Wanita kerap mengalami masalah kawalan kencing atau Stress Urinary Incontinence (SUI). Kajian menunjukkan sebanyak 44.1 peratus wanita yang telah berumah tangga di Malaysia mengalami masalah kawalan kencing.
Jelas Pengamal Perubatan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Nurhalina Azly binti Minhat, masalah terkucil ialah apabila terkeluarnya air kencing dengan tidak sengaja. Masalah ini kerap berlaku di kalangan wanita.
Masalah terkucil akan menyebabkan seseorang itu kurang selesa dan menyukarkan keadaan untuk beriadah, solat atau mengerjakan ibadah umrah atau haji.
Masalah Kawalan Kencing Atau SUI Berlaku Apabila Wanita Itu Melakukan Perkara Berikut;
Simptom ini tidak semestinya akan berlaku setiap kali. Aktiviti yang menambah tekanan pada pundi kencing akan menyebabkan seseorang itu terkucil, lebih-lebih lagi jika pundi kencing penuh dengan air kencing.
SUI juga sering dikaitkan dengan kurang keyakinan diri. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah SUI ini akan merasa malu, mengasingkan diri dan mengurangkan aktiviti sosial.
Namun demikian, masalah terkucil (SUI) ini ada rawatannya.
Ads
Rawatan Masalah Kawalan Kencing (SUI)
Masalah terkucil (SUI) boleh dirawat. Sekiranya masih di peringkat awal, rawatan berikut boleh dilakukan untuk memulihkan masalah terkucil:
1) Senaman Kegel Atau Kemut.
Senaman ini ialah seperti menahan perjalanan air kencing sewaktu tengah kencing. Kemut selama 5 saat dan rehatkan otot 5 saat. Ulangi 10 kali, dan lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
2)Rawatan Hormon.
Biasanya ujian darah akan dilakukan terlebih dahulu. Sekiranya paras hormon estrogen atau testosterone rendah, ia boleh diganti dengan hormon bioidentikal dalam bentuk krim sapuan atau dalam bentuk pil.
3)Rawatan Radiofrekuensi.
Rawatan ini dilakukan sewaktu tiada haid. Ujian Pap Smear diadakan terlebih dahulu untuk memastikan kesihatan pangkal rahim. Alat radiofrekuensi dimasukkan ke dalam faraj untuk memanaskan bahagian dalam faraj ke suhu 41 darjah Celsius.
Ads
Rawatan ini tidak menyakitkan tetapi cuma berasa suam di dalam faraj. Rawatan mengambil masa 20-30minit sehingga semua bahagian di dalam faraj sampai ke tahap 41 darjah Celsius.
Rawatan radiofrekuensi ini akan menyebabkan lebih banyak pembentukan kolagen yang mampu menguatkan otot lantai pelvis dan sphincter urethra. Rawatan ini juga dapat mengetatkan faraj bagi wanita yang mengalami masalah kelonggaran faraj selepas bersalin atau menopos.
Setelah selesai rawatan radiofrekuensi, aktiviti harian boleh dilakukan seperti biasa, termasuk hubungan intim. Rawatan perlu diulangi sebulan sekali sebanyak 3 kali dan diulangi jika perlu.
Ads
4)Rawatan Laser.
Seperti rawatan radiofrekuensi, laser dimasukkan ke dalam faraj dan dinding faraj dilaser. Proses ini menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak kolagen. Pesakit yang menjalani rawatan laser faraj memerlukan jangkamasa sekitar 1 minggu untuk sembuh. Dalam lingkungan waktu ini, pesakit tidak dibenarkan melakukan hubungan intim kerana ditakuti luka laser akan dijangkiti kuman. Rawatan laser vagina perlu diulangi jika perlu.
5)Pembedahan.
Jika kesemua rawatan di atas tidak berhasil atau tahap kelemahan otot lantai pelvis dan sphincter urethra sudah di tahap yang serius pembedahan mungkin diperlukan.
