Terlalu lama berkurung dalam rumh serta berubah rutin harian dalam satu jangka waktu yang panjang bukan hanya memberi impak kepada mak,ayah. Anak-anak tak terkecuali merasai tekanan apabila berlama-lama tanpa bebas bermain di luar.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memiliki kesan baik dan buruknya, sesetengah anak-anak lebih gembira dan bahagia apabila mak, ayah dapat meluangkan masa bersama.
Namun tidak kurang juga anak-anak yang tidak mampu menerima keadaan ini seterusnya mereka berubah sikap kerana mereka tidak mampu luahkan apa yang dirasai mereka lebih-lebih lagi di kalangan anak istimewa.
Ikuti perkongsian Public Health Malaysia ini:
Apa khabar anak-anak anda di rumah?
Anak-anak biasanya tidak tahu untuk mengungkapkan rasa stres dan bimbang, oleh itu mereka akan menzahirkan emosi tersebut dalam bentuk perubahan tingkah laku.
✔️ Beritahu dengan jujur mengenai situasi Covid-19
✔️ Jangan takutkan atau mengertak mereka secara keterlaluan
✔️ Beritahu kepada mereka yang mereka SELAMAT di rumah
✔️ Cuba minta mereka kongsi perasaan mereka. Berbual dan bercakap setiap hari
✔️ Elakkan mendedahkan terlalu banyak berita mengenai Covid kepada mereka. Mereka mungkin melakukan interpretasi yang tidak tepat
✔️ Rancang aktiviti setiap hari
✔️ Tunjukkan contoh yang baik
Semoga anda dan keluarga sihat dan berada dalam keadaan baik.
Sumber: Public Heatlh Malaysia
MW: Sudahlah tidak dapat keluar rumah, anak-anak pula agak terbeban dengan “homework”. Oleh itu, mak ayah perlu merancang betul-betul aktiviti anak-anak di rumah agar anak dapat menguruskan emosi dengan baik.