‘Terlalu pendek, kurang menarik.’ Tak disukai ibu mentua, wanita ini ditinggalkan bakal suaminya di majlis perkahwinan mereka yang sedang berlangsung.
Dek kerana mulut ibunya juga, lelaki tersebut akur dan meninggalkan kekasih hatinya. Tidak dapat bayangkan perasaan wanita ini apabila perkahwinan yang diimpikan terhenti di tengah jalan.
Hari bahagia bertukar menjadi episod paling memalukan dalam hidup. Itu yang berlaku kepada seorang wanita Tunisia yang ditinggalkan bakal suami pada majlis perkahwinannya.
Ia selepas ibu kepada si lelaki mendakwa pengantin perempuan ‘hodoh dan pendek’.
Daily Star melaporkan ibu kepada si lelaki hanya melihat gambar bakal menantunya itu, menjelang hari bersejarah itu.
Kurang Menarik
Wanita terbabit dikatakan hanya melihat bakal menantunya itu buat kali pertama di majlis berkenaan.
Ibu kepada lelaki itu dilaporkan kecewa selepas mendakwa bakal menantunya terlalu pendek dan tidak menarik untuk mengahwini anaknya.
Ads
Dia kemudian mengarahkan anak lelakinya untuk menghentikan majlis itu serta-merta, kerana dia tidak boleh membenarkan anak lelakinya menikahi wanita dikenali sebagai Lamia Al-Labawi itu.
Lelaki terbabit bersama-sama dengan ibunya dilaporkan kemudian meninggalkan Lamia.
Ads
Sebelum ‘drama’ berkenaan, Lamia dilihat bergambar di sebelah pasangannya yang dilihat sedang mengelap mukanya dengan sapu tangan.
Susulan insiden berkenaan, Lamia kemudian memuat naik video di media sosial untuk menerangkan mengenai insiden berkenaan.
Wanita itu memberitahu orang ramai bahawa dia adalah anak yatim piatu dan menghabiskan banyak wang untuk mengadakan majlis berkenaan.
Wanita Ini DiTinggalkan
Bagaimanapun katanya, kebahagiaan itu ‘diragut’ daripadanya oleh bakal ibu mentuanya.
Bakal pengantin perempuan yang jiwanya hancur itu dikatakan dibiarkan menanggung malu dan sekarang dikatakan enggan tampil keluar bertemu orang ramai berikutan penolakan itu.
Bakal Suami
Sementara itu, beberapa portal melaporkan netizen menzahirkan sokongan netizen di media sosial selepas perkahwinannya dibatalkan kerana bakal ibu mentuanya tidak menyukai penampilannya.
Ads
Kisah itu tersebar di media sosial di mana Lamia mendapat sokongan daripada netizen.
“Dengan kasih sayang dan persaudaraan, saya memberitahu anda, angkat kepala anda dan hadapi dunia dengan sekuat tenaga anda,” kata pelakon teater Tunisia, Hedi Al-Mejri kepada Lamia.
Mingguan Wanita : Paras rupa bukanlah jaminan bahagia, sedih bila mana ada lagi stigma begini dalam kehidupan sekarang.
Dalam sekelip mata, nama wanita ini meniti di bibir masyarakat. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan popularitinya setanding dengan artis popular. Bagi yang mengikuti kisah rumah tangga Intan Liana Salehpastinya turut terkesan dengan nasib wanita ini.
Selepas dimadukan, akhirnya Intan Liana diceraikan oleh pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude pada 22 Mac lalu. Sejak itu, Intan Liana semakin mendapat perhatian pelbagai pihak.
Bukan mudah baginya berdepan dengan penceraian tambahan pula anak-anak masih kecil. Namun wanita cantik ini redha dengan dugaan tersebut. Dia mengakui memerlukan masa untuk bangkit kembali dan memulakan kehidupan baru bersama anak-anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri,1.
Di sebalik ujian berat ini, Allah kurniakan ‘kemanisan’ buat Intan dan anak-anak. Siapa sangka ketika sedang bersedih Allah ‘datangkan’ insan-insan yang berhati mulia untuk membantu Intan dan keluarga.
“Alhamdulillah, saya terharu dengan sokongan pelbagai pihak. Saya juga sangat gembira diberi peluang oleh Datuk Seri Aliff Syukri untuk menjadi model koleksi tudung Aliff By Sha. Ini rezeki saya dan anak-anak, saya perlu kuat demi masa depan kami,” ujar Intan.
Anak-anak jadi pemangkin semangat kepada Intan.
Anak Sulung Intan Jadi Sensitif
Ditanya mengenai emosi anak-anaknya selepas penceraian, Intan tenang mengatur bicara. Katanya, anak sulung, Arish sering memberontak dan menjadi sensitif.
“Maklumlah Arish rapat dengan bekas suami, jadi perpisahan ini pastinya memberi kesan kepadanya. Dia selalu buat ‘perangai’ kerana mahukan perhatian yang lebih daripada saya. Memang sedih melihat keadaannya begitu.
“Saya berdoa agar anak-anak tabah berdepan dengan ujian ini. Kini mereka dalam fasa menyesuaikan diri. Mereka tidak faham apa yang berlaku antara saya dan bekas suami. Insya-Allah, masa akan mengubat segalanya. Semoga Allah permudahkan kehidupan saya dan anak-anak.”
Wanita ini mendapat sokongan padu daripada keluarga dan masyarakat.
