit. Tatkala aku sedang pokai dia boleh pandu kereta baru.’

Rasa Orang Lain Lebih Bahagia
Belum lagi melihat kehidupan orang yang memang betul-betul kaya. Lalu di hadapan rumah mereka pun, kita berasa amat kecil dan langsung tak bertuah. Kita sentiasa memikirkan orang yang tinggal dalam rumah besar seperti itu sedang bahagia. Kita juga yang masih tidak beruntung, terpaksa tinggal dalam rumah sewa.
Malah tatkala kita bersama-sama orang ramai yang sama taraf dengan kita pun, kita tetap merasakan mereka semua serba cukup, berbanding kita yang tidak pernah cukup-cukup. Maka, didik diri untuk sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada.
Jangan Didik Diri Rasa Orang Lagi Baik
Apakah masalahnya dengan diri kita? Masalahnya kerana kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Sedang sebenarnya orang lain itu pula percaya kehidupan kita jauh lebih baik daripada mereka. Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan iaitu berasa cukup (qanaah).
Mari semak tiga fasa kehidupan yang mungkin telah kita lalui atau bakal lalui atau sedang lalui. Kita perbetulkan mana-mana yang sempat untuk diperbetul.
Baca lagi artikel menarik di sini:
Suami SUSAH Terima Teguran Isteri Berbanding Orang Lain. Patutnya Bersyukurlah Tanda Dia Sayang
‘Syukur Alhamdulillah’ Ayat Yang WAJIB Kita Ucap Setiap Hari, Hati Pasti Tenang
Tunjuk Kasih Sayang Pada Keluarga, Inilah Perlu Ayah Didik Anak Lelaki Sebelum Remaja
FASA Pertama – Umur Remaja
Pada waktu itu kita ada masa yang cukup banyak campur tenaga yang bukan kepalang cemerlang, tetapi kita tidak punya harta. Lihatlah para remaja hari ini yang kerap menghabiskan masa tidak tentu hala, pada usia kita yang telah melaluinya kita melihat betapa ruginya mereka itu. Andainya kita dikembalikan pada usia mereka, pasti kita akan didik diri kita untuk gunakan sepenuh masa dan tenaga untuk berbuat perkara-perkara berfaedah.
Fasa 2 – Fasa Bekerja
Tetapi fasa itu sudah terlalu, dan sekarang kita dalam fasa bekerja. Kita memang ada pekerjaan yang hendak dilakukan. Hari-hari kita bangkit awal pagi untuk bekerja lalu mendapat pendapatan daripadanya. Kita memiliki harta dan tenaga tetapi kita sudah tidak mempunyai masa. Masa kita habis di tempat kerja, selebihnya menguruskan rumah tangga, menjaga anak-anak serta berkhidmat kepada pasangan.
Fasa ini adalah fasa ramai orang kandas dalam peribadahan. Ramai yang terlalu tertumpu pada pekerjaan hingga tidak sempat hendak solat, memperuntukkan masa untuk mendaftar haji, apa lagi pergi ke masjid untuk belajar agama. Masanya terpenuh semata-mata untuk kerja dan keluarga. Memang oleh kerja bukti kita bertenaga dan berharta, tetapi sudah tidak punya masa.
Fasa 3 – Fasa Usia Emas
Pada fasa ini, kita memiliki harta dan masa tetapi sudah tidak punya tenaga. Ramai orang pada usia persaraan hanya menghabiskan masanya di rumah menonton TV dan tidak berbuat apa-apa. Hartanya banyak, masanya juga banyak tetapi sudah ketiadaan tenaga.
Andai sewaktu muda pada fasa pertama dan kedua tidak pernah membiasakan diri dengan kerja-kerja keagamaan, boleh jadi pada usia ini pun demikian. Lainlah, secara tiba-tiba timbul kesedaran untuk berubah, menggunakan sedikit usia yang tinggal itu untuk berbakti kepada ALLAH.
Tahukah anda apa pula fasa keempat? Fasa keempat adalah seandainya kita sakit pada fasa ketiga. Dan biasanya begitulah. Pada usia persaraan memang macam-macam penyakit akan mula bangkit. Kerana apa? Kerana kita terlalu ‘melemakkan’ diri berehat sepanjang hari dengan menonton TV dan makan tidak berhenti.
Belum Terlewat Didik Diri
Pada fasa ini kita akan amat-amat menyesali semua yang telah dilalui. Kalaulah pada usia remaja kita penuhkan hidup dengan aktiviti berfaedah, tentu pada usia pekerjaan kita lebih terpantau, lalu pada fasa ketiga kita menikmati hasilnya – kesihatan (lantaran tidak pernah terlibat dengan pengambilan bahan-bahan berbahaya); qanaah (lantaran telah memahamkan diri terhadap berasa cukup, syukur lagi reda); bahagia (kerana kita cukup memotivasikan diri dengan pelbagai kaedah membahagiakan diri selari dengan cabaran semasa).