Komplikasi Masalah Terkucil (SUI) Jika Tidak Dirawat Akan Menyebabkan:
1)Masalah depresi disebabkan wanita ini akan sering mengelak untuk keluar beriadah atau bersosial. Mereka juga akan merasa kurang keyakinan diri kerana perlu memakai tuala wanita atau lampin dewasa.
2)Masalah “urge incontinence” atau “overactive bladder” iaitu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat menahan kencing sebaik sahaja terasa hendak kencing
3)Masalah radang kulit di kawasan di mana air kencing terkena pada kulit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kajian menunjukkan kemungkinan ketidaksuburan lelaki dengan berat badan berlebihan akan meningkat 10 peratus untuk setiap 9kg (20 paun). Selain menurunkan berat badan, kualiti sperma boleh diperbaiki dengan mencuba makanan ini seterusnya memudahkan pasangan obesiti ini mendapatkan zuriat.
Makanan Kaya Vitamin
Zink : Tiram
Selenium & B6 : Bawang putih
Vitamin C, A, B1 : Pisang
L-arginine : Coklat gelap (dark chocolate)
Folic Acid : Bayam
Vitamin E : Telur
Antioksidan : Buah delima
Makanan tambahan/suplemen yang mengandungi micronutrient terutama PROFERTIL (mengandungi Zink, Folic Acid, L-arginine, L-Carnitine, Glutathione, enzim Co Q10, Vitamin E, Selenium)
Ini Dari Laporan WHO
Pasangan yang obesiti akan mengurangkan kualiti air mani dan ia juga boleh menyebabkan penurunan kadar spermatogenesis.
Beza Kesuburan Lelaki Obes Dengan Normal 1. Tahap testosteron jadi lebih rendah 2. Kualiti sperma lebih rendah. 3. Tahap kesuburan berkurangan
Fahamkan Ini, Tengok BMI Anda Di Tahap Mana
WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia
Klasifikasi BMI (kg/m2) Risiko Kesihatan
Kurang berat badan <18.5 Rendah
Julat normal 18.5 – 22.9 Risiko meningkat tetapi boleh diterima
Berlebihan berat badan > 23
Pra-Obes 23.0 – 27.4 Risiko meningkat dengan ketara
Obes 1 27.5 – 34.9 Risiko tinggi
Obes II 35.0 – 39.9 Risiko sangat tinggi
Obes III > 40.0 Risiko terlalu tinggi
Kaitan Lemak, Hormon & Kesuburan Lelaki
Lemak berlebihan menyebabkan hormon lelaki iaitu testosteron untuk ditukarkan kepada estrogen dan estrogen menyebabkan saiz testis kecil dan penurunan kadar hormon testosteron.
Penyelidik dari Reproductive Biology Associates melaporkan bahawa BMI yang tinggi dalam lelaki bersangkut paut dengan tahap testosteron yang berkurangan. Kajian menunjukkan: Lelaki berlebihan berat badan mempunyai paras testosteron 24 peratus lebih rendah berbanding lelaki biasa dan lelaki gemuk mempunyai tahap 26 peratus lebih rendah.
Keadaan ini memberi kesan kepada masalah ereksi dan kurang aktif dalam melakukan hubungan intim.
Setiap pasangan perlu bijak memainkan peranan jika merasakan diri mereka lemah dalam mengawal klimaks diri. Mungkin membiarkan isteri merasa klimaks dahulu sebelum diri mencapainya
Sumber: Doktor Maiza Tusimin, Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi, FSK,UPM dan merangkap Pakar Perunding (Jemputan) Perubatan Reproduktif & Infertiliti, Hospital Pakar An-Nur
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ya Allah, bukan galakkan buang bayi tapi nak selamatkan nyawa insan tak berdosa ini. Jiwa saya sentiasa diruntun setiap kali membaca berita mahupun mendengar cerita mengenai penemuan bayi. Ada yang ditemui masih hidup dan banyak juga bayi-bayi yang meninggal dunia.
Sedihnya melihat mayat-mayat bayi yang dibuang di longkang di hutan dan merata tempat yang tidak sepatutnya. Mudah air mata ini mengalir melihat insan-insan yang tidak berdosa ini. Apa tidaknya, ada bayi yang ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati…dihurung semut dan ada yang dimakan binatang. Ya Allah…bagaimana menderitanya insan-insan kecil ini sebelum menemui ajal. Apa salah mereka sehingga diperlaku sedemikian rupa?
Jangan HUKUM, Bagi PELUANG BERUBAH
Adakah insan yang mengandungkan bayi-bayi ini tidak mempunyai hati? Tidakkah mereka mempunyai ihsan, empati, simpati dan kasih sayang sehingga sanggup berlaku zalim terhadap darah daging sendiri.
Berzina sudah tentulah berdosa tapi Allah masih memberi kemaafan jika kita benar-benar bertaubat. Untuk ibu bapa atau keluarga di luar sana, jika ada ahli keluarga atau kenalan rapat yang mengandungkan anak luar nikah. Berilah bimbingan dan bantu mereka kembali ke pangkal jalan. Jangan memaki hamun, jangan menghina dan jangan sekali memulaukan golongan ini.
Benar mereka tersilap langkah, berilah peluang untuk mereka berubah. Jangan menghukum golongan ini, bimbing mereka menjadi hamba Allah yang taat. Insya-Allah dengan bantuan dan ihsan kita golongan ini tidak melakukan dosa besar dengan membuang dan membunuh zuriat.
Golongan ini ada yang hatinya mati sehingga tidak dapat melihat kebenaran. Mereka melakukan maksiat dan membuang bayi tanpa rasa bersalah. Asalkan diri terlepas daripada pandangan serong masyarakat.
Tapi bukan semua insan yang terlanjur ini hatinya mati. Ada yang sangat tertekan dan terdesak sehingga mereka melakukan perbuatan di luar jangkaan…Mereka menjadi insan yang tidak berperi kemanusiaan kerana mahu menjaga maruah keluarga…kerana malu dan kerana takut atas segala kesilapan yang dilakukan. Sebab itu mereka mahu menghapuskan segala bukti dengan cara membuang bayi.
Jangan dibunuh BAYI TAK BERDOSA
Ya Allah, tiada sekelumit langsung niat di hati ini untuk menggalakkan maksiat. Cuma saya pernah terfikir berkali-kali, sekiranya ada insan yang sangat-sangat terdesak selepas melakukan dosa dan melahirkan anak luar nikah. Jangan dibuang, jangan dibunuh insan kecil yang tidak berdosa ini. Renung mata anak yang dilahirkan…Kasihanilah dia. Anak ini berhak untuk hidup di muka bumi Allah.
Ramai insan di luar sana berhabis wang puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan zuriat. Berilah anak-anak ini kepada golongan yang mahukan zuriat. Jangan dibuang anak ke longkang ke hutan dan sebagainya.
Kini banyak rumah kebajikan yang membantu wanita yang mengandung anak luar nikah antaranya Pusat Kebajikan ORPHANCARE. Beri anak kepada orang jika tidak mampu menjaganya. Doakan agar anak-anak ini menjadi anak syurga.
Maaf jika kenyataan saya tidak disetujui oleh pembaca di luar sana. Saya bukan mahu menggalakkan perbuatan yang tidak baik tetapi saya mahu menyelamatkan nyawa-nyawa insan kecil yang tidak berdosa. Semoga coretan ini membuka mata kita agar menjadi masyarakat yang penyayang dan mengambil berat bukannya masyarakat yang menghukum dan menghina orang.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang yang ada sakit gout, pemakanannya banyak kena pantang dan kalau sekali diserang memang tak boleh nak luah rasa sakitnya. Penyakit ini disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Jadi untuk kurangkan rasa sakit gout, anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Cik Mil Neena ini…
Hari ni saya nak share satu petua bagi sesiapa yang ada gout… alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.
Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last-last terpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!
Bahan-bahan dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja.
Bahan-bahan:
Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.
Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
Minum 2 kali sehari.. selepas bangun tidur dan waktu nak tidur.
Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.
Kesan dalam masa sebulan ni.. makan udang dekat 1kg… suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun.
Cubalah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama-sama amalkan.
Setiap penyakit ada penawarnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...