Terlalu berdikari punca ramai wanita selesa hidup membujang. Fenomena wanita yang memilih untuk hidup membujang semakin ketara di era moden ini. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, antaranya ialah sifat berdikari yang semakin menonjol dalam diri wanita masa kini.
Kebolehan untuk berdikari dan keupayaan untuk memenuhi keperluan hidup sendiri telah membuka ruang bagi wanita untuk menikmati kehidupan yang lebih bebas, tanpa kebergantungan kepada pasangan.
Wanita yang memilih untuk berdikari memang luar biasa tetapi pilihan itu sebenarnya kadang membunuh jika berlebihan. Malah ada sesetengah wanita terlalu obses berdikari sehingga tak percaya dengan kemampuan lelaki dan akhirnya gagal dalam hubungan dan tidak bertemu cinta sejati.
Ada yang bertahun-tahun bercinta akhirnya runtuh ditengah jalan. Apa yang diimpikan juga tidak kesampaian. Bukan kerana tidak mahu, tetapi gaya hidup berdikari buatkan mereka tidak perlukan lelaki.
Boleh dikatakan ramai wanita yang cantik dan bijak masih lagi single di luar sana. Apa sebabnya?
1. Tak takut hidup sendiri
Wanita bijak tidak mahu buang masa mencari lelaki yang tidak setia.Mereka tak takut hidup sendiri dan tahu kebahagian yang diinginkan.
2. Tahu keinginan
Setiap wanita punya senarai keinginan dan itu menjadi pedoman hidup. Wanita akan mencari lelaki sesuai dengan kriteria yang ada dalam senarai impian.
3. Dah tahu cari duit sendiri
Kalau dulu, wanita sangat bergantung pada lelaki. Namun kini tidak lagi. Wanita sudah semakin bijak dan berani keluar dari zon selesa malah keratif dalam mencari rezeki.
Sebenarnya…
Kebolehan wanita berkerjaya menguruskan diri mereka sendiri, memang wajib dipuji. Bukan hanya bijak mengendalikan kewangan dan urusan sendiri, lebih hebat lagi golongan wanita hari ini berkebolehan malah berani mengendalikan selok-belok urusan rumah yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki.
Membayar bil rumah, membetulkan paip, menukar lampu malah masalah singki tersumbat juga menjadi percubaan berani sesetengah wanita hari ini.
Lebih hebat lagi ada golongan wanita muda hari ini yang pandai menukar bateri kereta sendiri tanpa perlu bantuan lelaki. Terlalu berdikari! Itulah yang boleh digambarkan perihal wanita kini.
Kebiasaan ini membuatkan wanita yang melangkah ke alam perkahwinan menjadi begitu menjengkelkan apabila diuruskan suami. Mereka kekok kerana hanya terpaksa memandang dari jauh dan membantu secara minima. Namun inilah hakikatnya. Wanita perlu memberi peluang kepada sang suami untuk menunjukkan kemahiran yang mereka ada.
1. Beri Kepercayaan Pada Lelaki
Ahli psikologi terkemuka, Jay Carter menulis dalam sebuah artikelnya, wanita tidak boleh terlalu mengikut keinginan mereka dan memastikan semua perkara dalam keadaan baik dan sempurna seperti yang diinginkan mereka. Keadaan ini hanya akan merimaskan lelaki. Jadi berilah lelaki peluang kerana mereka juga serba tahu malah lebih bijak mengendalikan dalam pelbagai perkara. Lelaki nyata lebih relaks dan sedikit perlahan dalam melakukan kerja-kerja yang disuruh kerana mereka gemar melakukannya dalam waktu yang tenang dan santai.
2. Ajar Si Dia Peka
Memberi peluang kepada suami untuk melakukan pelbagai urusan rumah tangga juga membuka mata mereka supaya lebih peka dengan urusan di rumah. Jika semua benda dilakukan secara sendiri, sedikit sebanyak anda sebenarnya sedang mengajar pasangan menjadi kurang peka. Akhirnya mereka langsung tidak ambil tahu akan perihal urusan rumah tangga.
3. Lebih Bahagia Bersama
Bukankah semua perkara yang dilakukan bersama ternyata lebih indah dan bahagia. Apa sahaja aktiviti harian atau kerja yang boleh dilakukan bersama, sebaiknya masukkanlah sekali suami anda dalam aktivitinya. Urusan yang dilakukan bersama membuatkan keserasian lebih jelas ketara. Rasa disayangi, dihargai dan sokongan yang kuat ketika sama-sama membuat keputusan memilih membuatkan hubungan tambah akrab. Membeli barangan basah di pasar misalnya, memilih ikan atau sayur segar menjadikan anda mencapai matlamat yang sama ketika membeli. Bukankah ini mengukuhkan lagi hubungan rumah tangga? Malah komunikasi anda bersama juga makin mantap.
4. Bukan ‘Superwoman’
Sebijak mana pun wanita, anda bukanlah sekuat dan hebat dalam mengendalikan semua perkara. Jika kereta anda mengalami kerosakan di tengah jalan, panggilan pertama yang anda lakukan adalah tentunya sang suami. Walau dia tidak dapat membantu kerana sedang bekerja, biarkan dia tahu bahawa andalah orang pertama yang diharapkan dalam apa jua masalah. Jangan sesekali cuba perbaikinya sendiri. Jangan tukar bateri kereta sendiri sekalipun anda mampu melakukannya!
TAHUKAH ANDA
Kajian oleh Universal Networks International bersama rakan penyelidik Synovate terhadap wanita Malaysia mendapati, wanita yang pandai berdikari tergolong dalam 10 ciri wanita menarik, bijak serta penuh pesona. Namun usah berlebih-lebihan!
Terlalu berdikari tidak semestinya satu kelemahan, malah ia adalah satu kelebihan yang membolehkan wanita membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Wanita hari ini semakin sedar akan kemampuan dan kebolehan diri, dan tidak teragak-agak untuk memilih jalan hidup yang membawa kebahagiaan dan kepuasan diri, walaupun ini bermakna hidup membujang.
Dalam dunia yang semakin moden, pilihan untuk hidup membujang adalah satu bentuk kebebasan yang wajar dihormati. Setiap wanita berhak menentukan hala tuju hidup mereka sendiri tanpa perlu terikat kepada norma atau jangkaan tradisional.
Baca artikel lain juga: Isteri Bila Terlampau Berdikari, Lama-lama Rasa Tak Perlu Suami Dalam Rumah Tangga
Wanita Bujang Bila Terjebak Bercinta Dengan Suami Orang, Susah Nak Patah Balik
“Isteri Yang Baik Tidak Minta Duit Suami.’ Tak Salah Berdikari, Tapi Nafkah Tanggungjawab Suami
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.