Pada fasa apa pun anda berada sekarang ini, sebenarnya belumlah terlalu terlewat untuk berbuat sesuatu. Yang diperlukan hanyalah kesedaran untuk berubah. Motivasi terbaik adalah bertindak walau satu tindakan berbanding unjuran hebat tetapi hanya berada dalam fikiran.
Mari jadi orang cemerlang untuk dunia kita, sementara kita masih diberi kesempatan untuk memperolehnya, tanpa sekali-kali melupakan untung nasib kita di akhirat pula nanti.
Oleh: HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jangan lupa follow kami di:
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wan Emir Kongsi Pengalaman Terperangkap Dalam ‘Taman Syurga’ Raudhah, “Manfaatkan Setiap Saat Dengan Beramal”

Isi Kandungan
ToggleWan Emir kongsi pengalaman terperangkap dalam ‘Taman Syurga’ Raudhah Madinah dari malam hingga ke Subuh.
Suami kepada pelakon cantik, Mira Filzah ini dirinya berasa bertuah kerana perancangan awal hanya untuk solat malam di Raudhah namun bertukar menjadi berjam-jam lamanya akibat ‘terperangkap’ di dalamnya.
Wan Emir Kongsi Pengalaman Terperangkap Dalam ‘Taman Syurga’
Sempena sambutan Maulidur Rasul 1443H, Wan Emir menyatakan dirinya berkongsi peristiwa ini agar dapat mendekatkan orang ramai dengan sunnah dan tauladan Rasulullah, pemilik sebaik-baik akhlak untuk dijadikan ikutan dan panduan sehingga akhir zaman.
Malah Wan Emir juga berdoa agar setiap daripada kita bakal menjadi tetamu Allah SWT di tanah-tanah suciNya.
“Terperangkap di Taman Syurga Raudhah (bersebelahan makam Rasulullah SAW)”
“Suka saya berkongsi semula kisah ini, di mana perancangan awal saya untuk solat malam di Raudhah biarpun sekejap, tukar menjadi berjam-jam lamanya akibat ‘terperangkap’ di dalamnya.
“Pada asalnya, saya sedang melaksanakan ibadah saya dan kelihatan ramai yang menunggu peluang mereka untuk mengambil tempat saya. Sedar dengan situasi itu, saya berniat untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mengambil tempat saya dalam saf dan beredar keluar daripada kawasan Raudhah.
Kebaikan Dibalas ‘Cash’
“Dengan kuasa Allah SWT, perjalanan saya untuk keluar dari situ dihalang dengan kuatnya oleh barisan-barisan saf di hadapan saya, membuatkan saya terperangkap dalam ‘Taman Syurga’ (“Apa yang ada di antara rumah dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga.” [HR Bukhari & Muslim]) sehingga Solat Subuh.
“Erti lain, menjadi kebaikan buat saya dengan serta merta, dibalas ‘cash’. Bersandarkan tiang Raudhah itu, saya cuba manfaatkan setiap saat dengan beramal sehingga masuk waktu Solat Subuh, dan teristimewanya adalah tiang itu antara yang berdekatan dengan Rasulullah kekasih Allah SWT.. Syukur Alhamdulillah.
“Ya, sebolehnya kita semua hendak berada di tempat seistimewa Raudhah dengan lebih lama, ataupun memiliki sesuatu yang cukup berharga kepada kita, tetapi jika kita berkongsi/memberi sesuatu kepada saudara kita seperti mana yang kita mahukan buat diri kita, maka itulah yang sebaik-baiknya. Sabda Rasululllah: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [HR Bukhari].
Syukur Atas PetunjukMu & Menjadikan Nabi Muhammad Sebagai Idola
“Syukur ya Allah atas petunjukmu dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola yang sebenar-benarnya buat kita semua.
“Moga perkongsian peristiwa ini dapat mendekatkan kita dengan sunnah dan tauladan Rasulullah, pemilik sebaik-baik akhlak untuk kita jadikan ikutan dan panduan hingga akhir zaman. Dan semoga setiap daripada kita bakal menjadi tetamu Allah SWT di tanah-tanah suci Nya, aamin YRA.
“Salam Maulidur Rasul 1443H. Allahumma salli `ala Muhammad, wa`ala ali Muhammad. #RasululllahCintaTeragung#ArahManaSyurga,” kongsi Wan Emir Astar.
Baca Disini Juga:
Ingin Emir Kahwin Secepat Mungkin, YB Mastura Kongsi PESANAN Arwah Suami

Mingguan Wanita : Alhamdulillah bagusnya perkongsian dari Wan Emir ini, semoga memberi tauladan kepada mereka yang membaca.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Wan Emir Astar
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI