Terlalu Percaya Kawan Baik Hingga Beri Pin Kad Bank Tapi Dikhianati, Ainan Tasneem Kongsi Duit Hilang RM20K

Share

Terlalu percaya kawan baik hingga beri pin kad bank tapi dikhianati, Ainan Tasneem kongsi duit hilang RM20K. Orang kata sahabat adalah orang yang sanggup bersama sewaktu susah dan senang. Adakala sahabat ini datang dari kalangan ahli keluarga sendiri ataupun yang mempunyai pertalian darah dan ada juga yang langsung tidak mempunyai ikatan kekeluargaan tetapi perhatiannya melebihi saudara sendiri.

Ramai yang mempunyai bestfriend kerana kita percayakannya dan boleh berkongsi apa saja. Tapi bagaimana kalau bestfriend yang kita anggap percaya sangat itu rupanya menikam dari belakang?

Penyanyi Ainan Tasneem menerusi Tik Toknya @ainantasneem92 malam tadi berkongsi kerana percayakan kawan, bermula dari badan tidak sihat dan perlu beli buku, telah memberikan kad banknya beserta pin number kepada kawan baiknya atas dasar percaya.

Tapi akhirnya duitnya dicuri sedikit demi sedikit tanpa sedar hingga jumlah mencecah RM20k. Ekoran kejadian itu jugalah dia sudah putus kawan dan mahu kisahnya dijadikan pengajaran buat orang lain. Seperti katanya, kalau percaya, jangan terlalu percaya, letaklah limit dalam berkawan itu kerana pedihnya bila dikhianati.

Jelas pelantun lagu Aku Suka Dia ini, kisahnya dan kawan baik ketika mereka sama-sama menuntut di universiti pada 2016 dahulu.

“Kami kawan baik bermula dari tahun kedua hingga tahun empat di universiti. Apa yang berlaku, saya beri dia pin number bank kerana minta dia keluarkan duit untuk beli buku. Ada salah saya dalam hal ini tapi permulaan beri kerana ketika itu saya demam panas dan perlu beri duit buku pada pensyarah.

“Saya suruh keluarkan dalam RM150 ke RM200 (kalau tak silap). Masa yang sama juga, nama saya tengah naik ketika itu. Show selalu ada. Biasa dalam sebulan boleh dapat dalam RM10,000. Tapi yang saya perasan, walau duit banyak masuk, saya tak boros tapi duit makin kurang. Sama je jumlahnya. Sampai saya fikir, nak sedapkan hati sendiri, sampai saya fikir duit tu tak berkat agaknya.

“Lepas fikir duit macam tak berkat, kad ATM I selalu hilang. Kemudian cari ada pula. Memang pelik. Tapi nie juga salah I tau. Mak I kata ia nie peleleh. Korang tau tak peleleh tu apa, peleleh ni kalau cari barang mesti tak jumpa. I percaya hal tu sebab mak dah cakap sikap tu dari I kecil lagi. Jadi bila kad I hilang, I percaya hal ini. Tapi bayangkan kad bank I selalu ada dalam kereta dia. Masa yang sama, dia mampu beli I phone, belikan kekasihnya telefon,” kongsi Ainan sambil memaklumkan jangan percaya pada kawan baik sampai bagi pin number walau korang baik cammana sekali pun.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :- Lelaki Disaman RM790,000, Buat Onar BERCINTA Dengan Isteri Kawan Baik Sendiri!

Kawan Baik Katanya, Tapi Di Belakang Asyik Dengki Dengan KELEBIHAN Kita

‘Walau Dah berubah, Jangan Tinggal Kawan-kawan Lama’ Asbab Kebaikan Lisa Surihani

Mula kantoi bila..

Jelas Ainan Tasneem, dia mula menyedari hal ini terjadi bila pergi bercuti ke Pulau Pinang dengan seorang rakan lain. Ketika nak bayar barang dibeli, dia perasan kad Maybanknya pula hilang (sebelum ini CIMB).

Kawan yang sama pergi tu tanya, ada kemungkinan hilang atau kawan yang curi. Jadi saya call pihak bank dan nak batalkan kad sebab bahayakan. Tapi saya tanya bank, ada tak pengeluaran baru-baru ini. Dan ya, bank cakap ada duit keluar.

