“Terlalu Indah” itulah luahan Datuk Nurul Hidayah atau lebih dikenali dengan Nurul Zahid berkongsi pengalamannya mengerjakan ibadah Haji. Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok mengingatkan mereka yang pernah menunaikan haji kenangan sewaktu mengerjakan ibadah ini.
Apatah lagi dengan keadaan Pandemik Covid-19 hari ini, keadaan tidak sama dengan dulu dan tiada siapa menyangka tiada siapa pernah menduga, sudah dua tahun diwarnai dengan banyak kisah duka lara bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malahan penduduk dunia secara keseluruhan. Malah kerajaan Arab Saudi juga telah membuat keputusan tidak membenarkan jemaah dari luar negara ke tanah suci tahun ini.
Seperti mana di kongsi menerusi entri di akaun Instagramnya, Nurul Zahid akui sewaktu mengerjakan kali kedua bersuami, madu dan ibu mentuanya sangat bermakna dalam dirinya.
“ I am well equipped with sport shoes, bag pack, water bottle, rubber prayer mat, spray bottel (for wudhu).
“Saya menunaikan haji kali pertama ketika saya berumur 18 tahun. Dan jujur saya katakan, pendedahan dan pengertian haji buat saya pada ketika itu sangat jahil.
“Peluang menunaikan haji kali kedua bersama suami, madu dan ibu mentua diusia 40 tahun adalah usia yang paling sesuai dan persediaan untuk bergelar seorang Hajjah adalah satu peluang yang tidak saya sia-siakan,” tulis Nurul Zahid.
Malah Nurul Zahid juga menyatakan ketika itu tahap kesihatannya sangat baik. Malah dia juga turut berpeluang mendaki bukit bersebelahan dengan khemah wukuf dan berkongsi pengalaman yang cukup indah.
“Alhamdulillah, kesihatan saya dalam tahap yang terbaik ketika wukuf. Saya mengambil peluang mendaki bukit bersebelahan dengan khemah wukuf untuk merasai pengalaman yang belum pernah saya lalui.
“Selepas solat Asar, saya bersama suami dan beberapa rakan kami mendaki sebuah bukit dan mula mencari ‘port’ kami untuk melakukan solat-solat sunat, berzikir dan berdoa sementara menunggu Maghrib yang menandakan tamatnya waktu wukuf.
“Suasana diatas bukit tidak dapat saya gambarkan. Jutaan manusia memenuhi bukit berhampiran Jabal Rahmah, masing-masing dengan dosa yang mengharapkan pengampunan.
“Saya minta izin kepada suami untuk saya bersendiri tidak jauh dari ‘port’ dia.
“Saya dapat merasakan setiap lelah dan sedih dan pengharapan saya disapa dengan angin yang ‘memeluk’ saya sepanjang waktu saya bercerita kepadaNya akan kisah dosa yang diharapkan digugurkan dari diri saya.
“Terlalu indah. Sangat indah. Ketenangan yang saya tidak pernah saya rasakan sepanjang hidup saya. Jika diberi peluang, saya ingin dijemputNya lagi.
“Ujian sepanjang mengerjakan haji juga hebat. Biarlah ia tersimpan kemas dan apa yang boleh saya kongsikan, Haji 2018 menjadikan saya sesorang yang belajar makna sabar dan bersyukur.
“Terima kasih Allah untuk detik dan pengalaman yang dipinjamkan. Walaupun wukuf hanya beberapa jam dipinjamkan waktunya, Alhamdulillah ia cukup utk saya kenang sehingga habis hayat saya.
“Labaikallah hummalabaik,” kongsi Nurul Zahid.
Mingguan Wanita : Salam Aidiladha buat pembaca Mingguan Wanita.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Nurul Zahid
Baca Disini Juga:
Manisnya Pengalaman Haji, Berbahagialah Yang Membuat Korban
“Saya Akan Merindui Kak Zana,” Nurul Zahid Mohon Sedekahkan Al-Fatihah Buat Arwah Madu
Raya Haji Mak Ayah Lebih Bererti Bila Ada Semua Ini
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com