Perlu ‘Kuat’ Demi Masa Depan
Dalam temubual itu, Intan tidak nafikan kekok dengan populariti yang diraihnya. Dia masih cuba menyesuaikan diri, mujur kakaknya yang juga merupakan penyanyi, Roxa banyak membantu menguruskan dirinya.
“Saya juga kini menjadi model koleksi Aidilfitri pengeluar pakaian jenama tempatan, Ashh & Annas. Saya rebut peluang yang datang, kesibukan bekerja sedikit sebanyak membantu saya melupakan kisah silam. Kini saya lebih positif dan matang merencana masa depan. Terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan dan menyokong saya serta anak-anak,” kata Intan Liana yang turut mengeluarkan produk kosmetik dan syampu.
Mohon Pinjaman Tekun Nasional
Dalam temubual itu, Intan turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tekun Nasional yang memberi peluang kepadanya membuat pinjaman perniagaan.
“Permohonan pinjaman saya masih dalam proses. Saya berdoa agar permohonan ini diluluskan , saya mahu gunakan ia sebagai modal perniagaan, saya perlu berusaha gigih untuk menyara kehidupan saya dan anak-anak,” kata Inatan Liana Saleh mengakhiri bicara.
Foto : Nurul Niza Ahmad Suhaimi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hanya kerana kali kedua melahirkan anak perempuan seorang wanita mengalami kecederaan teruk apabila disimbah asid ke wajahnya ketika tidur oleh suami yang terdesak mahukan zuriat lelaki.
Jantina anak tak kiralah lelaki atau perempuan, bukannya boleh ditentukan sendiri. Semuanya atas kurniaan tuhan.Bersyukurlah memiliki anak, dikala masih ramai lagi pasangan suami isteri yang menantikan kelahiran cahaya mata sebagai penyeri didalam rumahtangga.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di New Delhi, India ini Farah Biwi, 25, mengalami lecuran teruk pada wajah, tangan dan perut akibat serangan suaminya Siraj Biwi, 32, yang melarikan diri selepas kejadian 7 Mac lalu itu yang secara ironinya, juga merupakan Hari Wanita Sedunia.
Insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati Siraj apabila Farah gagal melahirkan anak lelaki untuknya. Farah yang mengalami luka terbakar pada muka, tangan serta perut berkata dia sering didera suami sejak melahirkan anak pertama yang juga perempuan.Pasangan ini telah berkahwin selama lapan tahun.
Keluarga Mertua Tuntut Bayaran ‘Dowry’
Farah yang masih menerima rawatan berkata, suaminya menyerangnya kerana dia gagal melahirkan anak perempuan selain masih belum membayar sepenuhnya wang hantaran perkahwinannya.Keluarga mertua wanita malang itu turut juga menuntut bayaran ‘dowry’ dengan memaksa Farah meminta wang daripada ibu bapanya.
“Suami dan mentua bencikan saya seolah-olah sengaja cuma mahu melahirkan anak perempuan. Sejak setahun lalu keadaan lebih teruk dan saya sering didera.
“Suami juga kerap memaksa saya meminta wang daripada keluarga dan memukul saya jika enggan. Selepas melahirkan anak perempuan, saya didera jauh lebih teruk. Saya cuba bertahan dan bersabar selama ini kerana kerana memikirkan nasib anak-anak. Jika berpisah dengan suami, siapa akan menjaga kami bertiga?
“Namun sekarang tidak lagi. Saya tidak pernah menyangka dia sanggup menyimbah asid pada wajah saya. Saya tidak akan memaafkannya sampai bila-bila,” kata Farah.
Lelaki itu kini diburu polis kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan mencurah asid, lapor media tempatan.
Syukur alhamdulillah, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam sudah selamat melahirlan bayi lelaki pada jam 8.20 pagi semalam.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh pengurusnya menerusi akaun Instagram (IG) bernama Carlos Hills.
Menurutnya, Rebecca telah selamat melahirkan bayi yang merupakan anak kelima di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Becca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2, selain seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 10.
Carlos turut memuat naik foto Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman bersama bayinya di dalam bilik bersalin.
“Syukur alhamdulilah sekalung tahniah to my boss and family Datin @rebeccanuralislamahmad dan Datuk @azambecca it’s baby boy #1872018 selamat melahirhan jam 8.20am @gleneagleskl,”
Sementara itu, menerusi kemaskini di akaun IG peribadi Rebeccca, pelakon itu terdahulu memberitahu dia bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kelimanya itu. Rebecca juga sempat meminta maaf serta memohon agar mendoakan proses kelahirannya itu berjalan lancar dan dipermudahkan.
Assalammualaikum Salam Wednesday #18072018 #180718 today? And Very Good Morning To All My Lovely Family,Friends And Followers ❤️InsyaAllah Today around 8am Saya Akan Menjalani Proses Kelahiran Anak dgn Pembedahan *semuaanakceaser btw,Terima Kasih semua di Atas Segala DOA dan Ucapan,Saya Baca dan Saya Hargai?❤️Minta Maaf Jika sepanjang berkenalan Saya Ada Kesalahan yang diLakukan Sengaja Atau Tidak Sengaja Kepada Suami, Anak-anak ,Family, Teman-teman dan Ke semua yangg Mengenali Saya. Yang Baik ITU Datang DariNya. Yang sebaliknya Dari Kelemahan Diri Saya Ini, Maaf Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki. Love you All
Di ruangan komen gambar miliknya, rata-rata peminat Rebecca teruja dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi kelimanya itu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...