“Nak jadi cerita, pengeluaran itu terjadi di bank tempat saya belajar. Hah, terus kantoi kan. Baik CIMB dan Maybank pun sama. Ada RM2000 dikeluarkan dari keduanya. Balik dari situ, saya kumpulkan kawan-kawan saya. Saya bagitahu hal ini dan cakap baik-baik.Saya cakap saya akan buat laporan polis. Kalau ada siapa ambil, datang jumpa saya secara peribadi. Saya tak akan marah.

Sanggup pegang Quran

Jelas Ainan lagi, dia memberikan peluang hingga jam 12 tengah malam untuk mereka mengakui kalau ada terambil.

“Sebelum tu, saya cakap begini. Kalau susah bagitahu, I akan tolong. Tapi jangan mencuri. Lepas tunggu tu, tak ada siapa pun yang datang. Esoknya saya bawa Quran dan suruh mereka pegang. Ini termasuklah S (juga junjung Quran). Ikutkan saya tak la marah tapi sebak. Sebak kerana dikhianati kawan sendiri. Lepas semua bersumpah, S saya tengok macam melebih-lebih. Siap suruh saya buat report polis, tengok di CCTV siapa yang ambil duit saya tu.

“Nak jadi cerita, dari CCTV yang pihak polis periksa nampak S keluarkan duit. Memula RM1500 dari CIMB I dan kemudian Maybank. Walau I tak bagi pin number tapi I pakai pin sama (ada tak sama macam perangai ini nie, soalnya). Kiranya dia macam cuba nasib dan dia dapat. Polis kata kes begini boleh kena 7 tahun penjara dan masa tu kita orang dalam tahun akhir. Ijazahnya boleh kena tahan tau. Bayangkan masa di balai tu dan S dipanggil untuk siasatan, masa kami berselisih di dalamnya, S masih boleh buat drama pukul 7.

“Siap pegang tangan saya dan tanya saya buat apa di sini? Bila S masuk di soal siasat, I curi-curi dengar. Mula-mula suara polis lembut je, bila tone suara dah naik. Dia akhirnya mengaku. Tapi hairanlah, suaranya masih steady, tak ada pun macam takut walau dah mengaku perbuatannya itu.

Di block kawan sendiri walau diberi peluang bayar balik. Sangat pedih dikhianati kawan sendiri katanya…

Ainan yang sudah mendirikan rumahtangga memaklumkan, moral di sebalik kebaikan dilakukan mesti ada limitnya.

Tambahnya, walau pihak polis kata ambil tindakan pendakwaan tapi saya tarik report polis tu sebab kasihan pada keluarganya.

“Ayahnya bangkrap. Keluarga sederhana dan kerana itu saya tarik balik laporan dibuat. S keluar rumah selepas kejadian itu, saya beri dia peluang bayar tapi dia bayar RM3000 saja. Sebab silap saya lembut hati saya. Saya kata padanya, jangan sampai kau tak makan nak bayar duit aku. Dan sampai sudah dia tak bayar akhirnya.

“Walau kejadian ini berlaku pada 2016, saya perlu like tweetnya sebab fikir dia kawan tapi nak tahu dia block saya. Nampak macam saya yang salah. Ramai salahkan I sebab I lepaskan dia begitu saja. Tapi bila saya fikir balik, ada hikmah di sebaliknya. Allah dah tetapkan perjalanan ini, ada sebab kenapa rezeki saya ditarik. Walau orang nampak saya lembut hati tapi aturan Allah itu lebih baik,” katana. Bahkan di akhir videonya, Ainan Tasneem tetap mendoakan kawanya itu beroleh kejayaan dunia dan akhirat.


“Kalau kau tertengok video ini S, aku masih di sini dan ada. Aku cuba cari kau tapi kau yang block aku. Aku masih sama, katanya mengakhiri videonya ini.

JOM SERTAI BENGKEL JAHITAN TOTE BEG & SHOPPING BEG KAMI. DARI BUANG-BUANG JEANS TAK PAKAI TU, JADIKAN IANYA BEG. CANTIK PUN CANTIK.

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

.

Published by
almaswa Haji Che Ros